4 sebab utama kenapa perniagaan internet terbaik…

Kini, keadaan ekonomi di Malaysia juga tidak menentu membuatkan ramai usahawan dan juga orang ramai ingin mencari pendapatan tambahan dalam menampung bebanan kos hidup yang semakin tinggi.

Memulakan dan menjalankan perniagaan Internet merupakan satu pilihan terbaik ketika krisis ekonomi dalam meningkatkan pendapatan.

perniagaan-internet

Berikut adalah 4 sebab utama kenapa anda perlu menceburi bidang perniagaan internet.

1. Kos memulakan perniagaan Internet adalah rendah

Dalam memulakan perniagaan ketika ekonomi tidak menentu, pastinya perlu menjimatkan kos. Memulakan perniagaan yang memerlukan premis, tapak dan sewa akan memakan belanja yang tinggi. Bukan sahaja pada downpayment, membayar sewa premis, renovation kedai yang memakan belanja beratus ribu ringgit, tak lupa dengan kelengkapan memulakan perniagaan lain yang mungkin boleh mencecah beratus ribu ringgit bergantung kepada lokasi.

Memulakan perniagaan Internet adalah murah. Zaman ini, tapak premis sudah tidak lagi diperlukan dalam menjalankan perniagaan Internet. Perniagaan boleh dimulakan dengan hanya menggunakan Facebook dan blog yang sememangnya adalah percuma.

Sekiranya ingin kelihatan lebih profesional, mendapatkan lamanweb .COM sendiri seperti IrfanKhairi.com, hanya memerlukan kos tidak lebih RM200 setahun. Bukan lagi berpuluh ribu atau beratus ribu seperti perniagaan offline!

2. Kos overhead juga rendah

Perniagaan mempunyai premis mempunyai kos overhead tinggi seperti sewa bulanan, elektrik, aircond, serta perlu seorang dua pekerja yang bergaji bulanan untuk menjaga kedai. Pastinya di sini sahaja usahawan perlu membayar beberapa ribu ringgit sebulan untuk meneruskan perniagaan.

Tidak seperti perniagaan Internet yang boleh dijalankan dari rumah, kos overhead adalah rendah- sepertimana bayaran bil di rumah sahaja.

Oleh kerana perniagaan Internet juga boleh menggunakan perisisan dan aplikasi automasi, pekerja juga tidak diperlukan atau boleh diminima. Ini dapat menjimatkan pelbagai kos apabila mengendalikan perniagaan dari rumah.

3. Oleh kerana kos overhead rendah…

Oleh kerana kos overhead adalah rendah, seringkali usahawan boleh menjual produk pada harga yang lebih rendah lagi berbanding dengan mereka yang mempunyai kedai, semestinya kos keseluruhan adalah lebih tinggi. Meletakkan harga lebih rendah bukan sahaja mendapat daya saingan yang lebih baik, tetapi ia juga selaras dengan keadaan ekonomi di mana pembeli lebih memilih dalam belian.

Harga yang lebih rendah akan memudahkan pembeli membuat pilihan  ketika ekonomi tidak menentu oleh kerana kuasa berbelanja juga adalah rendah. Satu keadaan MENANG-MENANG bagi keduanya, usahawan dan juga pembeli ketika ini.

4. Pasaran perniagaan bukan sahaja Malaysia, tetapi Asia dan sedunia!

Keadaan ekonomi tidak menentu kini mungkin hanya di Malaysia sahaja. Oleh itu perniagaan Internet bukan sahaja boleh disasarkan ke pasaran Malaysia sahaja, tetapi juga ke pasaran Asia dan sedunia. Tahukah anda, benua Asia adalah benua yang paling ramai pengguna Internet di dunia? Pengguna Internet Asia adalah lebih daripada pengguna Internet USA dan juga Eropah. Hinggakan hampir separuh pengguna Internet dunia adalah pengguna Internet di Asia.

Pasaran ini adalah amat berharga terutamanya bagi kita di Malaysia oleh kerana Malaysia terletak agak strategik di negara Asia untuk memudahkan penghantaran dalam transaksi belian online.

Di atas adalah antara 4 sebab mengapa Perniagaan Internet adalah pilihan yang tepat ketika ekonomi tidak menentu. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dan ramai juga tertekan dengan bebanan kos sara diri dan keluarga, selain daripada mengharapkan bantuan pihak lain yang mungkin ada atau mingkin tiada, tanggungjawab kita sendiri untuk meningkatkan lagi kewangan diri dan keluarga. Apa sahaja cabaran yang ada, jadikannya sebagai peluang untuk berubah menjadi lebih baik.

sumber : IrfanKhairi


Nasihat pengasas Alibaba – Jack Ma

Nasihat yang baik dari orang paling kaya di China..

JACK MA

jack-ma-quote

Jack Ma berkata,
“Tolong beritahu anak-anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu.

Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan-lahan lenyap.

Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang.

Bila kamera digital muncul, jualan negatif filem tidak lagi wujud.

Bila jualan langsung @ penjualan secara online meningkat, pemasaran secara tradisional menurun.

Bila smartphone guna 4G (akses internet tanpa talian) diperkenalkan kpd dunia, kita tidak perlu lagi memasang komputer di rumah.

Bila wechat dan whatsapp (mesej teks/suara/video bergerak) dibangunkan, mesej teks tradisional (SMS) tidak lagi sepopular dulu.

Jangan kita tuduh “siapa ambil bisnes siapa.” Ia hanyalah disebabkan orang lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.

Ada org bertanya kepada Jack Ma, “Apakah Rahsia kejayaan kamu?” Dia berkata “Sangat mudah… Saya buat (bertindak) semasa kamu hanya memerhati.”

Ingatlah dunia berubah setiap hari. Kalau kamu tidak berubah, kamu akan ketinggalan. Kamu Tuai apa yg kamu Semai dan Bagaimana Anda Guna MASA yang Ada.

Kalau kamu habiskan masa bergaul dengan orang-orang Berjaya, kamu menjadi seorang yang BERJAYA.

Kalau kamu luangkan masa utk belajar, kamu mungkin beroleh kebijaksanaan.

Kalau kamu luangkan masa utk membaca buku untuk majukan diri, kamu akan beroleh Peningkatan Diri.

Kalau kamu habiskan masa utk minum, kamu mungkin menjadi seorang pemabuk.

Kalau kamu habiskan masa mengomplen, kamu akan menjadi seorang yang suka menyalahkan.

Kalau kamu luangkan masa untuk mencantikkan diri kamu, kamu mungkin menjadi seorang gadis yang cantik/lelaki yg handsome.

Kalau kamu luangkan masa untuk kekal sihat, kamu akan nikmati kehidupan sihat yang baik.

Kalau kamu habiskan masa menjadi seorang yang suka marah-marah, kamu mungkin menjadi orang yang tidak disukai orang.

Kalau kamu habiskan masa dengan keluarga, kamu akan mewujudkan kasih sayang dan perhubungan yang aman dengan orang-orang yang kamu sayangi.

Beza antara Orang yang Berjaya dan Tidak ialah Bagaimana Pintarnya Anda Menggunakan MASA.

-sumber wasap group-


10 tips usahawan berjaya

usahawan-berjaya

1. Buat. Buat. Buat. Ramai orang ada idea bagus, tetapi tak buat. Nak berjaya, kena buat. Banyak bisnes besar, bermula kecil-kecilan.

2. Banyak bisnes gagal bukan kerana tak ada idea, tetapi idea terlalu banyak. Buat keputusan bisnes apa nak buat, kemudian tumpukan kepada bisnes tersebut.

3. Usah berhenti belajar. Belajarlah dari sesiapa sahaja. Usah pilih bulu untuk belajar. Orang di bawah kita pun banyak ilmu yang kita boleh ambil. Apabila kita berasa sudah cukup pandai, ketika itu kita menempah kegagalan.

4. Fokus kepada bisnes kita. Usah habis masa mengkritik dan mencari salah bisnes orang lain. Orang lain salah belum tentu kita betul.

5. Usah harap orang lain tolong bisnes kita. Kita usahawan, buat sendiri. Usahawan usah ada minda peminta sedekah.

6. Elakkan mudah rasa kecewa dan putus semangat. Dalam bisnes, ada masa naik, ada masa turun. Bawa bertenang.

7. Semua bisnes ada masalah. Ada orang gunakan istilah cabaran. Apa pun, usah fokus kepada masalah. Cari penyelesaian. Di penghujung terowong yang gelap, ada cahaya.

8. Belajar dari sesiapa sahaja, namun akhir sekali buat keputusan sendiri. Usahawan mesti berani mencanggahi sesiapa sahaja, termasuklah apa yang dikatakan mentor dan sifu itu.

9. Berhenti salahkan orang lain. Orang berjaya berikan hasil, orang gagal berikan alasan.

10. Sekiranya setiap kali anjing menyalak kita berhenti, maka lambatlah sampai ke destinasi. Biarkanlah suara sumbang memperlekeh apa yang kita lakukan. Kita jalan terus. Buktikan dia salah bukan dengan cakap-cakap, tetapi dengan menunjukkan hasil kejayaan

entrepreneur

 

LIMA PERKARA YANG PERLU KITA HINDARI

1. SAYA TIDAK BOLEH
Ketika kata ini diucapkan, kerja otak kita menutup untuk mencari jalan keluar. Namun sebaliknya jika SAYA BOLEH, maka otak akan automatik bekerja cerdas mencari jalan keluarnya.

2. TIDAK MUNGKIN
Ketika kata ini diucapkan, kita sudah tidak percaya lagi dengan kekuasaan Allah. Kerana semua hal yang ada di dunia Ini berasal dari sesuatu yang belum ada.

3. SAYA SUDAH TAHU
Ketika kata ini diucapkan, maka ego kita akan meningkat dan hati kita langsung menutup diri untuk belajar. Padahal sepatutnya ilmu yang baru itu harus dipelajari.

4. NANTI SAJA
Ketika kata ini diucapkan, akan memicu rasa malas dan terjadilah penundaan. Mereka yang menunda akan melemahkan semangatnya sendiri. Mereka akan tersedar ketika melihat kawan-kawannya berjaya.

5. TAKUT RUGI
Ketika kata ini diucapkan, sama seperti tombak runcing menancap di dada kita, kita akan selamanya dihantui oleh rasa takut untuk tidak berusaha. Maka selamanya hidup kita akan berjalan di tempat yang sama. Ayuh kita bermula dari sekarang. Patahkan fikiran tersebut dan tanggalkan jubah kebesaran kita.


20 tips pemasaran instagram

1. Letakkan gambar terbaik diri anda sendiri

2. Profile description memberikan info penting diri anda

3. URL ditujukan kepada web/blog anda atau facebook anda (jika tiada web/blog)

4. Follow rakan- rakan FB anda yang sudah ada Instagram

5. Kenali individu yang mempunyai persamaan aktiviti/ bisnes anda

6. Follow rakan- rakan yang like posting individu tersebut

7. Anda boleh follow sehingga maksimum 7500 orang.

8. Unfollow jika jumlah sudah menghampiri 7500 orang.

9. Letakkan posting yang menarik daripada segi gambar dan video.

10. Boleh letakkan 60 saat video di dalam Instagram.

11. Boleh follow 160 orang dalam masa sejam. Lebih mungkin kena block.

12. Gunakan 30 hashtag # yang berkaitan dengan posting.

13. Tag @ orang yang berkenaan di dalam posting.

14. Like posting orang lain terutamanya yang mempunyai like yang rendah.

15. Apabila anda follow orang, letakkan account anda sebagai private.

16. Apabila anda letakkan posting, letakkan account anda sebagai public.

17. Send direct message kepada seseorang yang anda ingin berurusan.

18. Kita boleh uruskan lebih daripada satu akaun di dalam Instagram, add account.

19. Umur 13 tahun ke atas boleh menggunakan Instagram.

20. Anda boleh mendapatkan tips- tips Website Development & Internet Marketing di @sifuaridz


13 rahsia kejayaan dalam perniagaan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Kami tak paksa anda untuk bersetuju dengan apa yang kami nak tulis ini, tapi kami tak sanggup untuk biarkan anda berada dalam keadaan tertanya-tanya apa sebenarnya cara nak berjaya dalam hidup.

Kami selalu menerima pertanyaan dari orang ramai, yang nak berjaya, yang nak bayar hutang yang nak bawa ibu bapa menunaikan Umrah dan Haji, yang nak berikan pendidikan dan masa hadapan terbaik untuk anak tapi mereka terkongkong oleh beberapa faktor bahawa mereka tak tahu dengan cara apa mereka dapat perbaiki hidup, makan gaji bertahun-tahun tak membuahkan hasil yang lebih baik untuk jangka panjang. Mereka tak tahu nak bermula dari mana, apa lagi nak konsisten buat sesuatu yang boleh beri mereka kepuasan dan kejayaan.

Terus terang kami cakap, ramai anak didik kami, yang pernah hadir program-program kami, bermula seperti ini, kosong dan tak tahu apa-apa. Tapi selepas Allah buka hati mereka untuk hadir ke program mereka mula tahu dengan lebih jelas apa matlamat mereka. Berniaga, adalah satu cara yang mampu bantu anda capai impian hidup anda. Tapi, berniaga tanpa ilmu, ibarat anda pergi berperang tanpa senjata.

Kami nak kongsikan 13 perkara yang anda perlu tahu untuk berjaya dalam perniagaan:

1) Tahu apa matlamat dengan jelas, mana halatuju yang nak pergi. Perlu ada matlamat utuk dunia dan akhirat. Perlu tahu bagaimana nak capai matlamat anda.

2) Nak berjaya dalam berniaga, cari orang yang dah berjaya, lepas ‘tu kena tahu apa dia tahu, dan buat apa yg dia buat.

3) Bila jumpa seorang mentor, sedut ilmu dia sampai habis. Dah habis, baru belajar dengan orang lain. Baru faham dengan jelas apa ilmunya.

4) Nak tingkatkan kehidupan perlu ubah dengan siapa yang berdampingan dengan anda. Kadang-kadang tanpa kita sedar, kita dikelilingi oleh orang yang sebenarnya tak mahu kita berjaya supaya kita dan dia sentiasa sama.

5) Tidak akan berlaku sesuatu pun tanpa izin Allah SWT, dan setiap yang berlaku tentu ada hikmah di sebaliknya. Jadi bersedia untuk bertindak sebaiknya.

6) Bila buat bisnes, kita takkan mampu nak jual produk kita kepada semua orang. Fokus kepada orang yang nak kita bantu sahaja.

7) Kalau jual produk kesihatan, fokus kepada 1 masalah atau penyakit sahaja. Pakar perubatan terkenal pun tak ada yang jual ubat yang boleh fokus kepada semua penyakit.

8) Bila berniaga, kakitangan juga merupakan asset terbaik kita. Cari kakitangan yang ada sikap yang bagus dan latih mereka dari awal. Jangan biarkan mereka bantu anda berniaga tanpa latihan.

9) Zaman sekarang teknologi sangat penting dan pantas. Adalah rugi dan pelik kalau anda tak gunakan teknologi untuk kebaikan. Gunakanlah teknologi untuk bina perniagaan yang lebih besar dan lebih Berjaya.

10) Senaraikan perkara yang anda tidak gembira dan perlu dibaiki dalam perniagaan dan diri anda. Ini kerana Allah tak akan merubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu merubahnya sendiri.

11) Kita hendaklah komited untuk membaiki dan mengubah perkara-perkara yang membuatkan kita tak gembira. Kita perlu buat perkara yang tidak pernah kita buat untuk dapat perkara yang tak pernah dapat.

12) Mencari sumber atau model untuk berjaya. Untuk mengubah, tak semestinya menggunakan duit tetapi yang penting adalah ILMU atau pengetahuan.

13) Mesti berani bertindak tapi berani tanpa ilmu, hasil yang diperolehi tak banyak. Manakala, berani dengan berilmu dan ada mentor, keputusannya adalah lebih baik.

Keputusan untuk berjaya atau tidak adalah bergantung kepada anda. Tiada siapa boleh paksa anda untuk gagal atau untuk berjaya. Anda sendiri yang perlu menentukannya. Berjaya memang dituntut dalam Islam, berjaya dalam perniagaan dapat bantu anda bina kewangan lebih baik dan boleh bantu lebih ramai orang.
-sumber Azizan Osman

Tip mengawal aktiviti politik di tempat kerja.

Tip mengawal aktiviti politik di tempat kerja.

Semasa syarikat masih kecil, kita sebagai majikan adalah punca No. 1 yang dapat menyebabkan berlakunya politik negatif antara sesama staff.

Sebagai majikan, kita mesti sentiasa ingat ini: Staff kita adalah manusia biasa.

Manusia biasa sentiasa mendahulukan kepentingan diri sendiri dahulu.

Staff kita pun macam itu.

Setiap orang staff kita sentiasa berlumba-lumba cuba menjaga kepentingan masing-masing, supaya kedudukan mereka selamat, naik gaji, naik pangkat dan macam-macam lagi.

.

+ Ada politik sihat.

Contohnya, staff cuba menjaga kepentingan peribadinya dengan mendahulukan kepentingan syarikat.

Mereka tolong menolong dan saling bantu-membantu menghasilkan produktiviti tinggi.

.

+ Ada politik tidak sihat.

Contohnya, ada staff yang mengutamakan kepentingan peribadi meskipun dengan itu merugikan syarikat.

Mereka tidak mahu tolong menolong, malah menyebabkan pecah-belah.

.

Salah satu cara mengurangkan politik tidak sihat adalah dengan kita merahsiakan kemas-kemas dalam hati siapa staff yang kita sukai ataupun tidak kita sukai.

Jangan sekali-kali kita terlepas cakap sehingga ada staff terdengar kita mengucapkan komen negatif tentang mana-mana staff.

Kata-kata kita akan cepat menjadi buah mulut.

.

Apabila kita hendak menegur mana-mana staff, ajak staff itu keluar, naik kereta, dan dalam kereta kita cakap apa kita mahu cakap.

Kemudian ajak dia minum di kedai Mamak. Supaya apabila pulang ke tempat kerja mukanya sudah kurang masam.

Dengan emosi yang sudah reda, dan muka yang sudah kembali macam biasa, dia dapat menjaga maruahnya dengan berpura-pura kepada rakan sekerjanya seolah-olah tidak ada perkara serius berlaku.

-artikel asal di fb Pn Ainon


tip survival jangka panjang dlm bisnes

Untuk survival jangka panjang, lakukan ini:

+ JANGAN hanya mempunyai satu bisnes.

+ JANGAN hanya menjual satu produk.

+ JANGAN hanya bermain dalam satu sektor. Itu tidak betul.

Ekonomi tidak sentiasa baik. Ada masa ekonomi naik, ada masanya ekonomi turun.

Sesetengah jenis bisnes hanya dapat survive dalam masa ekonomi bagus.

Apabila ekonomi jatuh, bisnes itu ikut jatuh.

Bisnes dalam sektor barang mewah dan servis mewah adalah bagus dalam keadaan ekonomi baik.

Namun apabila ekonomi tidak baik, bisnes mewah akan terpukul.

Dalam dunia bisnes, kita perlu mempunyai strategi survival dalam waktu ekonomi tidak bagus.

Bisnes dalam sektor pendidikan adalah contoh ‘bisnes pelampung’.

Ia membantu survival kita dalam zaman ekonomi lembap dan merudum.

Ia membolehkan kita terus hidup, meskipun kurus, tetapi kita dapat terus bernafas. Ini kerana sektor pendidikan adalah sektor keperluan.

.

Bisnes pelampung tidak menjanjikan duit besar. Ia adalah duit kecil, namun ia duit kecil yang terus mengalir.

Bisnes jenis ini sangat penting dalam porfolio bisnes kita.

Kita jangan fokus pada bisnes yang bergantung pada ekonomi bagus.

Kita perlu mempunyai bisnes yang membolehkan kita survive dalam apa jua keadaan ekonomi.

-pn ainon mohd-