How To Delete WordPress Theme Using FTP

Tutorial kali ini akan saya tunjukkan bagaimana untuk akses ke cpanel wordpress melalui FTP (file transfer protocol) client software.

Tujuan tutorial ini adalah untuk tunjuk bagaimana kita boleh delete theme wordpress yang tidak diperlukan supaya ruang storan dapat dikurangkan.

Dalam tutorial ini, saya menggunakan software Core FTP LE. Software ini boleh di download, install dan digunakan secara percuma sahaja.

Kenapa anda wajib menggunakan FTP ini? Secara amnya, FTP ini digunakan untuk berhubung atau menguruskan file seperti upload & download antara pc anda dengan hosting server website anda dengan lebih cepat berbanding menggunakan file manager di cpanel wordpress.

Hmmm..agak-agak boleh faham tak maksud saya ni…

Untuk lebih mudah faham, saya buatkan satu video untuk anda.


Plugin Tracking Code Manager Untuk WordPress Bagi Google Adwords Remarketing, Conversion, Analytics & FB Ads Pixel

Plugin Tracking Code Manager Untuk WordPress Bagi Google Adwords Remarketing, Conversion, Analytics & FB Ads Pixel

Pening mencari cara untuk masukkan code atau tag bagi Google Adwords Remarketing, Google Analytics, Google Conversion Tag serta Facebook Ads Pixel ke web wordpress anda? Iya pening sebab banyak sangat code nak dimasukkan kan?

Anda boleh download di https://wordpress.org/plugins/tracking-code-manager/

Atau search di plugin pada wordpress anda, search “Tracking Code Manager”

Istimewanya plugin ni ialah boleh digunakan untuk Google Adwords Remarketing code, Conversion code, Google Analytics, Facebook Ads Pixel dan apa sahaja code. Plugin Tracking Code Manager ini pula boleh diset untuk whole page di wordpress anda atau di page tertentu sahaja.

Semoga membantu.

sumber artikel: https://www.sifuadwords.my/


Mengapa Ada Orang Berjaya Dan Gagal ?

1. Sikap Mereka Berbeza
Mereka tak suka komplen, mengeluh atau merungut. Orang gagal sebaliknya sentiasa komplen dan mengeluh. Mereka sentiasa tidak berpuas hati. Mereka tak sabar, byk tunggu dan nanti.
Orang berjaya sentiasa bertindak, mereka tidak menunggu sesiapa. Mereka tidak pernah duduk saja.
2. Mereka Sentiasa Pantas
Pantas buat keputusan, pantas buat tindakan. Tahu atau tidak, mereka buat saja. Nak bisnes buat aje.
Tak pernah fikir masalah. Jadi atau tak jadi itu nombor dua. Yang penting mereka bertindak.
3. Mereka sentiasa invest utk kejayaan mereka
✏Invest ilmu
✏Invest wang
✏Invest tenaga
✏Invest masa
✏Invest pengorbanan
4. Mereka membina networking yang bagus
Apa maksud networking?? Anda adalah siapa kawan anda. Bulatan kawan2 yg berjaya, mereka pasti berjaya. Jadi upgradelah lingkungan bulatan kawan2 kita. Jangan sembarangan memilih kawan.
5. Mereka dah buat keputusan dari awal untuk berjaya
Sebelum bertindak, mereka dah set dlm minda untuk sukses dan hebat.
6. Mereka berkawan dgn orang yg betul
Mereka belajar cara org berjaya lakukan.
7. Mereka tidak bertangguh
Mereka tidak memberi alasan. Kejayaan adalah kepantasan. Bisnes adalah kepantasan.
8. Mereka tidak terpengaruh dgn kutukan orang sekeliling
✏Jangan melayan cakap orang.
✏Mereka tidak hiraukan perkara remeh temeh.
✏Mereka tidak melayan kutukan dan hinaan orang.
9. Mereka konsisten dan persisten
✏Tak mudah putus asa.
✏Tak mudah mengalah.
✏Mereka sentiasa excited dan melakukan yg terbaik untuk diri mereka .
Buktikan pada mereka yg di luar sana kerana kita adalah yg terbaek dikalangan yg terbaekk !!
ANDA ADALAH INSAN YG SANGAT HEBAT!!
? Renungan

Orang yg HEBAT itu tak semestinya KAYA harta.

Apa yg paling utama adalah IKHLAS membantu. 

MODAL yg paling utama utk menjadi BERJAYA adalah USAHA & SABAR 


Tiada Pemasaran, Perniagaan Lingkup

Mempunyai niat untuk berniaga adalah satu nawaitu yang bagus. Namun berniaga tanpa ilmu pemasaran adalah satu perbuatan yang tidak bijak. Itu yang menyebabkan para usahawan terjerumus dalam kancah bisnes lingkup.
Manakala perniagaan yang berjaya bertahan selama beberapa tahun, biasanya mengalami keadaan seperti organisasi yang sesak nafas jika mereka tidak menguasai strategi pemasaran.

Pemasaran juga bukan aktiviti menjual. Pemasaran adalah aktiviti yang menjurus kepada:
[+] Memberikan mesej yang dapat menyelesaikan masalah pelanggan.
[+]Berkongsi maklumat bisnes yang dapat menambah nilai dalam diri orang ramai.
[+]Memberikan solusi kepada pertelagahan emosi yang berlaku dalam diri pelanggan yang mempunyai masalah.
[+]Aktiviti berdakwah – Semakin hebat strategi pemasaran, semakin hebat skil dakwah kita.
Pemasaran juga mengajar usahawan untuk memahami rentak dan psikologi pasaran mereka. Sebelum memulakan sebarang kempen pemasaran, penting untuk kita melakukan kajian terhadap keperluan mereka.
Semakin kita faham keperluan itu, semakin mudah untuk kita mewujudkan magnet tarikan pelanggan.
“Jangan berhenti belajar tentang pemasaran. Ia sentiasa berkembang setiap saat.” – Azizan Osman

Teknik SEO (Search Engine Optimization) Penting Untuk Setiap Online Marketer

Apakah SEO? Jika anda masih belum faham teknik SEO ini, tujuannya adalah untuk menaikkan ranking website di dalam enjin carian seperti Google dan Yahoo. Kenapa kita perlu mendapat page pertama?

Kebanyakan orang akan Google dan berhenti di page pertama sahaja. Jika website kita dijumpai dan memberikan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi, sudah pasti , kita mungkin menjadi pilihan.

Bagaimanakah mendapat ranking pertama di Google. Sebenarnya, kita perlu memperkayakan website kita dengan keywords (kata kunci).  Selain itu, ini adalah beberapa perkara yang kita boleh lakukan dengan meletakkan keywords berkaitan.

Name of images
Heading H1, H2 , H3
Metatags title, description, keywords
Bold keywords
Alternate text of images
Long description (expression)
Keywords at 25% top and 25% bottom
URL submission to Google & Yahoo
Forum URL posting
URL at email signature
Sitemap (if many pages)
Backlink

Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari teknik- teknik ini di dalam kursus wordpress cara mudah

Sumber: Sifu Pemasaran Internet


4 Teknik Lariskan Jualan Online

Ada 4 Elemen yang menjadikan pemasaran anda viral di Media Sosial.

1)  Selitkan Fakta:

Anda boleh menyelitkan beberapa fakta mengenai perniagaan anda kerana ini akan membuatkan penulisan anda lebih memberi impak kepada peniaga juga kepada pelanggan baru.

2) Emosi dan Ekspresi.

Ayat yang bersifat emosi perlu ditambah untuk menguatkan lagi fakta. Contohnya, “Mesin buat aiskrim ni baguslah, menyesal tak beli awal-awal.”

3) Jaga Bahasa.

Untuk penulisan, anda tidak dibenarkan mengeja dengan ejaan singkatan, short form. Penulisan anda perlu dieja dengan betul walau dalam bentuk dialog sekali pun. Ini memudahkan perkongsian dilakukan melalui medium media sosial.

4) Impak Positif.

Sebelum anda posting, wajib dipastikan bahawa penulisan yang anda ingin muat naikkan itu mempunyai impak positif dan barulah klik butang post. Impak positif ini bukan sahaja dikongsi, malah ia akan menjadi rujukan kepada mereka yang memerlukan.

 

sumber: usahawan.com


Kenapa Iklan Video Penting ?

Dengan teknologi yang kian canggih dan kos peralatan yang agak rendah, video pemasaran dilihat seakan menjadi pilihan para peniaga untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.

Ramai yang mengambil kesempatan ini untuk menjadikan produk dan perkhidmatan yang dijalankan mampu dikenali dan mejadi perhatian para pengguna.

Di sini saya kongsikan sebab mengapa anda juga perlu untuk berfikir seperti itu dan bertindak segera.

Menurut kajian: 

  1. Tahun 2019 akan datang, paparan video akan mengambil alih sebanyak 80% dalam kesesakan trafik internet (berdasarkan kajian daripada Cisco).
  2. Terdapat laporan menyatakan bahawa paparan video akan meningkatkan pemahaman penonton terhadap suatu arahan sebanyak 80%.
  3. Pihak YouTube melaporkan bahawa paparan maklumat melalui peranti video meningkat sebanyak 100% setiap tahun.
  4. 90% pengguna mengatakan bahawa dengan melihat video mengenai sesuatu produk, secara tidak langsung membantu mereka membuat keputusan membeli.
  5. Forbes meyatakan bahawa 65% daripada eksekutif akan melihat laman sesawang penjual dan 39% akan menghubungi vendor untuk menjalankan urusan jual beli setelah melihat paparan video.
  6. Menurut NIELSEN Wire, 36% daripada pengguna atas talian mempercayai video ads.
  7. 92% daripada pengguna video akan berkongsi video yang dilihat kepada pengguna yang lain (Invodo).
  8. Setelah melihat video, 64% pengguna cenderung untuk membeli barangan atas talian (ComScore).
  9. Menurut Forbes, 59% daripada eksekutif sanggup untuk menonton video berbanding membaca teks.
  10. 50% daripada eksekutif akan mencari maklumat setelah melihat suatu produk dan perkhidmatan  melalui paparan video (Forbes
  11. Menurut Visible Measures, 45% daripada penonton akan berhenti dan menonton video setelah 1 minit dan meningkat kepada 60% pada minit yang kedua.
  12. Menurut Jun Group, video yang berdurasi 15 saat atau kurang akan 37% dikongsi  berbanding paparan video berdurasi 30 saat ke 1 minit.

Tidak terlambat untuk membuat sesuatu yang tepat pada tahun ini. 2017 pula menampakkan tahun yang begitu mementingkan paparan video pemasaran untuk memastikan mereka tidak ketinggalan memasarkan produk masing-masing.

Sumber: MajalahNiaga


3 Panduan Kekal Bersemangat…

Sebelum kamu menganalisa diri sendiri dalam tekanan dan rasa rendah diri, terlebih dahulu pastikan anda tidak dikelilingi oleh mereka yang negatif dan persekitaran yang tidak membantu – Sigmund Freud.

Acapkali kita mempersoalkan kebolehan diri. Sering juga kita meragui kekurangan diri sendiri. Ada orang kadang-kadang berjaya, kadang-kadang gagal. Ada orang, gagal itu adalah satu kelaziman. Tetapi adakah itu cara kita untuk mengukur kebolehan diri?

Kita sendiri yang menilai diri kita, keadaan kita, kelebihan dan kelemahan kita. Itu adalah kuasa terbesar setiap insan. Kita ada pilihan dalam melakar kehidupan. Kita sendiri yang wajar mendefinisikan siapa kita. Jangan mudah goyah bila menentang arus. Sentiasa lakukan 3 perkara ini untuk kekal bersemangat dalam hidup.

#Percaya Kepada Diri Sendiri

Tiada orang lain yang boleh atau patut percaya kepada kita selain daripada diri kita sendiri. Tidak dapat dinafikan yang kadang-kadang kita memerlukan pengesahan daripada orang lain untuk meyakinkan bahawa kita punya kelebihan yang tersendiri.  Kadang-kadang kita risau yang kita tidak dapat lakukan sesuatu perkara dengan baik.

Mungkin kerana rasa takut untuk gagal atau mungkin kerana tiada kekuatan untuk membuat sesuatu perkara yang baru. Kita kena percaya kepada diri sendiri, percaya yang jika orang lain boleh melakukannya, mengapa tidak kita? Percaya yang kalau tiada siapa yang pernah membuatnya, mengapa kita tidak boleh memulakannya?

Sama ada perkara yang baik atau buruk akan berlaku kelak, percayalah yang anda boleh melaluinya, anda pasti boleh mendapatkannya, cepat atau lambat. Kalau anda sendiri tidak percaya kepada diri sendiri, bagaimana mahu meyakinkan orang lain untuk percayakan anda?

#Manusia Wajib Membuat Kesilapan

Manusia sifatnya lemah. Hati dan iman kita sentiasa berbolak-balik . Kadang-kadang semangat kita naik, kadang-kadang semangat kita turun. Sebab itu manusia wajib membuat kesilapan. Kerana bila kita buat kesilapan, kita akan berasa lemah. Bila kita berasa lemah kita akan berpaut pada yang gagah. Siapa? Yang Maha Kuat, Yang Maha Gagah, Allah.

Kita akan kembali kepada Allah apabila kita berasa lemah. Kalau kita selalu kuat, tidak pernah silap, kita akan rasa seakan-akan kita ini sempurna. Sebab itu, bila kita terleka, Allah rindu kita. Allah rindu untuk dengar kita merintih memohon kepadanya. Contohnya dalam bisnes, ada yang selalu rugi tak pernah untung, ada yang selalu untung tetapi Allah datangkan ujian kerugian yang teramat besar, hampir nak lingkup perusahaan kita. Kenapa? Kadang-kadang sebab Allah nak tingkatkan iman kita, teruk macam mana pun ujian kita, tawakal kita pada DIA makin bertambah dan berterusan.

Kadang-kadang sebab Allah nak tegur kita, baru pegang duit lebih sikit, solat pun terlambat, sedekah pun jarang-jarang. Kadang-kadang kesilapan berlaku disebabkan kita, kadang-kadang kesilapan berlaku disebabkan orang lain. Apapun, manusia wajib membuat kesilapan. Supaya kita kembali sedar kepada asas tujuan sebenar kita di bumi Tuhan. Walau apapun yang kita lakukan, yang pasti kita harus sentiasa kekal di jalan menuju Tuhan.

#Jangan Buat Perbandingan

Ini adalah satu kesilapan yang kerap dilakukan oleh majoriti orang kita. Kita mudah tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada kerana selalu membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Memang manusia zahirnya mudah melihat dan tertarik kepada perkara yang menarik, perkara yang hebat. Justeru kita selalu kagum dengan kehebatan orang lain.

Tidak dapat dinafikan, budaya masyarakat yang suka memuji pada yang lebih dan mengeji pada yang kurang membentuk acuan kegusaran untuk mendapatkan pencapaian yang tertentu sedari kecil. Tidak salah mengagumi orang lain sebagai inspirasi cumanya akan jadi salah apabila kita memperkecilkan dan memperlekehkan diri kita sendiri apabila membuat perbandingan. Jangan begitu.

Jangan terlalu memandang apa yang tiada sehingga terlupa pada yang ada. Nikmat yang sudah sedia ada sudah terlalu banyak tak terhitung. Kalau kita tidak dapat bersyukur dengan yang sedikit, bagaimana kita dapat bersyukur dengan yang banyak?

Keinginan manusia terhadap sesuatu tidak akan pernah padam. Itu lumrah. Nescaya kalau diberi segunung emas sekalipun masih belum tentu cukup untuk memenuhi kehendak seorang manusia yang pastinya mahukan lagi dan lagi. Justeru, sentiasalah memandang pada yang berada di bawah, jangan asyik mendongak pada yang berada di atas. Syukur sentiasa. Insya-Allah.

Sumber: MajalahNiaga


8 Sifat Persamaan Ada Pada Semua Orang Yang Berjaya

1- Passion (Minat Yang Mendalam)
Karakter orang Berjaya yang pertama adalah melakukan sesuai yang dia cintai.
Ataupun sesuatu yang ada didalam hatinya. Sesuatu yang sangat dekat dengan dirinya. Sesuatu yang dapat membangkitkan tenaga apa BiLa dia lakukannya. Sesuatu yang dia sanggup lakukan walaupun secara percuma.
2- Work (Bekerja)
Orang yang Berjaya, akan bekerja untuk mencapai impiannya. Bukan sekadar bekerja untuk kelangsungan hidup. Malah dia sangat sukakan kerja yang dilakukan, kerana kerja tersebut dilakukan dengan sepenuh hati.
Kerja bukan dianggap sebagai kerja, tetapi kerja adalah hobi, jika itu adalah perkara yang kita cintai atau perkara yang kita miliki minat yang sangat mendalam.
3- Fokus
Orang yang Berjaya adalah orang yang mampu dan berupaya untuk memberikan
fokus kepada apa yang dia kerjakan ataupun ke atas perkara yang dia telah putuskan untuk lakukan. Dia meletakkan sepenuh komitmen ke atas sesuatu perkara yang telah dipilih ini.
4- Push (Pandai Menolak dan Mendesak Diri Sendiri)
Orang yang Berjaya mempunyai kekuatan dalam untuk menolak dirinya atau
mendesak dirinya untuk mencapai matlamatnya. Perkara inilah yang tidak dimiliki oleh orang yang tiada matlamat untuk Berjaya.
Semestinya apa yang mempengaruhi perkara ini adalah keinginan yang kuat dan sebab Kenapa kita mesti capai impian kita? Jika kita tidak mampu menolak diri kita, adalah sukar untuk kita Berjaya di dalam hidup.

5- Idea
Orang Berjaya adalah orang yang berani menjadikan ideanya sebagai satu realiti. Dia berani bertindak dan sangat percaya dengan idea yang dia miliki tersebut. Semua yang hebat pada hari ini bermula dengan 1 idea pada suatu masa dulu. Lampu, kereta, kapal terbang, komputer dan banyak lagi.
6- Persist (Istiqomah atau Teruskan Berjuang)
Orang yang Berjaya tidak akan berhenti pada halangan, tidak akan mengalah pada keadaan. Dia akan teruskan sehingga selesai perjuangan tersebut.
7- Serve (Sentiasa Memberikan Khidmat)
Orang yang Berjaya akan sentiasa berfikir :
Bagaimana aku boleh membantu menyelesaikan masalah orang ramai?
Apa khidmat yang aku boleh berikan?
Dengan memberikan perkhidmatan yang orang mahukan, menyelesaikan masalah orang lain, kita akan menemui kepuasan di dalam apa yang kita lakukan, sekaligus ini dapat membantu perjalanan ke arah kejayaan kita.
8- Improve (Sentiasa Menambahbaik)
Orang Berjaya tidak pernah puas dengan pencapaian ataupun kejayaan yang dicapainya. Dia akan sentiasa menambah baik, mencuba sesuatu yang baru, mencabar had diri sendiri, sentiasa bergerak walaupun berjingkit-jingkit. Umpama mengayuh basikal, jika kita berhenti, kita akan terjatuh. Begitu jugalah perjuangan kita ke arah kejayaan.

 

Kenapa ramai orang gagal mencapai impian mereka?
– Kerana mereka tidak bertindak seolah-olah mereka telah dapat apa yang mereka inginkan
– Kerana mereka sendiri tidak percaya bahawa mereka boleh mendapatkannya
– Kerana mereka dipenuhi dengan ketakutan dan tidak berani mengambil tindakan yang bersesuaian untuk menjadikan impian mereka satu kenyataan
– Kerana mereka tidak tahu rahsia untuk berjaya yang terletak pada minda dan dalam diri mereka
Kuasa Kenapa?
Kenapa aku mahu berjaya?
Kenapa aku mesti capai impian aku?
Kenapa aku mesti lakukannya sekarang?
Kenapa?
Pertanyaan “Kenapa” berulang-ulang kali ini boleh memberikan jawapan yang kuat, selain daripada mengingatkan kita, mendisiplinkan kita, dan menolak kita ke depan.
Motif kita terletak pada jawapan kepada persoalan ini. Itulah yang memberikan kita kekuatan.

 

Bagaimana Untuk Mendapat Apa Yang Anda Mahukan?
1) FOKUS satu  perkara pada satu masa
Tujuan: Untuk memaksimakan potensi minda bagi membantu kita mencapai objektif tersebut
2) FOKUS apa yang kita mahukan tersebut secara kerap.
Tujuan: Untuk mengaktifkan Reticular Activating System (RAS) bagi membantu kita dalam memberikan cadangan dan pandangan bagaimana untuk memastikan apa yang kita mahukan tersebut tercapai segera.
3) BUAT SESUATU yang menjurus kepada mencapai matlamat tersebut SETIAP HARI
Tujuan: Apa yang kita buat SETIAP HARI, akan mempengaruhi HASIL yang kita akan dapat
4) FOKUS dan SYUKURI apa yang kita ada setiap hari
Tujuan: Syukur merupakan satu kunci Law of Attraction untuk berfungsi dengan baik. Jadi, lebih senang untuk menarik apa yang kita mahukan.

Oleh-  Richard St.John


10 tips usahawan daripada pemilik Air Asia, Tony Fernandes.

Kali ini saya ingin berkongsi 10 tips usahawan daripada Tony Fernandes, pemilik syarikat penerbangan AirAsia yang terkenal dengan slogan “Everyone Can Fly”.

Ok. Nah ini tips beliau.
.
1. TAK PERLU TAHU

Saya berasal dari industri muzik. Saya langsung tak tahu tentang kapal terbang. Kepada usahawan diluar sana, anda tak perlu tahu semua perkara tentang apa yang anda ingin buat. Ia berkaitan idea, semangat dan juga berkaitan mengambil tindakan.
.

2. JUST DO IT!

Jangan biarkan sesiapa beritahu anda bahawa anda tak boleh buat. Kita hanya ada satu sahaja kehidupan, jadi anda tidak boleh nak undur atau kata “Alangkah bagus kalau dulu saya buat begitu”.

Oleh sebab itu, saya nasihatkan anda semua diluar sana, JUST DO IT. Hidup setinggi yang mungkin, sentiasa positif. Kalau anda jatuh, sekurang-kurangnya anda telah cuba.

Saya pernah gagal teruk dalam bidang Formula One, tapi saya tidak ada penyesalan sebab saya dah duduk level tinggi dengan kehebatan Ferrari, McLaren dan lain-lain
.

3. SEMANGAT ADALAH KUNCI PENYELESAIAN MASALAH

Impian memang akan jadi impian. Jangan risau tentang kegagalan. Buat sehabis baik. 9 dari 10, sekiranya anda bersemangat, anda akan jumpa jalan penyelesaiannya.
.

4. LABUR DALAM MARKETING

Sekiranya anda ada idea yang paling hebat dalam dunia, tolong, tolong, tolong bajetkan kewangan anda pada marketing. Jika anda tak laburkan duit anda pada marketing, tidak ada siapa pun yang akan dengar idea hebat anda.

Di luar sana, terlalu banyak idea yang hebat, tapi tidak terlaksana kerana kurangnya marketing.

Marketing bukan untuk keuntungan, tapi ia adalah hubungan (Public Relation, PR). Dalam AirAsia, kami tidak ada kewangan. Jadi, saya ke mana-mana sahaja mesti dengan cap merah saya dan selalu beri statement yang kontrovesi pada media supaya media selalu mengambil gambar saya. Itu marketing AirAsia pada peringkat awal.

Kita dah alami pelbagai isu dan marketing memainkan peranan penting dalam mengatasi isu-isu tersebut.

Masih ingat lagi tentang penyakit SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome)? Ketika itu, tidak ada siapa yang ingin terbang. Kami sangka ketika itu bisnes kami akan mati.

Semua orang kurangkan bajet marketing, tapi saya beritahu pada team saya supaya jangan kurangkan bajet marketing sebab inilah masa paling sesuai untuk naikkan jenama kami. Kami tingkatkan bajet marketing kami 3x ganda ketika itu dan ramai kata pada saya “Kau ambil dadah?”. Saya jawab tidak, waktu ini waktu paling sesuai sebab orang lain tidak buat iklan mereka.

Masa pengeboman Bali berlaku, semua orang ketika itu cancelkan penerbangan mereka. Saya kata dengan team, kita tak boleh matikan route Bali. Kita mesti teruskan penerbangan ke sana.

Jadi, kami buat satu kempen ‘LOVE BALI’, kami berikan 10,000 seat percuma dan hasilnya sangat berkesan. Kesemua 10,000 seat habis diambil orang dalam masa seminit. Dan mereka yang dapat seat percuma hebahkan pada kawan mereka melalui media sosial. Iklan yang paling baik adalah dari pelanggan anda.
.


5. LEVERAGE SOCIAL MEDIA

Orang Malaysia, bila dapat tawaran baik, mereka akan hebahkan pada satu dunia tentang tawaran itu. Jadi masa 10,000 yang pergi ke Bali beritahu 10,000 lain yang mereka seronok di Bali. Itulah peringkat awal bagaimana AirAsia boleh masuk ke media sosial.

Jadi kami sedar tentang kehebatan media sosial pada peringkat awal. Selepas Facebook & Twitter datang, kami segera gunakan medium tersebut. Sekarang ini, kami dah ada 32 juta orang dalam beberapa platform media sosial dan 7% jualan bisnes kami datang direct dari media sosial.

Kempen ‘LOVE BALI’ mengajar kami iklan yang paling baik adalah dari pelanggan kami.
.

6. JANGAN TAKUT DENGAN KOMPLEN

Komplen @ feedback sebenarnya penyelidikan marketing secara percuma. Pelanggan sanggup menghabiskan masa untuk menulis beritahu apa masalah dan bagaimana nak selesaikannya. Biasa diluar sana, kebanyakan syarikat bayar mahal pada consultant untuk beritahu perkara yang sama

Sebab itu kami sangat menghargai setiap emel dan melayani mereka dengan baik.
.

7. FOKUS PADA 1 IMEJ DALAM BRANDING

Ketika peringkat awal, AirAsia mempunya logo burung dalam branding.

Sekiranya anda lihat jenama terkemuka dunia, mereka hanya ada satu imej sahaja yang masuk dalam kepala kita. Bila kita sebut ’Shell’, kita fikir tentang logo Shell. Bila sebut “Coca-Cola”, anda fikir perkataan “Coke” dalam italic. Bila sebut tentang “Nike”, anda fikir tentang ‘tanda betul’.

Jadi, masa peringkat awal, kami tukarkan logo burung kepada ‘AirAsia’ sebagai logo kami. Hanya satu imej. Kenapa perlu belanja 2x ganda untuk 2 logo branding?

Kami juga hilangkan warna biru dan hijau. Saya berusaha untuk tak gunakan warna merah, sebab semua akan fikir saya nak jadi seperti Richard Branson (Founder Virgin Group & Frenandes former boss), tapi merah adalah warna terbaik, jadi kami pun pilih merah.

Jadi, ianya berjaya, pemilihan warna menyebabkan segalanya berubah.
.

8. TURUN KE BAWAH

Apa yang saya selalu buat adalah, sebulan sekali saya akan bawa beg, saya jadi crew cabin dan kadang-kadang jaga kaunter ‘check-in’.

Saya buat perkara ini ada 2 sebab; Yang pertama adalah anda tidak boleh jadi CEO yang efektif selagi anda belum pernah merasai pengalaman kerja bawah secara betul-betul.

Ada satu kisah benar. Team handle beg bagasi beritahu saya yang mereka perlukan tali loaders untuk handle beg bagasi. Saya beritahu mereka “Tidak, kita tak boleh beli, terlalu mahal”.

Jadi ada suatu hari, saya ditugaskan untuk bawa beg bagasi dan ditempatkan pada penerbangan ke Indonesia. Kebiasaan orang yang terbang bersama kami secara umumnya bawa barang seperti seluruh isi rumah, tapi orang yang terbang ke Indonesia biasanya bawa barang rumah sendiri beserta rumah jiran sekali.

Terllu banyak bagasi yang perlu diuruskan. Dalam proses handle bagasi, tulang belakang saya patah dan saya beritahu team saya, mereka betul dan saya salah dan kami putuskan untuk beli tali loader tersebut.

Sekiranya saya tak turun bawah dan merasai kerja tadi, duduk dengan selesa dan nyaman di ofis sahaja, saya akan buat keputusan yang salah dan sebabkan banyak bagasi rosak dan pekerja mungkin mulakan union.

Sebab kedua adalah untuk mencari bakat. Saya bukan mencari bakat yang datang dari Oxford @ Cambridge, saya cari jenis individu yang keputusannya hanya SPM Pangkat 3 yang perlukan peluang kedua.
.

9. JANGAN PANDANG RENDAH TEAM ANDA

Saya langgar semua peraturan dalam mencari team. Bagi saya, selagi anda punyai impian, anda boleh buat apa sahaja.

Ada seorang seorang ex-krew cabin, dia datang pada saya suatu hari dan beritahu saya impian dia adalah ingin menjadi pilot. Saya beritahu dia, “go for it”.

Pada suatu hari, dia hubungi saya dan tanya saya yang dia ingin menyertai pertandingan Ratu Cantik Thailand, dan saya beritahu dia “ok” tapi dengan syarat kami boleh gunakan gambar dia dalam marketing kami.

Dia menang pertandingan Ratu Cantin Thailand dan baru-baru ini telah menjadi kapten. Kami merupakan satu-satunya syarikat penerbangan dalam dunia yang pilotnya adalah Ratu Cantik.

Pengajaran disini adalah kami adalah struktur yang membolehkan beliau hubungi saya sendiri dan beritahu apa impian beliau dan kami dapat asah bakat beliau kepada permata.

Satu lagi kisah dalam team kami ada seorang budak muda, bertugas sebagai tukang handle bagasi di Kuching beritahu saya yang dia ingin jadi pilot, dan saya pun benarkan untuk dia kejar impian dia. Akhirnya dia telah lulus kesemua ujian peperiksaan dan mendapat result yang paling tinggi dalam akademi penerbangan. Sekarang, beliau adalah kapten / pilot.

Kami ada banyak kisah sebegini dalam AirAsia.

Aset paling berharga selain idea adalah team anda sebab pengakhirannya adalah team anda yang akan bawa idea anda.
.

10. DATA IS KING

Kami ada sejumlah database yang sangat banyak dan kami tak tahu nak buat apa dengannya tapi orang lain sangat berminat dengan database yang kami ada. Jadi, kami fikirkan database yang kami ada ini sangat bernilai pada orang lain, mesti ada peluang yang kami boleh gunakan.

Sekarang, kami sedang teroka suatu yang baru. Kami bercadang untuk lancarkan TripAdvisor versi kami sendiri, alat travel, saluran media baru seperti YouTube dan banyak lagi. Database memainkan peranan penting dalam bidang baru yang kami ingin terokai. Data will be king!