10 pekerjaan dengan gaji lumayan di Malaysia

ADAKAH anda menerima gaji antara yang tertinggi di Malaysia? Jom kita dapatkan jawapannya.

Apabila memilih kerjaya, selain dari mencari bidang kerja yang bermakna dan mencabar, adalah juga penting untuk kita melihat prospek peningkatan pendapatan. Pastinya, semua dari kita memerlukan wang untuk memenuhi keperluan harian dan gaya hidup serta komitmen kewangan yang lain.

10-pekerjaan-dengan-gaji-lumayan

Sumber berita di Astro Awani


faktor utama peningkatan kos sara hidup di Malaysia

KUALA LUMPUR: Kenaikan gaji yang tidak setara dikenal pasti faktor utama peningkatan kos sara hidup.

Nilai gaji didapati menjadi rendah di kawasan bandar akibat dari peningkatan kadar inflasi yang tinggi.

Selain komuniti berpendapatan rendah, golongan pertengahan yang rata-rata adalah majoriti masyarakat Malaysia turut merasai impaknya.

Peningkatan harga barang keperluan dan makanan, ditambah dengan kos pengangkutan harian dan sewa rumah semakin menekan kehidupan rakyat.

kos-sara-hidup-tinggi
Iklim ekonomi negara yang kurang memberangsangkan kesan ketidaktentuan harga minyak juga menambah tekanan kepada kuasa beli pengguna, sekali gus merencatkan pertumbuhan ekonomi tempatan.

Pengarah Khazanah Research Institute, Dr Muhammed Abdul Khalid berkata, keadaan diburukkan lagi dengan kadar kenaikan gaji yang lebih kecil berbanding inflasi.

“Keseluruhan gaji di Malaysia naik tapi perlahan. Median gaji penengah berada di tahap RM1,500 tetapi di kawasan-kawasan bandar kenaikkan gaji hanyalah sebanyak RM50. Jika kita ambil kira kadar inflasi, kadar kenaikan menjadi kosong.

“Ini disebabkan oleh kenaikkan harga barang keperluan, makanan dan utiliti. Namun, bukan Kuala Lumpur sahaja yang tidak merasa kenaikan gaji, negeri-negeri lain seperti Pahang, Pulau Pinang juga tidak merasa kenaikan.

“Persoalannya, kenapa gaji tidak naik? Kejatuhan ekonomi global adalah salah satu puncanya, ekonomi tempatan pula tahun ini hanya dijangka akan berkembang 4.1 peratus, maksudnya ia tidak serancak dahulu.

“Perkara ini menyebabkan ramai pekerja kehilangan pekerjaan. Bayangkan, dari bulan Januari hingga Mei, kadar pengangguran meningkat 10 peratus,” katanya.

Jelas Muhammed, situasi ini menyebabkan jurang pendapatan dan harta di antara golongan miskin dan kaya dan di antara negeri semakin luas. Ini berlaku meskipun jurang pendapatan antara kaum semakin kecil.

“Jurang antara kaum memang menunjukkan pengurangan dan itu adalah sesuatu yang baik. Namun, jurang diantara negeri pula semakin meningkat.

“Ramai yang tidak tahu, pendapatan per kapita individu di Kuala Lumpur adalah sama dengan negara maju seperti Korea Selatan, manakala pendapatan Kelantan, negeri paling miskin adalah lebih rendah dari Sri Lanka.

“Ini menunjukkan jurang yang semakin meningkat tinggi. Sebab utama perkara ini berlaku adalah pembangunan yang banyak dibuat di Kuala Lumpur berbanding dengan negeri lain, terutamanya negeri-negeri yang dianggap miskin.

“Contohnya pembinaan ‘High Speed Rail’, pusat-pusat komersil dan universiti-universiti, semuanya mahu dibina di sini jadi bagaimana negeri seperti Kelantan mahu maju?,” kata Muhammed.

Tambah beliau, kerajaan harus menyedari kesan pembangunan setempat ini dan melakukan sesuatu bagi menanganinya.

“Pembangunan setempat adalah sangat penting , kita harus tolong kawasan-kawasan ini. Orang yang berpendidikan rendah banyak yang tertinggal di kawasan-kawasan ini apabila universiti dibina di kawasan bandar.

“Kita harus lihat bahawa pendidikan tinggi bermaksud gaji yang tinggi. Undang-undang dan polisi negara banyak membantu dan melindungi golongan berpendidikan tinggi.

“Contohnya, kita ada polisi yang menyukarkan doktor, jurutera dan peguam luar untuk bekerja disini tetapi bagi pekerja-pekerja buruh dan berpendidikan rendah tidak. Ini bermakna pekerja-pekerja asing seperti dari Bangladesh dan Myanmmar mengambil tempat mereka,” tambahnya.

Selain itu, struktur percukaian negara juga tidak membantu golongan pekerja di mana hampir setiap perbelanjaan mereka dicukai, terutamanya apabila dibandingkan dengan sesetengah pelaburan dan perbelanjaan yang dikecualikan dari cukai.

Kebanyakan pelaburan dan perbelanjaan ini melibatkan harta yang tidak mampu dimiliki golongan miskin dan pertengahan.

Menurut Muhammed, kelemahan polisi dan pasaran buruh inilah yang menyebabkan jurang diantara miskin dan kaya semakin tinggi.

“Satu lagi cukai kita. Orang yang bergaji akan bayar cukai. Tetapi jika saya beli saham saya tak perlu bayar cukai. Jika ibu bapa saya kaya dan mewariskan saya saham, aset seperti rumah dan sebagainya, saya tak perlu bayar cukai sedangkan peningkatan aset lebih tinggi dari gaji. Ternyata ada ketidakadilan di situ,” katanya.

Beliau turut berkata keadaan ekonomi setempat dilihat tidak akan pulih dalam masa terdekat akibat keadaan ekonomi global yang merudum.

“Menurut data yang dikumpul Khazanah sendiri untuk pertengahan tahun 2016, kadar pinjaman turun sembilan peratus, pelaburan swasta turun dua peratus, manakala perbelanjaan kerajaan berada di tahap negatif. Kita juga lihat pasaran domestik melalui jualan ‘big ticket item’ seperti kereta.

Dari bulan Januari hingga Jun tahun ini, jualan kereta turun 15 peratus dan jualan runcit keseluruhan turun empat peratus.

“Apa makna semua ini? Maksudnya orang tak membeli, syarikat tak dapat untung jadi macam mana mereka nak kongsi dengan pekerja? Setakat ini kita tidak nampak bahawa faktor ekonomi akan berkembang dalam masa terdekat.

“Kedua, setiap isi rumah berbelanja hampir 30 peratus pendapatan mereka untuk makanan tetapi harga makanan semakin meningkat.  Sebab utamanya adalah kejatuhan nilai mata wang ringgit. Kita import 30 sehingga 40 peratus makanan, contohnya 70 peratus daging dalam negara diimport dari beberapa negara dan kita import dalam mata wang USD jadi bila ringgit jatuh, harga barang-barang import semakin tinggi. Bila gaji tidak naik dan harga barang semakin meningkat, keadaan memang susah untuk pulih.”

Bagaimanapun, projek pengangkutan awam yang sedang pesat di kawasan bandar dijangka boleh membantu orang ramai termasuk subsidi perumahan dalam bentuk berbeza.

Keadaan ekonomi yang tidak menentu juga menyebabkan ramai hilang pekerjaan. Laporan Bank Negara Malaysia (BNM) tahun ini mendedahkan kurang lapan peratus rakyat Malaysia mempunyai simpanan yang cukup untuk tidak bekerja selama enam bulan.

Dengan Bajet 2017 yang bakal diumumkan 21 Oktober ini, Muhammed berkata kerajaan masih mampu membantu rakyat.

“Masih ada beberapa perkara yang kerajaan boleh buat. 65 peratus rakyat Malaysia makan gaji dan dalam keadaan ekonomi tidak berkembang dan kadar pengangguran yang tinggi, kerajaan harus melakukan sesuatu untuk melindungi pekerja.

“Bagaimana kita boleh melindungi mereka? Dengan insuran pengangguran. Insurans ini tidak akan tertakluk untuk semua, untuk orang yang bergaji RM4,000 dan kebawah, contohnya, dan kerajaan boleh menggunakan kaedah seperti SOCSO.

“Apabila kami membuat kira-kira, kaedah ini menjimatkan kerajaan dan pekerja sekaligus, hampir tiada kos. Kerajaan hanya perlu bayar premium dalam RM0.20 sen sehari manakala pekerja dan majikan boleh mencarum kurang dari RM5 sehari bersama.

“Dengan ini nasib pekerja boleh dilindungi terutama apabila keadaan ekonomi tidak memberansangkan,” katanya.

Selain itu katanya, apa yang boleh dilakukan ialah naikkan pendapatan, bantuan rakyat satu Malaysia secara bersyarat dan mengubah struktur pasaran dengan memecahkan monopoli bagi mengurangkan harga barang.

sumber berita Astro Awani


cimb group tutup operasi cawangan

KUALA LUMPUR 29 Ogos – CIMB Group Holdings Bhd. (CIMB Group) menutup 23 cawangannya sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan operasi dan juga menumpukan kepada perkhidmatan perbankan digital.

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sejak Ogos 2015, sebanyak 22 cawa­ngan CIMB Bank di seluruh Malaysia telah ditutup dan satu lagi akan ditutup menjelang akhir 2016.

cimb tutup 23 cawangan

Katanya, semua kakitangan terlibat telah dipindahkan ke cawangan lain dan pihak bank tidak bercadang untuk membuka cawangan baharu berikutan peng­optimuman digital adalah cara untuk mengukuhkan kedudukan pasaran.

“CIMB Group sedang giat memanfaatkan teknologi bagi me­ningkatkan jumlah pelanggan dan pelan rasionalisasi cawa­ngan adalah berdasarkan konsep mudah untuk diakses.

“Kebanyakan pelang-gan kini lebih selesa dengan teknologi dalam menjalankan urusan perbankan dan kami perlu peka de­ngan trend ini dalam memenuhi permintaan,” katanya kepada pemberita selepas meng­umumkan keputusan kewangan separuh pertama 2016 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ke­tua Pegawai Kewangan Kumpulan CIMB Group, Shahnaz Jamal.

CIMB Group mencatatkan pe­ningkatan untung bersih seba­nyak 1.7 peratus kepada RM1.67 bilion bagi enam bulan pertama ber­akhir 30 Jun 2016 berbanding RM1.66 bilion pada separuh pertama tahun lalu.

Jumlah pinjaman kumpulan berkembang sebanyak 6.6 peratus tahun ke tahun didorong oleh perbankan pengguna manakala jumlah deposit meningkat 7.1 peratus tahun ke tahun.

Menurut Tengku Zafrul, CIMB Group menyemak semula sasaran pertumbuhan pinjaman tahun ini daripada 10 peratus kepada antara enam hingga tujuh peratus sejajar dengan persekitaran operasi semasa yang mencabar.

“Kumpulan juga menyemak semula unjuran pulangan ke atas ekuiti (ROE) daripada 10 peratus kepada sembilan peratus seiring dengan jangkaan pasaran,” tambah beliau.

Sumber berita: Utusan Online


Rakyat Malaysia digesa buat persiapan hari tua

KUALA LUMPUR: Jumlah penduduk tua di Malaysia dijangka bertambah dengan Kajian Khazanah Research Institute (KRI) menunjukkan purata usia penduduk meningkat.

simpanan hari tuaSecara purata golongan berusia 51 ke 55 tahun mempunyai simpanan KWSP sekitar RM159,952.

Bayi yang lahir pada 2015 dijangka mempunyai jangka hayat sehingga 77.4 tahun bagi perempuan manakala 72.5 tahun bagi lelaki.

Sehubungan itu rakyat Malaysia digesa bersiap sedia dengan menambah simpanan persaraan mereka.

Menurut Pengarah Kajian KRI, Dr Muhammed Abdul Khalid secara purata golongan berusia 51 ke 55 tahun mempunyai simpanan KWSP sekitar RM159,952.

Beliau berkata, berdasarkan kadar faedah dan inflasi, ia hanya mampu bertahan untuk tempoh 15.6 tahun.

Namun, katanya dengan peningkatan jangka hayat, ia bermakna simpanan semasa tidak mencukupi untuk menampung keperluan persaraan mereka.

“Bagaimana kita mahu pastikan golongan tua ini mempunyai simpanan cukup dan mempunyai kehidupan selesa apabila bersara kelak. Banyak perkara boleh dilakukan seperti yang disebut dalam laporan,” katanya selepas pembentangan kajian Kedudukan Isi Rumah Siri Dua oleh Khazanah Research Institute (KRI) di sini, pada Isnin.

Menurut kajian KRI, setakat Februari 2016, jumlah simpanan bagi 0.3 peratus teratas pencarum KWSP adalah melebihi jumlah simpanan lebih 3 juta pencarum golongan berpendapatan rendah.

Data turut menunjukkan 58 peratus pencarum KWSP mempunyai pendapatan RM2,000 ke bawah sekaligus menunjukkan golongan ini tidak mempunyai simpanan cukup untuk persaraan.

sumber berita: Astro Awani

 


harga rumah mahal !

AMAT mengejutkan apabila kajian Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati harga rumah di negara ini sangat tidak mampu dimiliki atau sangat mahal berdasarkan piawaian antarabangsa iaitu 4.4 kali lebih tinggi berbanding purata gaji tahunan sebenar rakyat Malaysia.

Pendedahan oleh Pengarah Urusan KRI, Datuk Charon Wardini Mokhzani itu sangat membimbangkan memandangkan jumlah pendapatan bulanan khususnya dalam kalangan orang Melayu tidak seiring dengan peningkatan harga rumah secara mendadak walaupun projek tersebut dibangunkan di sebuah pekan kecil.

Sebagai contoh sebuah rumah teres dua tingkat saiz 20 x 70 di Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan kini dijual dari (minimum) RM328,800 dan harga sebuah rumah teres setingkat saiz yang sama adalah dari (minimum) RM198,800.

harga rumah mahal

Itu harga rumah di Batu kikir, cuba lihat pula projek-projek perumahan di sekitar bandar Seremban yang rata-ratanya rumah dua tingkat bersaiz 20 x 70 atau yang besar sedikit 22 x 80 adalah dalam lingkungan RM400,000 hingga RM700,000 iaitu bergantung kepada lokasi projek.

Dengan harga setinggi itu pemilik rumah terpaksa membayar ansuran bulanan antara RM1,800 sehingga RM2,500 selama 30 tahun. Cuba ba­yangkan berapakah baki gaji mereka setiap bulan selepas sebahagian besarnya digunakan untuk membayar ansuran rumah, dalam masa sama mereka juga terpaksa melunaskan pinjaman lain seperti kereta, pinjaman peribadi, bil-bil, nafkah keluarga dan persekolahan anak.

Sementara itu, bagi kategori rumah berkembar rata-rata harga yang ditawarkan di Seremban bermula daripada RM700,000 hingga ke jutaan ringgit dan rumah banglo pula kebanyakannya sudah melepasi harga RM1 juta hingga RM2 juta yang sememangnya sukar untuk dimiliki terutama bagi mereka yang berpendapatan sederhana.

Melihat harga rumah di Bandar Baru Bangi yang sebahagian besar penduduknya adalah dalam kalangan orang Melayu juga tidak kurang hebatnya. Peningkatan harga di lokasi ini cukup mendadak sehingga tiada rumah yang berharga RM350,000 ke bawah walaupun rumah tersebut merupakan sebuah rumah lama yang pada asalnya dibeli dalam sekitar RM60,000 sahaja.

Malah seorang rakan penulis yang tinggal di bandar itu memberitahu rumah teres dua tingkat yang didiaminya sekarang jika dinilai kini sudah melebihi RM500,000 berbanding harga asal yang dibeli sebelum ini (10 tahun lepas) cuma sekitar RM170,000.

Beliau turut memaklumkan rata-rata rumah di Bandar Baru Bangi telah mencecah jutaan ringgit terutama bagi kategori rumah berkembar dan banglo. Bagi sebuah rumah berkembar katanya, harganya dalam lingkungan RM1.7 juta yang hanya golongan berada sahaja mampu memilikinya dan jika ditinjau-tinjau berapa jumlah orang Melayu yang tergolong dalam kategori itu?

Sedangkan untuk memiliki sebuah rumah teres dua tingkat berharga melebih RM500,000 pun bukan mudah bahkan terpaksa berkongsi dengan pasangan yang bekerja bagi melayakkan pinjaman dibuat di bank-bank. Apatah lagi dengan syarat-syarat ketat yang dikenakan oleh institusi-institusi kewangan terhadap pemohon pinjaman perumahan sebelum kelulusan diberikan.

Bukan mudah untuk membuat pinjaman perumahan ketika ini lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi yang tidak menentu. Ada seorang rakan penulis yang berusia sekitar awal 30-an membuat permohonan pinjaman perumahan bersama-sama isterinya, seorang pegawai sebuah badan berkanun untuk memiliki sebuah rumah pertama mereka berharga kira-kira RM400,000 tetapi malangnya ditolak. Jika diperhatikan secara zahir mereka berdua tiada masalah untuk membuat permohonan tersebut tetapi masing-masing tidak pula tahu sebab-sebab permohonan itu ditolak.

Lihat pula projek perumahan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, harga yang ditawarkan bagi penulis tidak akan mampu dimiliki oleh pegawai-pegawai kerajaan apatah lagi kakitangan bawahan kerana terlalu mahal sehingga mencecah jutaan ringgit.

Rata-rata rumah yang dibina di Putrajaya harga minimum yang ditawarkan melebihi RM500,000, itu pun cuma sebuah apartment/ kondominium berkeluasan kira-kira 850 kaki persegi (kps) dan harga sebegitu sukar untuk dimiliki oleh kakitangan serta pegawai kerajaan yang berpendapatan sederhana. Hanya pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terdiri daripada Turus dan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) sahaja yang dilihat mampu memiliki hartanah seumpama itu.

Inilah realiti yang terpaksa dihadapi ekoran harga rumah terlalu mahal. Persoalannya, bagaimana keadaan seperti ini boleh berlaku?

Bercakap kepada Utusan Malaysia baru-baru ini, Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Dr. Amir Hussin Baharuddin, rata-rata pemaju yang terdiri daripada syarikat-syarikat gergasi tumpuan mereka adalah untuk mengejar keuntungan berbanding menyediakan perumahan mampu milik dan selesa kepada rakyat.

“Sedangkan kos bagi membina sebuah rumah yang dijual pada harga RM200,000 hanyalah separuh daripada itu namun para pemaju sesuka hati menaikkan harga bagi memastikan mereka mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda,” ujarnya.

Pandangan yang dilontarkan oleh Amir Hussin ini tidak harus dipandang sepi kerana kerakusan pemaju-pemaju demi mengejar keuntungan semata-mata telah menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

Menyentuh isu sama Pensyarah Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Ir. Datuk Dr. Muhyiddin Ramli menekankan berhubung keperluan menggubal undang-undang yang dapat mengawal harga rumah secepat mungkin supaya golongan berpendapatan rendah dan sederhana berpeluang memiliki kediaman sendiri.

Kata Muhyiddin, akta itu penting bagi membantu kerajaan menangani kenaikan harga rumah yang semakin melampau. Meskipun katanya, terdapat polisi yang menetapkan setiap projek perumahan perlu terdiri daripada 30 peratus kediaman kos rendah dan mampu milik namum polisi itu tidak mampu menangani isu kenaikan harga rumah kerana ia hanya berbentuk garis panduan.

“Ada pemaju yang sanggup tidak mengikut polisi walaupun terpaksa membayar penalti kerana keuntungan yang diperoleh mereka cukup tinggi,” kata Muhyiddin lagi.

Pandangan ini cukup berasas dan sesuatu perlu dilakukan terutama dalam konteks penguatkuasaan undang-undang bagi mengekang kenaikan rumah melampau daripada terus berlaku.

Apa pun langkah kerajaan membina sejuta rumah mampu milik (harga RM300,000 dan ke bawah juga berdasarkan lokasi) khusus untuk golongan sasar sehingga tahun 2018 adalah amat dialu-alukan. Antara Januari 2013 hingga Jun lalu sebanyak 17.1 peratus atau 194,456 rumah mampu milik siap dibina, diikuti 15.7 peratus atau 178,922 unit rumah masih dalam pembinaan dan 30.7 peratus atau 349,631 unit rumah pelbagai kini di peringkat perancangan.

Bagi golongan berpendapatan rendah pula mereka layak memohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah-rumah murah yang dibina oleh kerajaan-kerajaan negeri. Perlu juga dipastikan hanya permohonan golongan sasar dan mereka yang berkelayakan sahaja diterima berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jangan nanti golongan yang mahu membuat keuntungan diberikan pemilikan rumah seperti itu melalui pelbagai cara sama ada sah atau tidak dan jika itu yang berlaku sudah tentu amat mengecewakan.

Sekiranya isu ini tidak diambil perhatian, masalah pemilikan rumah dalam kalangan rakyat negara ini akan terus berlarutan dan paling malang sekali apabila generasi akan datang menjadi mangsa.

Tidak dapat dibayangkan berapakah harga rumah dalam tempoh 10 ke 20 tahun akan datang dengan berdasarkan kepada harga rumah sekarang. Mungkin sebuah apartment di Seremban boleh mencecah RM700,000 hingga RM 1juta. Mungkin pada masa itu kategori rumah teres sahaja melebihi RM1 juta manakala harga sebuah rumah berkembar dan banglo tidak tergambar pula harganya. Sehubungan itu langkah memperkenalkan satu undang-undang yang mampu mengekang kenaikan rumah secara melampau adalah antara pilihan yang terbaik.

sumber : Utusan Malaysia


panduan hadapi kegawatan ekonomi

Keadaan ekonomi Malaysia kini kurang stabil. Lihat sahaja keliling, ramai yang mengadu kenaikan harga barang, beberapa hari lepas kenaikan harga petrol, beberapa bulan lepas GST dikenakan pula. Makin hari, semakin tinggi kos sara hidup masyarakat oleh kerana kenaikan harga ini. Gaji pula tidak naik setimpal dengan kenaikan kos ini.

Kegawatan-Ekonomi-Malaysia

Dalam memperbaiki kewangan kita, hanya terdapat dua cara sahaja. Iaitu, tingkatkan simpanan dan tingkatkan pendapatan. Dengan meningkatkan simpanan, kita perlu berjimat cermat supaya lebih banyak simpanan dapat dilakukan. Manakala, tingkatkan pendapatan pula, perlu meningkatkan usaha sama ada dalam kerjaya atau berniaga.

1. Tingkatkan penjimatan mungkin mudah bagi ramai antara kita. Caranya, mungkin kurang makan luar, kurangkan perbelanjaan, beli barangan yang perlu sahaja, memilih barangan yang lebih murah, dan sebagainya.

Katakan, pendapatan isi rumah adalah RM6,000 sebulan. Mungkin dengan berjimat cermat dan kurang berbelanja, pada hujung bulan, dapat menyimpan RM600 sebelum ini- Alhamdulillah.

Namun, akibat kenaikan harga petrol, barangan, elektrik, GST dan sebagainya,simpanan RM600 sebelum ini mungkin telah menjadi RM400 sebulan.

2. Pilihan kedua yang merupakan pilihan yang lebih baik adalah meningkatkan pendapatan. Antara caranya adalah memulakan perniagaan seperti Perniagaan di Internet.

Kos perniagaan Internet yang rendah serta capaiannya yang tinggi membolehkan usahawan memulakan dan menjalankan perniagaan dengan risiko yang jauh lebih rendah berbanding dengan membuka kedai atau premis yang memakan belanja yang tinggi ketika waktu ini. Bayangkan sekiranya menjalankan perniagaan Internet, dan mendapat pendapatan RM400 sebulan. Digabungkan dengan penjimatan RM400 tadi, jumlah peningkatan pendapatan kini sudah RM800 pula.

Apa yang hebatnya dalam menjalankan perniagaan adalah, pendapatan tidak mempunyai had. Bergantung kepada ilmu perniagaan yang dimiliki oleh usahawan, bukan sahaja pendapatan RM400 sebulan, malah RM4,000 sebulan atau RM40,000 sebulan juga boleh dicapai.

Dalam memperbaiki keadaan kewangan kita, hanya dua pilihan sahaja. Iaitu menambahkan penjimatan atau meningkatkan pendapatan. Dalam keadaan ekonomi kini, kita perlu pertimbangkan kedua-dua pilihan.

-irfan khairi-