10 tips usahawan daripada pemilik Air Asia, Tony Fernandes.

Kali ini saya ingin berkongsi 10 tips usahawan daripada Tony Fernandes, pemilik syarikat penerbangan AirAsia yang terkenal dengan slogan “Everyone Can Fly”.

Ok. Nah ini tips beliau.
.
1. TAK PERLU TAHU

Saya berasal dari industri muzik. Saya langsung tak tahu tentang kapal terbang. Kepada usahawan diluar sana, anda tak perlu tahu semua perkara tentang apa yang anda ingin buat. Ia berkaitan idea, semangat dan juga berkaitan mengambil tindakan.
.

2. JUST DO IT!

Jangan biarkan sesiapa beritahu anda bahawa anda tak boleh buat. Kita hanya ada satu sahaja kehidupan, jadi anda tidak boleh nak undur atau kata “Alangkah bagus kalau dulu saya buat begitu”.

Oleh sebab itu, saya nasihatkan anda semua diluar sana, JUST DO IT. Hidup setinggi yang mungkin, sentiasa positif. Kalau anda jatuh, sekurang-kurangnya anda telah cuba.

Saya pernah gagal teruk dalam bidang Formula One, tapi saya tidak ada penyesalan sebab saya dah duduk level tinggi dengan kehebatan Ferrari, McLaren dan lain-lain
.

3. SEMANGAT ADALAH KUNCI PENYELESAIAN MASALAH

Impian memang akan jadi impian. Jangan risau tentang kegagalan. Buat sehabis baik. 9 dari 10, sekiranya anda bersemangat, anda akan jumpa jalan penyelesaiannya.
.

4. LABUR DALAM MARKETING

Sekiranya anda ada idea yang paling hebat dalam dunia, tolong, tolong, tolong bajetkan kewangan anda pada marketing. Jika anda tak laburkan duit anda pada marketing, tidak ada siapa pun yang akan dengar idea hebat anda.

Di luar sana, terlalu banyak idea yang hebat, tapi tidak terlaksana kerana kurangnya marketing.

Marketing bukan untuk keuntungan, tapi ia adalah hubungan (Public Relation, PR). Dalam AirAsia, kami tidak ada kewangan. Jadi, saya ke mana-mana sahaja mesti dengan cap merah saya dan selalu beri statement yang kontrovesi pada media supaya media selalu mengambil gambar saya. Itu marketing AirAsia pada peringkat awal.

Kita dah alami pelbagai isu dan marketing memainkan peranan penting dalam mengatasi isu-isu tersebut.

Masih ingat lagi tentang penyakit SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome)? Ketika itu, tidak ada siapa yang ingin terbang. Kami sangka ketika itu bisnes kami akan mati.

Semua orang kurangkan bajet marketing, tapi saya beritahu pada team saya supaya jangan kurangkan bajet marketing sebab inilah masa paling sesuai untuk naikkan jenama kami. Kami tingkatkan bajet marketing kami 3x ganda ketika itu dan ramai kata pada saya “Kau ambil dadah?”. Saya jawab tidak, waktu ini waktu paling sesuai sebab orang lain tidak buat iklan mereka.

Masa pengeboman Bali berlaku, semua orang ketika itu cancelkan penerbangan mereka. Saya kata dengan team, kita tak boleh matikan route Bali. Kita mesti teruskan penerbangan ke sana.

Jadi, kami buat satu kempen ‘LOVE BALI’, kami berikan 10,000 seat percuma dan hasilnya sangat berkesan. Kesemua 10,000 seat habis diambil orang dalam masa seminit. Dan mereka yang dapat seat percuma hebahkan pada kawan mereka melalui media sosial. Iklan yang paling baik adalah dari pelanggan anda.
.


5. LEVERAGE SOCIAL MEDIA

Orang Malaysia, bila dapat tawaran baik, mereka akan hebahkan pada satu dunia tentang tawaran itu. Jadi masa 10,000 yang pergi ke Bali beritahu 10,000 lain yang mereka seronok di Bali. Itulah peringkat awal bagaimana AirAsia boleh masuk ke media sosial.

Jadi kami sedar tentang kehebatan media sosial pada peringkat awal. Selepas Facebook & Twitter datang, kami segera gunakan medium tersebut. Sekarang ini, kami dah ada 32 juta orang dalam beberapa platform media sosial dan 7% jualan bisnes kami datang direct dari media sosial.

Kempen ‘LOVE BALI’ mengajar kami iklan yang paling baik adalah dari pelanggan kami.
.

6. JANGAN TAKUT DENGAN KOMPLEN

Komplen @ feedback sebenarnya penyelidikan marketing secara percuma. Pelanggan sanggup menghabiskan masa untuk menulis beritahu apa masalah dan bagaimana nak selesaikannya. Biasa diluar sana, kebanyakan syarikat bayar mahal pada consultant untuk beritahu perkara yang sama

Sebab itu kami sangat menghargai setiap emel dan melayani mereka dengan baik.
.

7. FOKUS PADA 1 IMEJ DALAM BRANDING

Ketika peringkat awal, AirAsia mempunya logo burung dalam branding.

Sekiranya anda lihat jenama terkemuka dunia, mereka hanya ada satu imej sahaja yang masuk dalam kepala kita. Bila kita sebut ’Shell’, kita fikir tentang logo Shell. Bila sebut “Coca-Cola”, anda fikir perkataan “Coke” dalam italic. Bila sebut tentang “Nike”, anda fikir tentang ‘tanda betul’.

Jadi, masa peringkat awal, kami tukarkan logo burung kepada ‘AirAsia’ sebagai logo kami. Hanya satu imej. Kenapa perlu belanja 2x ganda untuk 2 logo branding?

Kami juga hilangkan warna biru dan hijau. Saya berusaha untuk tak gunakan warna merah, sebab semua akan fikir saya nak jadi seperti Richard Branson (Founder Virgin Group & Frenandes former boss), tapi merah adalah warna terbaik, jadi kami pun pilih merah.

Jadi, ianya berjaya, pemilihan warna menyebabkan segalanya berubah.
.

8. TURUN KE BAWAH

Apa yang saya selalu buat adalah, sebulan sekali saya akan bawa beg, saya jadi crew cabin dan kadang-kadang jaga kaunter ‘check-in’.

Saya buat perkara ini ada 2 sebab; Yang pertama adalah anda tidak boleh jadi CEO yang efektif selagi anda belum pernah merasai pengalaman kerja bawah secara betul-betul.

Ada satu kisah benar. Team handle beg bagasi beritahu saya yang mereka perlukan tali loaders untuk handle beg bagasi. Saya beritahu mereka “Tidak, kita tak boleh beli, terlalu mahal”.

Jadi ada suatu hari, saya ditugaskan untuk bawa beg bagasi dan ditempatkan pada penerbangan ke Indonesia. Kebiasaan orang yang terbang bersama kami secara umumnya bawa barang seperti seluruh isi rumah, tapi orang yang terbang ke Indonesia biasanya bawa barang rumah sendiri beserta rumah jiran sekali.

Terllu banyak bagasi yang perlu diuruskan. Dalam proses handle bagasi, tulang belakang saya patah dan saya beritahu team saya, mereka betul dan saya salah dan kami putuskan untuk beli tali loader tersebut.

Sekiranya saya tak turun bawah dan merasai kerja tadi, duduk dengan selesa dan nyaman di ofis sahaja, saya akan buat keputusan yang salah dan sebabkan banyak bagasi rosak dan pekerja mungkin mulakan union.

Sebab kedua adalah untuk mencari bakat. Saya bukan mencari bakat yang datang dari Oxford @ Cambridge, saya cari jenis individu yang keputusannya hanya SPM Pangkat 3 yang perlukan peluang kedua.
.

9. JANGAN PANDANG RENDAH TEAM ANDA

Saya langgar semua peraturan dalam mencari team. Bagi saya, selagi anda punyai impian, anda boleh buat apa sahaja.

Ada seorang seorang ex-krew cabin, dia datang pada saya suatu hari dan beritahu saya impian dia adalah ingin menjadi pilot. Saya beritahu dia, “go for it”.

Pada suatu hari, dia hubungi saya dan tanya saya yang dia ingin menyertai pertandingan Ratu Cantik Thailand, dan saya beritahu dia “ok” tapi dengan syarat kami boleh gunakan gambar dia dalam marketing kami.

Dia menang pertandingan Ratu Cantin Thailand dan baru-baru ini telah menjadi kapten. Kami merupakan satu-satunya syarikat penerbangan dalam dunia yang pilotnya adalah Ratu Cantik.

Pengajaran disini adalah kami adalah struktur yang membolehkan beliau hubungi saya sendiri dan beritahu apa impian beliau dan kami dapat asah bakat beliau kepada permata.

Satu lagi kisah dalam team kami ada seorang budak muda, bertugas sebagai tukang handle bagasi di Kuching beritahu saya yang dia ingin jadi pilot, dan saya pun benarkan untuk dia kejar impian dia. Akhirnya dia telah lulus kesemua ujian peperiksaan dan mendapat result yang paling tinggi dalam akademi penerbangan. Sekarang, beliau adalah kapten / pilot.

Kami ada banyak kisah sebegini dalam AirAsia.

Aset paling berharga selain idea adalah team anda sebab pengakhirannya adalah team anda yang akan bawa idea anda.
.

10. DATA IS KING

Kami ada sejumlah database yang sangat banyak dan kami tak tahu nak buat apa dengannya tapi orang lain sangat berminat dengan database yang kami ada. Jadi, kami fikirkan database yang kami ada ini sangat bernilai pada orang lain, mesti ada peluang yang kami boleh gunakan.

Sekarang, kami sedang teroka suatu yang baru. Kami bercadang untuk lancarkan TripAdvisor versi kami sendiri, alat travel, saluran media baru seperti YouTube dan banyak lagi. Database memainkan peranan penting dalam bidang baru yang kami ingin terokai. Data will be king!


5 tip penting jual produk …..

5 TIPS PENTING kalau nak dapat untung 4 angka sebulan dengan jual produk sebagai dropship tanpa keluarkan kos iklan di FB ?

SOALAN

Saya nak mula bisnes tapi tak ada pengalaman dan modal yang limited. Jadi saya nak start dengan dropship dulu. Boleh tuan berikan tips ?

JAWAPAN

1. Jual produk yang senang jual dan tepat pada sasaran pelanggan. Yang memang sudah terbukti ada pelanggan beli produk itu. Produk belum launching pun dah beribu orang order walaupun tanpa testimoni.

2. Pastikan margin untung lebih lebih RM20 dan keatas. Jika kurang, latih diri kita supaya mahir mendorong pelanggan beli lebih daripada 1 utk pastikan anda dapat untung yang sepatutnya.

3. Kalau baru mula berniaga, tak perlu keluarkan kos iklan seperti FB Ads hanya gunakan yang percuma sahaja.

4. Ada pilihan lain. Contohnya, FB Group dan Whatsapp Telegram Group, IG etc yang sememangnya masih lagi percuma

5. Jangan setia dengan produk. Setia dengan produk yang senang jual. Matlamat tuan puan adalah mengumpul tunai (cash) utk anda upgrade ke Stokis bagi mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi dan boleh melantik agen di bawah anda.

Sumber: FB Yazid Daud


10 tip menulis di media sosial

Media sosial seperti Facebook boleh menjadi medan percubaan dan juga tempat anda mengasah bakat menulis, jika ia digunakan dengan betul. Berikut saya kongsikan 10 tip menulis di Facebook agar ia boleh menjadi sesuatu yang bermanfaat untuk diri anda:

1. Biasa.

Gunakan ayat-ayat yang biasa sahaja

Jangan gunakan perkataan yang terlalu bombastik. Ingat, rakan Facebook kita bukan semuanya pakar bahasa Melayu. Ada pekerja sektor awam, swasta, kerani, jurutera, arkitek, ahli muzik, pekerja restoran dan lain-lain. Gunakan ayat biasa yang boleh difahami oleh segenap lapisan.

2. Pendek.

Gunakan ayat pendek

Yang penting tepat dan jelas. Macam yang saya sebut tadi, jangan lebih 30 patah perkataan dalam satu ayat. Ayat yang panjang cenderung disalahertikan, lewah, malah mungkin tidak komprehensif.

3. Langsung.

Gunakan ayat langsung

Yang penting mengikut tatabahasa dengan urutan subjek dan predikat. Biar jelas dan terang. Secara tepatnya, gunakan ayat aktif. Bukan ayat pasif yang sangat sukar dan tidak langsung.

4. Lengkap.

Pastikan kita menggunakan ejaan yang lengkap

Bukannya perkataan yang macam generasi Wechat tulis. ‘Aku’ menjadi ‘Aqu’, ‘Meja’ jadi ‘Mj’, ‘Malas’ jadi ‘Mlas’ dan banyak lagi. Jangan rojakkan bahasa. Habis campur bahasa Melayu dengab bahasa Inggeris.

Kalau mahu menulis dalam bahasa Inggeris, tulis lengkap dalam bahasa Inggeris. Ingat cikgu bahasa Melayu ajar macam mana dahulu.

5. Perenggan.

Ini penting

Perenggan jangan panjang. Ingat, membaca melibatkan penggunaan mata. Perenggan yang terlalu panjang atau tidak ada perenggan langsung akan menyakitkan mata. Satu isi satu perenggan. Satu idea satu satu perenggan. Jangan sesakkan pembaca.

6. Nilai.

Pastikan tulisan kita ada nilai

Biar pembaca rasa berbaloi membaca tulisan kita. Bukan entah apa-apa. Atau langsung tidak ada makna. Tentang nilai ini, ia sangat subjektif. Ada orang menulis dengan selamba sahaja. Tapi nilainya, orang boleh ketawa. Itulah nilai. Jangan ingat kita perlu serius 24 jam. Ada orang, hidupnya sudah cukup serius. Jadi media sosial pilihannya untuk merehatkan minda.

7. Ulang.

Jangan menulis pengulangan benda yang sama

Cari sisi berbeza untuk menulis benda yang sama. Apabila orang sudah bosan, orang tidak lagi berminat untuk membaca tulisan kita pada masa akan datang. Walaupun pada masa akan datang kita menulis dengan baik.

8. Berlebihan.

Jangan menulis sesuatu secara berlebih-lebihan

Atau menulis sesuatu melebihi apa yang sepatutnya. Berpada-pada dalam menyampaikan mesej, sinis, komentar, teguran dan sebagainya. Media sosial ialah dermaga untuk membina hubungan, merapatkan jaringan dengan prospek dan wahana penyampaian ilmu. Bukan platform untuk menambah musuh.

9. Jujur.

Jujur dan ikhlas dalam menulis

Ia berkaitan soal niat. Jangan sesekali mengambil kesempatan yang tidak sepatutnya. Orang boleh “menghidu” tujuan kita menulis untuk apa.

10. Semak.

Jangan lupa semak tulisan kita

Terutama dari segi ejaan, struktur ayat, isi, maksud, kesahihan fakta, dan mesej. Yang penting, jangan menulis sesuatu yang boleh memberi maksud yang berbeza. Itu sudah tentu akan mengelirukan dan memberi kesilapfahaman kepada pembaca. Lain kita tulis, lain yang orang faham.

Sumber asal: http://www.thevocket.com/


Apakah Kepentingan Social Networking?

Social Networking

Social Media Networking (Jaringan Media Sosial) adalah satu platform online yang  berasaskan teknologi komputer dan digunakan oleh orang ramai untuk berhubung, berkongsi idea, minat, kerjaya, maklumat, dan sebagainya secara dalam talian (online) melalui aplikasi tertentu.

Facebook dan Instagram adalah antara aplikasi social network yang paling popular digunakan. Facebook mungkin sudah menjadi kebiasaan kepada kita untuk berkongsi text posting, gambar dan video. Aplikasi Instagram pula menggunakan gambar sebagai medium posting. Setiap posting mesti ada gambar. Rahsia yang paling penting untuk mendapatkan banyak maklumbalas daripada Instagram ini ialah hashtag. Kita mestilah menggunakan hashtag yang berkaitan bagi mendapatkan lebih ramai pelawat ataupun viewer. Contoh di bawah adalah hashtag yang berkaitan. Kita boleh meletakkan maksimum 30 hashtag. Hashtag ini boleh juga digunakan di Facebook.

Hashtag Instagram

#instagram #instasize #ig #instafamous #istagram #logininstagram #intagram #insta #instagramsignin #instagramcom #instagramonline #instgram #instagaram #instasize #instagramweb #instragam #intgram #instagtam #istragram #instagramimages #insgram #instagramtags #istgram #instagram #instagramtips #instagramtutorial #igmarkets #instagramfree #webinsta #instagramlogin

Hashtag wordpress

#wordpress #cmswordpress #wordpressthemes #wordpresstemplates #wordpresswebsite #premiumwordpressthemes #wordpresscms #bestwordpressthemes #templatewordpress #themewordpress #wpthemes #themeswordpress #wordpresswebsitetemplates #wordpresspremiumthemes #wordpresssite #wordpressblogthemes #wordpresssites #wordpressblog #wordpressthemespremium #themesforwordpress #freewordpress #wordpressfree #wordpressblogtheme #premiumwordpresstemplates #bestwordpresstheme #wordpresspremium #wptemplate #woocommerce #toneexcel

Hashtag bisnes online

#onlinebusiness #internetmarketing #marketingstrategy #bisnesonline #seo #workfromhome #perniagaanonline #onlinejobs #marketingplan #eusahawan #affiliatemarketing #digitalmarketing #bisnesmudah #howtoearnmoneyonline #workfromhomejobs #memulakanperniagaan #businessopportunities #networkmarketing #onlinemarketing #affiliateprograms #smallbusinessideas #directmarketing #berniagaonline #emailmarketing #obac #onlinebusinessideas #onlineadvertising #smallbusiness #enterwip #toneexcel

Hashtag fotografi

#photographer #fotografi #jurugambar #kursusfotografi #photog #photography #foto #wedding #perkahwinan #headshot #portrait #photostudio #babyphotos #weddingphotography #preweddingphotography #pakejperkahwinan #stockphotos #photogallery #weddingphotos #majlispertunangan #majlisperkahwinan #portraitphotography #gambarperkahwinan #foodphotography #blackandwhitephotography #couplephotos #familyportrait #familyphoto #weddingpictures #toneexcel

Hashtag Makeup

#makeup #lipstick #eyeliner #concealer #modelmuslimah #modelling #mekappengantin #officemodel #modelmakeup #nailpolish #blush #cosmetics #eyeshadow #eyemakeup #mattelipstick #liptint #bridalmakeup #mascara #naturalmakeup #makeupartist #modeling #loosepowder #nudelipstick #makeupbrushes #lipgloss #bronzer #howtomakeup #blusher #makeupbrushset #toneexcel

Hashtag Telco

#digi #celcom #maxis #umobile #toneexcel #tunetalk #onexox #hotlink #toneexcellogin #digiplan #celcomplan #mydigi #celcomcustomerservice #celcomonline #maxisbroadband #xox #umobileplan #digialaysia #digireload #maxismalaysia #celcomcentre #xpax #digiprepaid #celcommalaysia #celcombroadband #umobileprepaid #mymaxis #celcomprepaid #tuneexcel #celcomonlinecustomerservice

Hashtag Buku

#buku #kedaibuku #novel online #belibukuonline #novelmelayuonline #kedaibukuonline #pustakarakyat #kedaibukupopular #bookcafe #gramedia #bukuonlinemalaysia #belinovelonline #kedaibukubanggol #belionlinemalaysia #kedaibukuterpakai #pustakamukmin #belibukuonlinemalaysia #bacanovelmelayuonline #ptsbuku #bukunovel #ptspublication #ebuku #bacanovelsecaraonline #bukuceritabahasacmelayu #jualbelionlinemalaysia #novelonlinemelayu #kedaionlinemalaysia #malaynovelonline #kedaibuku1malaysia #bukumalaysia

Hashtag IPTA Malaysia

#utm #utmskudai #uitm #uitmpuncakperdana #uitmshahalam #uitmpuncakalam #uitmlendu #uitmpp #upsi #umt #usim #unisza #uitmsegamat #upnm #um #ump #utem #uia #uiagombak #upm #upmserdang #ump #usm #unimas #ukm #ums #uum #iium #uthm #unimap

Hashtag Paling Popular Di Dunia.

#love #instagood #photooftheday #tbt #beautiful #cute #happy #fashion #me #followme #follow #selfie #picoftheday #summer #like4like #friends #instadaily #girl #fun #tagsforlikes #smile #repost #art #food #instalike #igers #nature #style #family #likeforlike

Cadangan lain hashtag untuk Instagram di Malaysia

#love #gamisjumbo #jumbo #gamisjersey #bajujumbo #gamisjerseymurah #bigsize #plussize #gamissyari #gamisjumbomurah #bajumuslimah #singaporean #plussizefashion #bajubigsize #agengamis #gamisxxl #gamissyarijumbo #bajubigsizeindonesia #gamismuslimah #womenfashion #lyravirna #ubatgemuk #naikberatbadan #masalahberatbadan #brunieonlineshopping #sayajual #gymmalaysia #sayajualmurah #jualanku #bazaarpaknil

#festival #sayajualonline #streetfashion #carousellmy #lokalah #malaysiaonlineshop #bazaar #bazaaronline #sapotlokal #mamommurah #mamom #mamommilkbooster #milkbooster #ummalacto #ummalactomurah #milkboostermurah2 #nepal #travelog #langtang #travel #backpackers #travelogmieey #backpackersmalaysia #goasean #traveler #travelogue #gengkakitravel #kakibuku #buku #gayatravel

#bacabuku #bukumurah #jualbuku #jualanbuku #ulatbuku #malaysian #book #bookshelf #books #bookstagram #bookphoto #carousell #bookaddict #bookworm #hijabclip #klip #hijabclipturkey #kliphijabturki #kliphijab #hijab #recommended #hijabers #wavyclip #klipsi #aksesoris #aksesorishijab #aksesuar #turkey #original #madeinturkey


Teknik copywriting paling berkesan..

Copywriting adalah salah satu cabang di dalam Internet Marketing. Ianya adalah merupakan karangan untuk menarik minat prospek atau bakal pelanggan. Tujuaannya adalah untuk memberikan info mengenai produk dan menarik orang untuk membeli iaitu kita ingin membuat “sales” dengan copywriting ini. Ianya juga boleh dikatakan satu bentuk “closing” kepada sesuatu urusan.

 

Bagi saya , ramai yang terlalu memikirkan mengenai copywriting ini. Sehingga ada yang sanggup menghabiskan beribu – ribu ringgit untuk mengupah orang menulis mengenai produknya. Kitalah sebenarnya yang lebih mengenali produk kita daripada orang lain. Jika dah buat jualan dan ada modal, mungkin OK untuk “out-source” kepada orang lain. Namun, kalau baru bermula, semua nak upah orang, jangan terkejut jika bisnes anda tersadai kemudian hari.

Inilah teknik copywriting yang saya ikuti apabila menulis copywriting. Tak kiralah untuk website, email atau di whatsapp. Teknik ini adalah teknik promosi yang disyorkan oleh Harvard business school. Apakah yang perlu kita fikirkan dan tulis di dalam copywriting ini? Teknik ini dipanggil ABCD.

1.  Attention:

Kita mestilah mendapatkan perhatian dengan meletakkan masalah yang ingin kita selesaikan. Mungkin juga kita petik keratan akhbar atau juga contoh- contoh masalah yang berlaku. Nampak masalah itu sebagai masalah yang benar- benar bermasalah dan perlu diselesaikan dengan segera.

2. Benefits:

Ceritakanlah apakah kelebihan yang ada tentang produk atau servis kita untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kenalkpasti beberapa kelebihan yang ada dan kembangkan penceritaan anda supaya mudah difahami. Saya guna perkataan “cerita” kerana orang lebih ramai tertarik dengan bahasa santai daripada bahasa buku.

4. Credibility:

Kredibiliti boleh disampaikan berkenaan dengan produk, syarikat ataupun diri kita sendiri. Jika berkenaan dengan produk, kita boleh berikan testimoni – testimoni berkenaan dengan hasil penggunaan produk. Kita juga boleh beritahu mengenai syarikat atau diri kita sendiri dengan syarat, jangan menipu. Sebagai seorang yang baru bermula, tiada siapa yang akan beritahu mengenai diri anda di online jika bukan anda yang beritahu.

5. Direction:

Ini adalah berkenaan dengan perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang itu jika dia berminat untuk mendapatkan produk atau servis kita. Apakah yang perlu dilakukan? Info apakah diperlukan? Bank accout manakah yang digunakan untuk memasukkan duit? Jangan biarkan copywriting anda tergantung tanpa panduan untuk mendapatkan produk atau servis.

Anda juga boleh memasukkan elemen- elemen lain di dalam copywriting anda. Penggunaan icon yang kita selalu nampak di whatsapp juga mungkin boleh membuat orang membaca secara ringan dan santai. Namun begitu, jangan terlampau membuat copywriting anda sebagai satu iklan kerana iklan terbaik tidak nampak macam iklan.

Jumpa lagi nanti!

sumber artikel: SifuAridz.com


Panduan Pemasaran Yang Efektif Di Internet

Ramai yang tidak tahu bahawa rakyat Malaysia merupakan antara rakyat negara Asia yang paling ramai melayari internet dalam dunia. Ya, dunia! Keajaiban internet tidak perlu dipersoalkan lagi. Usahawan-usahawan di seluruh dunia menjana hampir berbilion ringgit daripada medium ini. Sama ada produk digital mahupun fizikal, semuanya adalah mungkin dengan kewujudan internet. Ini kerana jika secara offline, bilangan manusia adalah terhad manakala secara online , perniagaan anda mampu di perkenalkan pada beribu-ribu orang dalam masa yang sekejap sahaja. Dan sebagai usahawan di Malaysia, adakah kenyataan di atas masih tidak meyakinkan anda untuk memanfaatkan medium ajaib ini ke paras maksimum?

Kini, transaksi yang berlaku di internet adalah berjumlah trillion USD setahun dan setiap hari berbilion-billion USD bertukar tangan. Kerancakan transaksi wang di internet di sokong lagi dengan pengembangan internet ke handphone dan juga penggunaan kad kredit.

Apabila bercakap mengenai perniagaan internet ramai di antara kita membayangkan produk making money online” .Sebenarnya, perniagaan internet ini mempunyai banyak cabang yang boleh diterokai. Di negara kita, pasaran produk fizikal lebih tertumpu di forum-forum tempatan serta laman lelongan online seperti lelong.com.my dan ebay.

Perkembangan yang bagus tetapi produk yang dijual kebanyakannya boleh dikatakan remeh. Contohnya, pen, sarung bantal, jus kuruskan badan, tudung, keychain dan yang sewaktu dengannya. Bagaimana dengan barangan yang lain? Atau usahawan tempatan masih kurang berpengetahuan tentang keajaiban medium ini?

Ikuti faedah-faedah memasarkan produk perniagaan di internet.

Perniagaan auto-pilot.

Anda tidak perlu bersengkang mata untuk berjaga 24 jam untuk menjaga kedai anda. 24 jam 7 hari seminggu 365 setahun. Tidak seperti kedai biasa yang hanya beroperasi jam 7 pagi – 8 malam.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah pastikan anda ada laman web dan ianya berfungsi. Ya semudah itu! Tetapi harus diingat yang setiap entri perlulah menarik kerana ia berupaya untuk membawa pelanggan tersebut kepada pengenalan produk atau perkhidmatan yang disediakan. Proses berkenaan perlulah mengambil kurang daripada 10 saat. Anda harus ingat bawa anda tidak tahu dari mana pengunjung-pengunjung laman web anda datang. Maka, menjadi tugas seorang usahawan untuk menarik perhatian mereka dalam masa yang amat terhad.

Sebarang soalan yang diajukan pelanggan akan masuk ke dalam emel dan anda boleh jawab apabila anda online . Anda juga boleh setkan sistem pembayaran automatik menggunakan kad kredit dan apa yang anda perlu buat adalah menerima bayaran dan memproses tempahan. Di Malaysia budaya pembayaran melalui online mungkin azgak baru. Sebagai usahawan, anda perlu meyakinkan pelanggan bahawa setiap transaksi online yang mereka lakukan adalah selamat untuk digunakan.

Komunikasi pantas.

Jika anda ada pelanggan di Kelantan dan anda pula berada di Johor, anda tidak perlu bergerak ke Kelantan untuk berjumpa dengan pelanggan anda, anda boleh berkomunikasi terus di Internet. Jika ada masalah, mereka boleh ajukan pada anda di Internet sahaja. Sediakan borang pertanyaan di laman web anda dan pastikan anda respon dalam jangka masa yang terdekat.

Prospek perniagaan yang luas.

Anda dapat menjimatkan ratusan malah ribuan ringgit dengan memasarkan produk anda di internet. Kos pemasaran di televisyen, radio dan di billboard adalah sangat tinggi, bukan semua uasahawan mampu untuk membayarnya, dan target market belum tentu seperti diuar-uarkan. Di internet, yang sebaliknya berlaku. Dengan ratusan ringgit sahaja, anda dapat menyampaikan maklumat kepada prospek pelanggan yang tersangat ramai. Bayangkan jika anda mampu memperkenalkan perniagaan anda kepada jutaan orang di internet, paling teruk pun 1 peratus sahaja yang membeli dari anda, agak-agak untung dah berapa? Ya! Tersangat banyak!

Agen yang bekerja secara percuma

Anda tidak perlu ada agen pemasaran yang ramai di dalam syarikat anda untuk promosi produk secara online dengan adanya sistem affiliate. Affliate adalah agen dan anda tidak perlu bayar gaji pada mereka. Mereka akan menerima komisyen berdasarkan jualan yang mereka hasilkan. Jika tiada jualan, anda tidak perlu bayar gaji pada mereka.

Senang untuk mencari rakan niaga.

Seperti yang diberitahu, di internet, yang terbalik dari dunia nyata berlaku. Anada tidak perlu cari rakan niaga, meraka yang cari anda! Jika mereka rasa produk anda bernilai, bagus dan ada potensi, mereka sendiri akan hubungi anda untuk menjadi agen atau wakil pengedar. Maka, di laman web, anda boleh sediakan ruang rakan niaga untuk memperkembangkan lagi perniagaan anda. Menarik bukan?

Anda tidak perlu buka mulut langsung.

Di internet, anda tidak perlu pening-pening memikirkan cara untuk meng’ayat’ para pelanggan anda. Sekadar mengisi laman web anda dengan informasi terkini mengenai produk, pasti ada yang sudah tersangkut. Dan jika mereka ada soalan, mereka boleh hubungi anda. Persembahan di laman web akan menjadi wakil jurucakap anda.

Banyak cawangan dengan kos yang sedikit dan proses yang mudah.

Antara senjata pemasaran ialah cawangan. Membuka cawangan kedai di internet tidak memerlukan kedai baru, peralatan baru, pekerja baru atau lesen baru. Domain dan hosting. Sahaja. Adanya dua perkara tersebut, anda boleh buka dan kawal perniagaan sebanyak mana cawangan yang anda mampu. Hebat?

Bagaimana? Sudah cukup meyakinkan untuk memanfaatkan internet ke paras maksimum? Seorang usahawan yang baik harus tahu untuk menggunakan segala peluang yang ada untuk memaksimumkan jualan dan internet adalah satu medium ajaib yang wajib diterokai. Tetapi pasti anda tertanya-tanya bagaimana tu?

Berikut adalah beberapa cara yang boleh diaplikasikan yang telah membantu ramai usahawan:

Sebenarnya ianya bergantung pada bajet. Jika terlebih bajet, gunakan kaedah yang kedua, jika tidak berapa mampu, gunakan kaedah yang pertama. Apapun, pastikan anda tak habiskan banyak masa dengan lakukan manual submission.

1. Emel

Adalah wajib bagi anda untuk mempunyai laman web opt-in atau landing page yang mempunyai borang langganan di mana pelawat boleh meninggalkan nama dan emel mereka di laman web tersebut. Kemudian, anda boleh mulakanpemasaran produk atau servis anda dengan menghantar emel kepada mereka. Menggunakan perisian bernama autoresponder. Autoresponder ini boleh hantar mesej kepada ribuan emel pada satu-satu masa! Apa yang perlu anda lakukan ialah hanya masukkan beberapa mesej untuk dijadikan emel di dalam autoresponder anda supaya setiap kali pelawat laman web anda berikan nama dan emel mereka, mereka akan mendapat emel ini secara automatik dan berterusan dari anda. Mereka pasti beranggapan yang anda ambil berat dengan mereka sedangkan anda hanya perlu lakukan sekali sahaja, hebat?

2. Komen Blog

Adalah mudah untuk anda lakukan promosi sebegini memandangkan terdapat bermacam-macam jenis blog di pasaran. Selepas melakukan sedikit kajian, anda akan dapati bahawa sesetengah blog mempunyai pembaca setia mereka tersendiri dan mereka inilah sasaran terbaik untuk produk atau perkhidmatan yang anda promosikan.

Walaubagaimanapun, jangan sampai anda dilabel ‘blog spammer’ dengan terus beriklan melalui komen blog dengan kerapa dan secara terang-terangan. Sebaliknya, jadikan kebiasaan untuk meninggalkan komen di blog yang berkaitan dengan niche anda SAHAJA. Jangan sesekali habiskan terlalu banyak masa dengan baca setiap blog, setiap post dalam blog dan setiap komen. Memang alamat 24 jam lah anda duduk depan computer?. Cari sekurang-kurangnya 10 blog berkaitan niche anda dan tinggalkan 10 komen di setiap blog itu setiap hari. Melalui cara ini, anda dapat tingkatkan kredibiliti anda. Maklumlah, balik-balik anda yang komen!

4. Youtube

Masih ramai lagi yang kurang arif dengan kehebatan pemasaran melalui video. Antara kebaikannya ialah pertama, ia membolehkan anda mendapat keputusan segera. Video biasanya dapat dilihat secara terus manakala kandungan bercetak pula lebih cenderung untuk ditinggalkan dalam inbox atau mailbox sehingga berhari-hari lamanya. Kedua, video membolehkan anda menyampaikan cerita dengan lebih baik. Video menawarkan satu peluang yang baik dengan mempamerkan sesuatu yang berkaitan dengan perniagaan anda. Orang ramai lebih cenderung kepada ‘menonton’ maklumat, bukan lagi ‘mendengar’ maklumat.

Ketiga, anda berpeluang untuk membekalkan kandungan yang berlainan setiap kali. Untuk mendapatkan posisi yang tinggi di Google, pemilik laman web hendaklah sentiasa memperbaharui kandungan di laman webnya. Menghasilkan artikel sememangnya memakan masa, tetapi menghasilkan video adalah mudah, murah dan pantas!

Keempat, anda akan dilihat sebagai usahawan yang berkemampuan untuk mencuri tumpuan para pengunjung melalui cara baru. Jika para pengunjung sudah bosan dengan bahan-bahan bercetak, maka video berkemungkinan akan menyemarakkan minat mereka terhadap bisnes anda. Kelima, ia membolehkan orang ramai melakukan promosi untuk anda. Semua laman web video atau laman sosial seperti YouTube, Facebook, MySpace menyediakan kemudahan untuk orang ramai menyebarkan video anda ke seluruh Internet.

Keenam, komuniti video online biasanya lebih ‘hidup’ dan rancak berbanding dengan komuniti artikel online . Anda mampu mencapai jumlah tontonan 1000 ke atas dalam beberapa minggu sahaja! Dan yang terakhir, jumlah persaingan yang kurang. Kebanyakan peniaga Internet masih lagi menggunakan artikel untuk pemasaran bisnes mereka, oleh itu persaingan dalam pemasaran video masih belum sengit seperti cara-cara promosi yang diterangkan di atas.

Antara cara pemasaran melalui video ialah:

1. Cipta video sendiri.
2. Daftar akaun Youtube dengan nama yang ada keyword kepada niche anda.
3. Masukkan tajuk video yang ada keyword sasaran anda.
4. Letakkan link ke landing page anda di description.
5. Masukkan keyword sasaran anda di dalam tags.
6. Masukkan artikel atau maklumat berkaitan niche anda ke dalam description.

sumber artikel di http://www.usahawan.com/


Panduan iklan di FB, Instagram tanpa kos

Tip power yang dikongsi oleh pakar pemasaran internet.

Sangat berkesan jika anda buat 100%.

Nak buat boleh, tak buat pun tak apa…

✔ Add friend FB sehingga maksimum 5000 orang.  Jika dah capai, buat cleanup.. buang yang tak aktif, add yang baru.

✔ Add followers instagram ke 10,ooo orang.

✔ Iklan 6 kali sehari

3 Tips dapatkan sales setiap hari.

Waktu Post Status Paling Sesuai:-

✅Waktu Pagi : 6.15am – 7.00am (pengguna FB tegar akan login)

✅Masuk Keja : 8.00am – 10.00am (ni yang boleh akses FB di tempat kerja)

✅Lunch Hour : 12.30pm – 2.00pm (sambil tunggu waktu lunch, layan FB)

✅Selepas Lunch : 2.30pm – 3.00pm (layan FB sebelum sambung kerja)

✅Sebelum Balik : 5.30pm – 6.15pm (tunggu nak checkout)

✅Lepas Isyak : 9.00pm – 12am, kadang2 terlajak 1am – 2am.

❗WAKTU PALING HOT❗

?10 pagi , ?12 tengah hari, ?3 petang, ?5 petang, ?9 malam, ?10 malam

✔Follow up seminggu sebelum gaji.

==========
FOLLOW UP!
FOLLOW UP!
FOLLOW UP!
==========

Menjadi kebiasaan prospek apabila selepas sesi close sale atau selepas bertanya tentang produk, mereka tidak terus membeli.
.
Banyak faktor yang mempengaruhi sebenarnya.

+ Prospek tunggu gaji
+ Belum faham sepenuhnya tentang produk
+ Nak bincang dengan pasangan dahulu
+ Survey harga
+ Tangguh dulu
+ Lupa
+ dan lain2

Itu antara sebab-sebab mereka tidak membeli lagi. Ingat mereka BELUM lagi membeli. Tidak bermakna mereka TIDAK MAHU membeli.
.
Cara untuk kita tahu prospek nak membeli atau tidak, adalah dengan FOLLOW UP. Tanya sekali lagi mereka masih berminat atau tidak.
.
Rugilah kalau kita tak bertanya jika sebenarnya propsek memang betul-betul mahu beli tapi mungkin dia lupa, tak tahu cara membeli sebagainya.
.
Macam mana nak follow up?
.
Ada beberapa cara untuk kita follow up.
.

1. Tanya direct terus adakah prospek masih berminat.

Cth: Salam bro/sis, adakah bro/sis sudah buat keputusan nak membeli? ?

atau

-Salam, bro/sis masih berminat untuk dapatkan xxx? ?

-mahu beli berapa yaa? ?

-mahu xxx atau yyy ye? ?

2. Tanya prospek apa yang belum difahami

Cth: Salam, semalam saya sudah ceritakan berkenaan @#$%^. Boleh tahu ada apa-apa pertanyaan lagi? Jika sudah faham, bro/sis berminat?
.

3. Follow up URGENCY

Cth: Salam. Boleh tahu masih berminat dengan produk kami. Untuk makluman, stok adalah terhad. Jika mahu, boleh dapatkan segera.

Atau

– Saya sudah reserve stok ayam goreng untuk tuan. jika tuan tak mahu, saya beri kepada orang lain ?
.

4. Beri testimoni lagi

Cth: Salam tuan/kak. saya nak kongsi satu lagi testimoni dari pengguna kami. Tuan/kak boleh tengok dulu gambar ya.

Tuan/kak berminat?
.

5. Beritahu kesibukan anda

Cth. Salam tuan. Alhamdulillah hari ni ramai bertanya dan dapatkan produk kami. Tak menang tangan dah. Tuan berminat nk dapatkan hari ni?
.
6. Beri Bonus

Cth: Salam tuan. Tuan masih berminat. Jika tuan dapatkan hari ni, saya beri BONUS berganda pada tuan iaitu [……..] . Tuan mahu?
.
Di atas adalah beberapa contoh ayat untuk mulakan perbualan untuk follow up. Boleh gunakan cara sendiri. Yang penting adalah anda perlu tanya adakah prospek masih berminat.
.

Bila nak follow up?

Selepas
-1 hari
-7 hari
-Time gaji
.
.
Sampai bila nak follow up?
.
Sampai lebam! Maksudnya sampai prospek berkata ” SAYA TAK NAK” baru stop.

Dah! gi cari prospek baru. Jangan paksa jika orang tak mahu?
.

———–

Tips dari PAKAR MARKETING ONLINE❗❗❗

1. Follow up semua customer yg belum buat payment.

2. Broadcast semua customer lama utk beritahu tentang produk baru atau sales. database sangat penting untuk simpan list customer

Setiap hari buat benda sama. Iklan, follow up, boost database.

Orang putih kata, Practice make Perfect.


Produk Paling Laris di Internet (Bahagian 2)

Kisah tersebut sering menjadi peringatan kepada saya bahawa tidak kira apa jua industri atau minat, pastinya terdapat “produk informasi” yang boleh dihasilkan. Lihat dalam diri anda sendiri, industri dan minat anda, apakah informasi yang boleh jual di Internet?

Selepas mengetahui topik informasi yang ingin dihasilkan, langkah seterusnya adalah memilih kaedah penghantaran informasi tersebut. Samada ingin menjualnya dalam bentuk buku, video, audio, report, manual, e-book, persembahan multimedia dan sebagainya.

ebook informasi

Di sini saya juga ingin menyentuh tentang e-book atau e-buku yang merupakan kaedah penghantaran informasi yang kian popular di zaman ini. – Ebuku merujuk kepada informasi yang dikumpulkan dalam bentuk digital mirip kepada sebuah buku. Ianya adalah fail digital yang boleh dihantar kepada pembeli melalui email, atau pembeli boleh memuat turunkannya daripada Internet. Contoh sebuah e-buku boleh didapati di www.irfankhairi.com/mentor

Apa yang menariknya mengenai e-buku adalah, oleh kerana ianya berbentuk fail digital, kaedah penghantarannya kepada pembeli secara online menjimatkan wang (tidak perlu mencetak), masa (pembeli menerimanya secara segera) serta boleh mengandungi link/audio atau video supaya menjadikan e-buku anda interaktif.

Melihat potensi keuntungan e-buku juga boleh menarik minat ramai pihak. Sebagai contoh, oleh kerana e-buku adalah fail digital yang dijual oleh penjual terus kepada pembeli, sekiranya e-buku tersebut berharga RM40, penjual (atau usahawan e-buku) tersebut akan memperolehi keuntungan RM40!

Tidak seperti menjual buku biasa secara tradisional, sekiranya penulis buku menulis buku melalui penerbit dan buku tersebut dijual pada harga RM40, penulis menerima royalti atas setiap jualan sebanyak RM2 sahaja. Bandingkan keuntungan RM40 dan RM2 atas setiap jualan! Itulah antara kekuatan menjual informasi melalui digital di Internet.

Apabila anda mempunyai produk informasi untuk dijual, langkah seterusnya adalah memiliki laman web sebagai tempat mempamerkan produk informasi anda. Sekiranya pelawat laman web ingin membeli, mereka boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau membuat bayaran terus ke bank usahawan informasi tersebut.

Satu ketika dulu, zaman pertanian melahirkan ramai usahawan-usahawan tani. Kemudian zaman perindustrian pun berganti dengan menghasilkan ramai usahawan-usahawan perindustrian pula. Kini, kita memasuki era informasi, dan waktu inilah akan terlahirnya ramai usahawan-usahawan informasi – menjual produk paling laris di Internet! Anda bagaimana?

sumber: http://www.irfankhairi.com/


Produk Paling Laris di Internet (Bahagian 1)

Sering saya ditanya, apakah produk paling laris sekiranya dijual di Internet? Untuk mengetahui jawapan ini, kita perlu lihat terlebih dahulu, apakah kegunaan Internet yang paling tinggi sekali.

Orang ramai menggunakan Internet untuk mendapatkan informasi. Dalam zaman ini, zaman informasi, jadi INFORMASI adalah produk yang paling laris sekiranya dijual di Internet. Produk informasi yang dimaksudkan boleh jadi dalam bentuk buku, video, audio, report, manual, e-book, persembahan multimedia dan sebagainya.

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet menjual informasi, pertama sekali anda perlu tetapkan, informasi apakah yang anda ingin perdagangkan. Oleh kerana tiada had pada informasi, maka, berbagai-bagai perkara boleh menjadi produk informasi.

produk informasi

Teringat saya suatu waktu dulu ketika mengendalikan ‘workshop perniagaan internet’ saya, seorang peserta mengaku bahawa beliau tidak mempunyai idea untuk menjual apa pun di internet. Bila ditanya, industri apakah yang dirinya kini terlibat, jawapannya adalah, “Industri membuang sampah”.

Tersentak saya seketika, kerana sering kali saya sarankan peserta untuk lakukan perniagaan berkaitan dengan industri atau minat masing-masing. Apabila mendengar jawapannya “Industri membuang sampah”, saya sendiri tidak dapat sebarang idea apakah yang beliau boleh jual di Internet!

Saya minta peserta tersebut duduk terlebih dahulu dan ikuti segmen saya seterusnya tentang menjual produk informasi di Internet. Dengan harapan, beliau mendapat idea. Sejurus selepas saya menceritakan bahawa informasi adalah produk terlaris dijual di Internet, dan memberi kebaikan-kebaikan lain menjual produk informasi, peserta tersebut bangun semula dan berkata “Saya sudah mempunyai idea nak jual apa di Internet!. Saya akan menulis buku mengenai cara-cara kita boleh menambahkan pendapatan daripada sampah-sampah yang kita ada!”

Wah! Idea yang amat baik. Walaupun industri “Pembuangan sampah”, masih boleh menjana idea menghasilkan produk informasi. Sejak itu, saya amat yakin, tidak kira apa pun industri seseorang itu, pastinya terdapat “informasi” yang boleh dijual berkaitan dengan industri tersebut. Apa yang perlu, adalah kreativiti dalam menghasilkan idea!

sumber: http://www.irfankhairi.com/


3 tips pemasaran internet yang perlu anda tahu…

Sekiranya anda menjalankan perniagaan Internet, pastikan anda melakukan pelbagai promosi untuk meningkatkan jualan anda.
Penyelidikan mengatakan bahawa 96% perniagaan Internet gagal.
Sebab utamanya?
Tidak melakukan promosi.

Berikut adalah 3 idea pemasaran Internet yang anda perlu lakukan sekiranya belum!

pemasaran-internet

1 – Buat laman web yang menjual

Sebelum anda mewujudkan laman jualan dalam talian, anda mesti tahu tentang pelanggan sasaran anda. Setelah mengetahui sasaran pelanggan, mudah untuk mewujudkan satu laman web jualan dimana anda mesti mempunyai komponen penting seperti : pengenalan, masalah, pergolakan masalah , penyelesaian, butiran produk/perkhidmatan anda, ciri-ciri dan faedah produk anda , barang-barang bonus , jaminan dan cara tempahan atau pembayaran . Anda perlu membuat prospek anda melihat dan merasakan bagaimana produk/perkhidmatan anda akan menyelesaikan masalah mereka.

Perlu ingat, tidak kira hebat mana produk atau perkhidmatan anda, sekiranya laman web anda tidak berjaya menjual, maka orang masih tidak akan membeli.

2 – Menawarkan hadiah percuma

Jika anda sedang mencari cara untuk membuat senarai pelanggan yang berpotensi untuk perniagaan anda , menawarkan hadiah percuma kepada prospek anda adalah satu pilihan tepat. Semua orang suka hadiah percuma dan anda boleh mengambil kesempatan ini untuk mendidik mereka dan memberi mereka maklumat berharga yang akan membantu anda untuk membina hubungan yang kukuh. Digital hadiah percuma seperti klip audio atau surat berita adalah yang terbaik tetapi jika anda masih mampu untuk memberi hadiah fizikal, anda juga boleh lakukan. Kelebihan menyediakan tawaran ini adalah anda berpeluang mengumpul alamat email pelawat anda untuk kegunaan masa depan.

Memberi sesuatu yang percuma akan menambahkan lagi nilai produk dan perkhidmatan anda. Ini akan memudahkan lagi pelawat membuat keputusan untuk membeli dari anda.

3 – Manfaatkan medium Media Sosial untuk perniagaan anda.

Platform media sosial adalah strategi yang paling penting jika anda ingin menjalankan pemasaran secara online. Walaupun anda menyediakan perkhidmatan produk , melalui media social, ribuan dan jutaan pelanggan dapat berhubung terus dengan anda. Alat rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter boleh menjadi medium untuk pelanggan anda berhubung dengan perniagaan anda.

Media sosial kini telah berpindah daripada hanya menjadi platform bersosial di mana orang menggunakan mereka untuk pertemuan mesra sahaja. Sebaliknya , media sosial telah menjadi tulang belakang bagi setiap perniagaan yang berjaya dan orang yang menggunakan ini untuk pemasaran online. Anda boleh membuat halaman Facebook atau akaun Twitter untuk perniagaan online anda dan menggunakannya untuk mempromosikan produk perkhidmatan anda melalui iklan dan ini akan membawa faedah yang berharga kepada perniagaan anda.

Sama ada pelawat membeli ataupun tidak produk dan perkhidmatan anda, gunakan media sosial untuk membina hubungan dan meningkankan lagi keyakinan antara perniagaan anda dan bakal pelanggan. Sebarang jualan akan lebih mudah terjadi apabila terdapat hubuungan dan terbina keyakinan pada perniagaan anda!

sumber dari jutawan internet Irfan Khairi