Software Penting Internet Marketer

Nak tahu RAHSIA terbaru sifu-sifu internet buat sales meletup-letop guna teknik iklan robot ?
šŸ”„Ā JUARA ONLINE BIZ !
šŸ”„JANA WANG TANPA MODAL !
šŸ”„AYUH JADI JUTAWAN !
šŸ”“šŸ”“šŸ”“šŸ”“šŸ”“šŸ”“šŸ”“šŸ”“šŸ”“šŸ”“
šŸ”„FREE REGISTER !
Ā 
šŸ”„6 PRODUK KAMI :
Ā WhatsApp Blaster
Ā Bulk WhatsApp Sender
Ā WhatsApp Auto Reply
Ā Facebook Auto Poster
Ā Messenger Auto Reply
Ā Sistem Topup dan Bil

How To Delete WordPress Theme Using FTP

Tutorial kali ini akan saya tunjukkan bagaimana untuk akses ke cpanel wordpress melalui FTP (file transfer protocol) client software.

Tujuan tutorial ini adalah untuk tunjuk bagaimana kita boleh delete theme wordpress yang tidak diperlukan supaya ruang storan dapat dikurangkan.

Dalam tutorial ini, saya menggunakan software Core FTP LE. Software ini boleh di download, install dan digunakan secara percuma sahaja.

Kenapa anda wajib menggunakan FTP ini? Secara amnya, FTP ini digunakan untuk berhubung atau menguruskan file seperti upload & download antara pc anda dengan hosting server website anda dengan lebih cepat berbanding menggunakan file manager di cpanel wordpress.

Hmmm..agak-agak boleh faham tak maksud saya ni…

Untuk lebih mudah faham, saya buatkan satu video untuk anda.


Plugin Tracking Code Manager Untuk WordPress Bagi Google Adwords Remarketing, Conversion, Analytics & FB Ads Pixel

Plugin Tracking Code Manager Untuk WordPress Bagi Google Adwords Remarketing, Conversion, Analytics & FB Ads Pixel

Pening mencari cara untuk masukkan code atau tag bagi Google Adwords Remarketing, Google Analytics, Google Conversion Tag serta Facebook Ads Pixel ke web wordpress anda? Iya pening sebab banyak sangat code nak dimasukkan kan?

Anda boleh download diĀ https://wordpress.org/plugins/tracking-code-manager/

Atau search di plugin pada wordpress anda, search ā€œTracking Code Managerā€

Istimewanya plugin ni ialah boleh digunakan untuk Google Adwords Remarketing code, Conversion code, Google Analytics, Facebook Ads Pixel dan apa sahaja code. Plugin Tracking Code Manager ini pula boleh diset untuk whole page di wordpress anda atau di page tertentu sahaja.

Semoga membantu.

sumber artikel:Ā https://www.sifuadwords.my/


Mengapa Ada Orang Berjaya Dan Gagal ?

1.Ā Sikap Mereka Berbeza
Mereka tak suka komplen, mengeluh atau merungut. Orang gagal sebaliknya sentiasa komplen dan mengeluh. Mereka sentiasa tidak berpuas hati. Mereka tak sabar, byk tunggu dan nanti.
Orang berjaya sentiasa bertindak, mereka tidak menunggu sesiapa. Mereka tidak pernah duduk saja.
2. Mereka Sentiasa Pantas
Pantas buat keputusan, pantas buat tindakan.Ā Tahu atau tidak, mereka buat saja. Nak bisnes buat aje.
Tak pernah fikir masalah. Jadi atau tak jadi itu nombor dua. Yang penting mereka bertindak.
3. Mereka sentiasa invest utk kejayaan mereka
āœInvest ilmu
āœInvest wang
āœInvest tenaga
āœInvest masa
āœInvest pengorbanan
4. Mereka membina networking yang bagus
Apa maksud networking?? Anda adalah siapa kawan anda. Bulatan kawan2 yg berjaya, mereka pasti berjaya. Jadi upgradelah lingkungan bulatan kawan2 kita. Jangan sembarangan memilih kawan.
5. Mereka dah buat keputusan dari awal untuk berjaya
Sebelum bertindak, mereka dah set dlm minda untuk sukses dan hebat.
6. Mereka berkawan dgn orang yg betul
Mereka belajar cara org berjaya lakukan.
7. Mereka tidak bertangguh
Mereka tidak memberi alasan. Kejayaan adalah kepantasan. Bisnes adalah kepantasan.
8. Mereka tidak terpengaruh dgn kutukan orang sekeliling
āœJangan melayan cakap orang.
āœMereka tidak hiraukan perkara remeh temeh.
āœMereka tidak melayan kutukan dan hinaan orang.
9. Mereka konsisten dan persisten
āœTak mudah putus asa.
āœTak mudah mengalah.
āœMereka sentiasa excited dan melakukan yg terbaik untuk diri mereka .
Buktikan pada mereka yg di luar sana kerana kita adalah yg terbaek dikalangan yg terbaekk !!
ANDA ADALAH INSAN YG SANGAT HEBAT!!
? Renungan

Orang yg HEBAT itu tak semestinya KAYA harta.

Apa yg paling utama adalah IKHLAS membantu.Ā 

MODAL yg paling utama utk menjadi BERJAYAĀ adalah USAHA & SABARĀ 


Tiada Pemasaran, Perniagaan Lingkup

Mempunyai niat untuk berniaga adalah satu nawaitu yang bagus. Namun berniaga tanpa ilmu pemasaran adalah satu perbuatan yang tidak bijak. Itu yang menyebabkan para usahawan terjerumus dalam kancah bisnes lingkup.
Manakala perniagaan yang berjaya bertahan selama beberapa tahun, biasanya mengalami keadaan seperti organisasi yang sesak nafas jika mereka tidak menguasai strategi pemasaran.

Pemasaran juga bukan aktiviti menjual. Pemasaran adalah aktiviti yang menjurus kepada:
[+] Memberikan mesej yang dapat menyelesaikan masalah pelanggan.
[+]Berkongsi maklumat bisnes yang dapat menambah nilai dalam diri orang ramai.
[+]Memberikan solusi kepada pertelagahan emosi yang berlaku dalam diri pelanggan yang mempunyai masalah.
[+]Aktiviti berdakwah ā€“ Semakin hebat strategi pemasaran, semakin hebat skil dakwah kita.
Pemasaran juga mengajar usahawan untuk memahami rentak dan psikologi pasaran mereka. Sebelum memulakan sebarang kempen pemasaran, penting untuk kita melakukan kajian terhadap keperluan mereka.
Semakin kita faham keperluan itu, semakin mudah untuk kita mewujudkan magnet tarikan pelanggan.
ā€œJangan berhenti belajar tentang pemasaran. Ia sentiasa berkembang setiap saat.ā€ ā€“ Azizan Osman

Teknik SEO (Search Engine Optimization) Penting Untuk Setiap Online Marketer

Apakah SEO? Jika anda masih belum faham teknik SEO ini, tujuannya adalah untuk menaikkan ranking website di dalam enjin carian seperti Google dan Yahoo. Kenapa kita perlu mendapat page pertama?

Kebanyakan orang akan Google dan berhenti di page pertama sahaja. Jika website kita dijumpai dan memberikan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi, sudah pasti , kita mungkin menjadi pilihan.

Bagaimanakah mendapat ranking pertama di Google. Sebenarnya, kita perlu memperkayakan website kita dengan keywords (kata kunci). Ā Selain itu, ini adalah beberapa perkara yang kita boleh lakukan dengan meletakkan keywords berkaitan.

Name of images
Heading H1, H2 , H3
Metatags title, description, keywords
Bold keywords
Alternate text of images
Long description (expression)
Keywords at 25% top and 25% bottom
URL submission to Google & Yahoo
Forum URL posting
URL at email signature
Sitemap (if many pages)
Backlink

Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari teknik- teknik ini di dalam kursus wordpressĀ cara mudah

Sumber: Sifu Pemasaran Internet


4 Teknik Lariskan Jualan Online

Ada 4 Elemen yang menjadikan pemasaran anda viral di Media Sosial.

1) Ā Selitkan Fakta:

Anda boleh menyelitkan beberapa fakta mengenai perniagaan anda kerana ini akan membuatkan penulisan anda lebih memberi impak kepada peniaga juga kepada pelanggan baru.

2)Ā Emosi dan Ekspresi.

Ayat yang bersifat emosi perlu ditambah untuk menguatkan lagi fakta. Contohnya, ā€œMesin buat aiskrimĀ ni baguslah, menyesal tak beli awal-awal.ā€

3)Ā Jaga Bahasa.

Untuk penulisan, anda tidak dibenarkan mengeja dengan ejaan singkatan, short form. Penulisan anda perlu dieja dengan betul walau dalam bentuk dialog sekali pun. Ini memudahkan perkongsian dilakukan melalui medium media sosial.

4)Ā Impak Positif.

Sebelum anda posting, wajib dipastikan bahawa penulisan yang anda ingin muat naikkan itu mempunyai impak positif dan barulah klik butang post. Impak positif ini bukan sahaja dikongsi, malah ia akan menjadi rujukan kepada mereka yang memerlukan.

 

sumber: usahawan.com


Kenapa Iklan Video Penting ?

Dengan teknologi yang kian canggih dan kos peralatan yang agak rendah, video pemasaran dilihat seakan menjadi pilihan para peniaga untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.

Ramai yang mengambil kesempatan ini untuk menjadikan produk dan perkhidmatan yang dijalankan mampu dikenali dan mejadi perhatian para pengguna.

Di sini saya kongsikan sebab mengapa anda juga perlu untuk berfikir seperti itu dan bertindak segera.

Menurut kajian:Ā 

  1. Tahun 2019 akan datang, paparan video akan mengambil alih sebanyak 80% dalam kesesakan trafik internet (berdasarkan kajian daripada Cisco).
  2. Terdapat laporan menyatakan bahawa paparan video akan meningkatkan pemahaman penonton terhadap suatu arahan sebanyak 80%.
  3. Pihak YouTube melaporkan bahawa paparan maklumat melalui peranti video meningkat sebanyak 100% setiap tahun.
  4. 90% pengguna mengatakan bahawa dengan melihat video mengenai sesuatu produk, secara tidak langsung membantu mereka membuat keputusan membeli.
  5. Forbes meyatakan bahawa 65% daripada eksekutif akan melihat laman sesawang penjual dan 39% akan menghubungi vendor untuk menjalankan urusan jual beli setelah melihat paparan video.
  6. Menurut NIELSEN Wire, 36% daripada pengguna atas talian mempercayai video ads.
  7. 92% daripada pengguna video akan berkongsi video yang dilihat kepada pengguna yang lain (Invodo).
  8. Setelah melihat video, 64% pengguna cenderung untuk membeli barangan atas talian (ComScore).
  9. Menurut Forbes, 59% daripada eksekutif sanggup untuk menonton video berbanding membaca teks.
  10. 50% daripada eksekutif akan mencari maklumat setelah melihat suatu produk dan perkhidmatan Ā melalui paparan video (Forbes
  11. Menurut Visible Measures, 45% daripada penonton akan berhenti dan menonton video setelah 1 minit dan meningkat kepada 60% pada minit yang kedua.
  12. Menurut Jun Group, video yang berdurasi 15 saat atau kurang akan 37% dikongsi Ā berbanding paparan video berdurasi 30 saat ke 1 minit.

Tidak terlambat untuk membuat sesuatu yang tepat pada tahun ini. 2017 pula menampakkan tahun yang begitu mementingkan paparan video pemasaran untuk memastikan mereka tidak ketinggalan memasarkan produk masing-masing.

Sumber: MajalahNiaga


3 Panduan Kekal Bersemangat…

Sebelum kamu menganalisa diri sendiri dalam tekanan dan rasa rendah diri, terlebih dahulu pastikan anda tidak dikelilingi oleh mereka yang negatif dan persekitaran yang tidak membantu ā€“ Sigmund Freud.

Acapkali kita mempersoalkan kebolehan diri. Sering juga kita meragui kekurangan diri sendiri. Ada orang kadang-kadang berjaya, kadang-kadang gagal. Ada orang, gagal itu adalah satu kelaziman. Tetapi adakah itu cara kita untuk mengukur kebolehan diri?

Kita sendiri yang menilai diri kita, keadaan kita, kelebihan dan kelemahan kita. Itu adalah kuasa terbesar setiap insan. Kita ada pilihan dalam melakar kehidupan. Kita sendiri yang wajar mendefinisikan siapa kita. Jangan mudah goyah bila menentang arus. Sentiasa lakukan 3 perkara ini untuk kekal bersemangat dalam hidup.

#Percaya Kepada Diri Sendiri

Tiada orang lain yang boleh atau patut percaya kepada kita selain daripada diri kita sendiri. Tidak dapat dinafikan yang kadang-kadang kita memerlukan pengesahan daripada orang lain untuk meyakinkan bahawa kita punya kelebihan yang tersendiri. Ā Kadang-kadang kita risau yang kita tidak dapat lakukan sesuatu perkara dengan baik.

Mungkin kerana rasa takut untuk gagal atau mungkin kerana tiada kekuatan untuk membuat sesuatu perkara yang baru. Kita kena percaya kepada diri sendiri, percaya yang jika orang lain boleh melakukannya, mengapa tidak kita? Percaya yang kalau tiada siapa yang pernah membuatnya, mengapa kita tidak boleh memulakannya?

Sama ada perkara yang baik atau buruk akan berlaku kelak, percayalah yang anda boleh melaluinya, anda pasti boleh mendapatkannya, cepat atau lambat. Kalau anda sendiri tidak percaya kepada diri sendiri, bagaimana mahu meyakinkan orang lain untuk percayakan anda?

#Manusia Wajib Membuat Kesilapan

Manusia sifatnya lemah. Hati dan iman kita sentiasa berbolak-balik . Kadang-kadang semangat kita naik, kadang-kadang semangat kita turun. Sebab itu manusia wajib membuat kesilapan. Kerana bila kita buat kesilapan, kita akan berasa lemah. Bila kita berasa lemah kita akan berpaut pada yang gagah. Siapa? Yang Maha Kuat, Yang Maha Gagah, Allah.

Kita akan kembali kepada Allah apabila kita berasa lemah. Kalau kita selalu kuat, tidak pernah silap, kita akan rasa seakan-akan kita ini sempurna. Sebab itu, bila kita terleka, Allah rindu kita. Allah rindu untuk dengar kita merintih memohon kepadanya. Contohnya dalam bisnes, ada yang selalu rugi tak pernah untung, ada yang selalu untung tetapi Allah datangkan ujian kerugian yang teramat besar, hampir nak lingkup perusahaan kita. Kenapa? Kadang-kadang sebab Allah nak tingkatkan iman kita, teruk macam mana pun ujian kita, tawakal kita pada DIA makin bertambah dan berterusan.

Kadang-kadang sebab Allah nak tegur kita, baru pegang duit lebih sikit, solat pun terlambat, sedekah pun jarang-jarang. Kadang-kadang kesilapan berlaku disebabkan kita, kadang-kadang kesilapan berlaku disebabkan orang lain. Apapun, manusia wajib membuat kesilapan. Supaya kita kembali sedar kepada asas tujuan sebenar kita di bumi Tuhan. Walau apapun yang kita lakukan, yang pasti kita harus sentiasa kekal di jalan menuju Tuhan.

#Jangan Buat Perbandingan

Ini adalah satu kesilapan yang kerap dilakukan oleh majoriti orang kita. Kita mudah tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada kerana selalu membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Memang manusia zahirnya mudah melihat dan tertarik kepada perkara yang menarik, perkara yang hebat. Justeru kita selalu kagum dengan kehebatan orang lain.

Tidak dapat dinafikan, budaya masyarakat yang suka memuji pada yang lebih dan mengeji pada yang kurang membentuk acuan kegusaran untuk mendapatkan pencapaian yang tertentu sedari kecil. Tidak salah mengagumi orang lain sebagai inspirasi cumanya akan jadi salah apabila kita memperkecilkan dan memperlekehkan diri kita sendiri apabila membuat perbandingan. Jangan begitu.

Jangan terlalu memandang apa yang tiada sehingga terlupa pada yang ada. Nikmat yang sudah sedia ada sudah terlalu banyak tak terhitung. Kalau kita tidak dapat bersyukur dengan yang sedikit, bagaimana kita dapat bersyukur dengan yang banyak?

Keinginan manusia terhadap sesuatu tidak akan pernah padam. Itu lumrah. Nescaya kalau diberi segunung emas sekalipun masih belum tentu cukup untuk memenuhi kehendak seorang manusia yang pastinya mahukan lagi dan lagi. Justeru, sentiasalah memandang pada yang berada di bawah, jangan asyik mendongak pada yang berada di atas. Syukur sentiasa. Insya-Allah.

Sumber: MajalahNiaga


8 Sifat Persamaan Ada Pada Semua Orang Yang Berjaya

1- Passion (Minat Yang Mendalam)
Karakter orang Berjaya yang pertama adalah melakukan sesuai yang dia cintai.
Ataupun sesuatu yang ada didalam hatinya. Sesuatu yang sangat dekat dengan dirinya. Sesuatu yang dapat membangkitkan tenaga apa BiLa dia lakukannya. Sesuatu yang dia sanggup lakukan walaupun secara percuma.
2- Work (Bekerja)
Orang yang Berjaya, akan bekerja untuk mencapai impiannya. Bukan sekadar bekerja untuk kelangsungan hidup. Malah dia sangat sukakan kerja yang dilakukan, kerana kerja tersebut dilakukan dengan sepenuh hati.
Kerja bukan dianggap sebagai kerja, tetapi kerja adalah hobi, jika itu adalahĀ perkara yang kita cintai atau perkara yang kita miliki minat yang sangat mendalam.
3- Fokus
Orang yang Berjaya adalah orang yang mampu dan berupaya untuk memberikan
fokus kepada apa yang dia kerjakan ataupun ke atas perkara yang dia telah putuskan untuk lakukan. Dia meletakkan sepenuh komitmen ke atas sesuatuĀ perkara yang telah dipilih ini.
4- Push (Pandai Menolak dan Mendesak Diri Sendiri)
Orang yang Berjaya mempunyai kekuatan dalam untuk menolak dirinya atau
mendesak dirinya untuk mencapai matlamatnya. Perkara inilah yang tidak dimiliki oleh orang yang tiada matlamat untuk Berjaya.
Semestinya apa yang mempengaruhi perkara ini adalah keinginan yang kuat dan sebab Kenapa kita mesti capai impian kita? Jika kita tidak mampu menolak diri kita, adalah sukar untuk kita Berjaya di dalam hidup.

5- Idea
Orang Berjaya adalah orang yang berani menjadikan ideanya sebagai satuĀ realiti. Dia berani bertindak dan sangat percaya dengan idea yang dia milikiĀ tersebut. Semua yang hebat pada hari ini bermula dengan 1 idea pada suatu masaĀ dulu. Lampu, kereta, kapal terbang, komputer dan banyak lagi.
6- Persist (Istiqomah atau Teruskan Berjuang)
Orang yang Berjaya tidak akan berhenti pada halangan, tidak akan mengalahĀ pada keadaan. Dia akan teruskan sehingga selesai perjuangan tersebut.
7- Serve (Sentiasa Memberikan Khidmat)
Orang yang Berjaya akan sentiasa berfikir :
Bagaimana aku boleh membantu menyelesaikan masalah orang ramai?
Apa khidmat yang aku boleh berikan?
Dengan memberikan perkhidmatan yang orang mahukan, menyelesaikanĀ masalah orang lain, kita akan menemui kepuasan di dalam apa yang kitaĀ lakukan, sekaligus ini dapat membantu perjalanan ke arah kejayaan kita.
8- Improve (Sentiasa Menambahbaik)
Orang Berjaya tidak pernah puas dengan pencapaian ataupun kejayaan yangĀ dicapainya. Dia akan sentiasa menambah baik, mencuba sesuatu yang baru,Ā mencabar had diri sendiri, sentiasa bergerak walaupun berjingkit-jingkit.Ā Umpama mengayuh basikal, jika kita berhenti, kita akan terjatuh. Begitu jugalah perjuangan kita ke arah kejayaan.

 

Kenapa ramai orang gagal mencapai impian mereka?
– Kerana mereka tidak bertindak seolah-olah mereka telah dapat apa yang mereka inginkan
– Kerana mereka sendiri tidak percaya bahawa mereka boleh mendapatkannya
– Kerana mereka dipenuhi dengan ketakutan dan tidak berani mengambilĀ tindakan yang bersesuaian untuk menjadikan impian mereka satu kenyataan
– Kerana mereka tidak tahu rahsia untuk berjaya yang terletak pada minda dan dalam diri mereka
Kuasa Kenapa?
Kenapa aku mahu berjaya?
Kenapa aku mesti capai impian aku?
Kenapa aku mesti lakukannya sekarang?
Kenapa?
Pertanyaan ā€œKenapaā€ berulang-ulang kali ini boleh memberikan jawapan yangĀ kuat, selain daripada mengingatkan kita, mendisiplinkan kita, dan menolak kitaĀ ke depan.
Motif kita terletak pada jawapan kepada persoalan ini. Itulah yang memberikanĀ kita kekuatan.

 

Bagaimana Untuk Mendapat Apa Yang Anda Mahukan?
1) FOKUS satu Ā perkara pada satu masa
Tujuan:Ā Untuk memaksimakan potensi minda bagi membantu kita mencapai objektifĀ tersebut
2) FOKUS apa yang kita mahukan tersebut secara kerap.
Tujuan:Ā Untuk mengaktifkan Reticular Activating System (RAS) bagi membantu kitaĀ dalam memberikan cadangan dan pandangan bagaimana untuk memastikan apaĀ yang kita mahukan tersebut tercapai segera.
3) BUAT SESUATU yang menjurus kepada mencapai matlamat tersebutĀ SETIAP HARI
Tujuan:Ā Apa yang kita buat SETIAP HARI, akan mempengaruhi HASIL yang kita akan dapat
4) FOKUS dan SYUKURI apa yang kita ada setiap hari
Tujuan: Syukur merupakan satu kunci Law of Attraction untuk berfungsi dengan baik.Ā Jadi, lebih senang untuk menarik apa yang kita mahukan.

Oleh- Ā Richard St.John