8 Sifat Persamaan Ada Pada Semua Orang Yang Berjaya

1- Passion (Minat Yang Mendalam)
Karakter orang Berjaya yang pertama adalah melakukan sesuai yang dia cintai.
Ataupun sesuatu yang ada didalam hatinya. Sesuatu yang sangat dekat dengan dirinya. Sesuatu yang dapat membangkitkan tenaga apa BiLa dia lakukannya. Sesuatu yang dia sanggup lakukan walaupun secara percuma.
2- Work (Bekerja)
Orang yang Berjaya, akan bekerja untuk mencapai impiannya. Bukan sekadar bekerja untuk kelangsungan hidup. Malah dia sangat sukakan kerja yang dilakukan, kerana kerja tersebut dilakukan dengan sepenuh hati.
Kerja bukan dianggap sebagai kerja, tetapi kerja adalah hobi, jika itu adalah perkara yang kita cintai atau perkara yang kita miliki minat yang sangat mendalam.
3- Fokus
Orang yang Berjaya adalah orang yang mampu dan berupaya untuk memberikan
fokus kepada apa yang dia kerjakan ataupun ke atas perkara yang dia telah putuskan untuk lakukan. Dia meletakkan sepenuh komitmen ke atas sesuatu perkara yang telah dipilih ini.
4- Push (Pandai Menolak dan Mendesak Diri Sendiri)
Orang yang Berjaya mempunyai kekuatan dalam untuk menolak dirinya atau
mendesak dirinya untuk mencapai matlamatnya. Perkara inilah yang tidak dimiliki oleh orang yang tiada matlamat untuk Berjaya.
Semestinya apa yang mempengaruhi perkara ini adalah keinginan yang kuat dan sebab Kenapa kita mesti capai impian kita? Jika kita tidak mampu menolak diri kita, adalah sukar untuk kita Berjaya di dalam hidup.

5- Idea
Orang Berjaya adalah orang yang berani menjadikan ideanya sebagai satu realiti. Dia berani bertindak dan sangat percaya dengan idea yang dia miliki tersebut. Semua yang hebat pada hari ini bermula dengan 1 idea pada suatu masa dulu. Lampu, kereta, kapal terbang, komputer dan banyak lagi.
6- Persist (Istiqomah atau Teruskan Berjuang)
Orang yang Berjaya tidak akan berhenti pada halangan, tidak akan mengalah pada keadaan. Dia akan teruskan sehingga selesai perjuangan tersebut.
7- Serve (Sentiasa Memberikan Khidmat)
Orang yang Berjaya akan sentiasa berfikir :
Bagaimana aku boleh membantu menyelesaikan masalah orang ramai?
Apa khidmat yang aku boleh berikan?
Dengan memberikan perkhidmatan yang orang mahukan, menyelesaikan masalah orang lain, kita akan menemui kepuasan di dalam apa yang kita lakukan, sekaligus ini dapat membantu perjalanan ke arah kejayaan kita.
8- Improve (Sentiasa Menambahbaik)
Orang Berjaya tidak pernah puas dengan pencapaian ataupun kejayaan yang dicapainya. Dia akan sentiasa menambah baik, mencuba sesuatu yang baru, mencabar had diri sendiri, sentiasa bergerak walaupun berjingkit-jingkit. Umpama mengayuh basikal, jika kita berhenti, kita akan terjatuh. Begitu jugalah perjuangan kita ke arah kejayaan.

 

Kenapa ramai orang gagal mencapai impian mereka?
– Kerana mereka tidak bertindak seolah-olah mereka telah dapat apa yang mereka inginkan
– Kerana mereka sendiri tidak percaya bahawa mereka boleh mendapatkannya
– Kerana mereka dipenuhi dengan ketakutan dan tidak berani mengambil tindakan yang bersesuaian untuk menjadikan impian mereka satu kenyataan
– Kerana mereka tidak tahu rahsia untuk berjaya yang terletak pada minda dan dalam diri mereka
Kuasa Kenapa?
Kenapa aku mahu berjaya?
Kenapa aku mesti capai impian aku?
Kenapa aku mesti lakukannya sekarang?
Kenapa?
Pertanyaan “Kenapa” berulang-ulang kali ini boleh memberikan jawapan yang kuat, selain daripada mengingatkan kita, mendisiplinkan kita, dan menolak kita ke depan.
Motif kita terletak pada jawapan kepada persoalan ini. Itulah yang memberikan kita kekuatan.

 

Bagaimana Untuk Mendapat Apa Yang Anda Mahukan?
1) FOKUS satu  perkara pada satu masa
Tujuan: Untuk memaksimakan potensi minda bagi membantu kita mencapai objektif tersebut
2) FOKUS apa yang kita mahukan tersebut secara kerap.
Tujuan: Untuk mengaktifkan Reticular Activating System (RAS) bagi membantu kita dalam memberikan cadangan dan pandangan bagaimana untuk memastikan apa yang kita mahukan tersebut tercapai segera.
3) BUAT SESUATU yang menjurus kepada mencapai matlamat tersebut SETIAP HARI
Tujuan: Apa yang kita buat SETIAP HARI, akan mempengaruhi HASIL yang kita akan dapat
4) FOKUS dan SYUKURI apa yang kita ada setiap hari
Tujuan: Syukur merupakan satu kunci Law of Attraction untuk berfungsi dengan baik. Jadi, lebih senang untuk menarik apa yang kita mahukan.

Oleh-  Richard St.John

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *