Jangan Kecewa Jika Bisnes Masih Gagal…

Artikel ini merupakan hasil perkongsian daripada Tuan Abd Hakim Awang. Beliau merupakan CEO di D’Apple Cafe & Restaurant. Follow beliau di Facebook.com

Semangat kita jatuh (sebab masa kita mulakan bisnes) kita jangkakan kejayaan dan kekayaan itu akan datang dengan lebih cepat, lebih senang dan lebih selesa, dan siapa sangka ia tidak berlaku seperti yang dijangkakan.

Tak usah kecewa sebab orang lain mungkin 100 kali lebih susah dan menderita dari kita. 10 kali lebih lambat kekayaan datang dari jangkaan kita. Namun sampai satu masa mereka akan 1000 kali lebih gembira selepas mereka bersabar dan datang masanya.

Jom kita baca sejarah. Mari kita pergi selongkar sejarah kisah orang berjaya, yang betul berjaya (bukan jenis kaya setahun, miskin 5 tahun).

Betapa susahnya mereka cipta kejayaan dan kekayaan mereka. Berapa lama mereka berjuang, menahan perit, pedih, sukar dan lihat juga apa yang mereka telah hilang. Berapa lama pula kita?

Berapa lama mereka menangis?

sedih-kecewa-jangan-putus-asa

 

#1 – Pengorbanan

Hayati pengorbanan mereka. Bukan hanya ambil kisah kejayaan sahaja, kisahkan juga keperitan bagaimana mereka membinanya.  Mereka sangat susah membina perniagaan bukan kerana mereka bodoh, tapi mereka menerima hakikat dan faham hubungkait antara masa vs kejayaan dan kekayaan. Ia bukan datang semalaman.

Mereka ambil masa yang lama untuk berjaya bukan kerana mereka tak cerdik, tapi mereka sedar menempuhi pelbagai rintangan dalam satu-satu tempoh masa itu adalah jalan yang mereka wajib tempuhi dan ianya tak boleh di ‘skip’.

#2 – Konsistent

Mereka menjadi lebih bijak bukan sebab mereka memiliki kelebihan akademik yang lebih tinggi daripada kita namun kebijakan mereka terhasil dari sifat konsistennya mereka terus berusaha untuk melepasi pelbagai ujian yang datang melanda. Mereka dapat ilmu baru dan pengalaman baru setiap kali melepasinya.

Mereka tak lari dari masalah, tetapi mereka menghadapi masalah dan mereka menyelesaikan masalah tersebut. Mereka penat namun mereka tetap Istiqamah. Mereka terduduk menangis namun selepas mereka lap air mata mereka bangkit dan terus berlari semula.

istiqamah

Wahai kawan,

– Kejayaan itu perlukan masa walaupun anda adalah orang paling cerdik di dunia.

– Kejayaan tetap perlukan masa walaupun anda adalah orang paling rajin di dunia.

Kenapa?

#3 – Sentiasa Bersabar & Berusaha

Ini adalah kerana kita kaya bukan atas kecerdikan kita semata-mata, bukan kerana kekuatan kita semata-mata tapi kena sedar bahawa Allah Yang Maha Kuasa mengawal dan menentukannya. Allah bagi kepada yang bersabar dan tak berhenti berusaha.

‘Nature of life’ , ‘nature of business’ , setiap sesuatu memerlukan proses dan setiap proses memerlukan masa.

Orang lain buat 10 tahun, kenapa kita mesti hanya 1 tahun?

Kita mahu mengelak masa dan terus mahu jadi kaya, dan itulah silap nyata kita. Ilmu bukan untuk memendekkan masa untuk berjaya tapi ia sebagai pemudah cara. Masa tetap masa. Anda tetap harus laluinya untuk berjaya. Anda tetap perlu bersabar menanti masanya.

pasar-1

Sebab nak elak masa yang lama itu sampai terjebak masuk skim cepat kaya yang akhirnya binasa diri dan keluarga.

BERSABARLAH DENGAN MASA. TERIMA HAKIKAT BAHAWA KEJAYAAN ITU MEMERLUKAN MASA.

Yang bulat tidak akan bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Kita hanya perlu sabar dan konsisten dalam berusaha. Sentiasa baiki diri, semangat kena sentiasa membara dan InshaAllah kejayaan akan datang akhirnya bila sampai masa dan waktunya.
.

Hilang semangat? Mari baca sejarah orang yang sudah kaya dan berjaya, yang betul-betul berjaya dan juga berjaya pertahankan kejayaan dan kekayaan mereka. Apa yang pasti, anda akan ketemui bahawa mereka sememangnya mengambil masa untuk berjaya.

artikel asal di MajalahNiaga.com

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *