3 tips pemasaran internet yang perlu anda tahu…

Sekiranya anda menjalankan perniagaan Internet, pastikan anda melakukan pelbagai promosi untuk meningkatkan jualan anda.
Penyelidikan mengatakan bahawa 96% perniagaan Internet gagal.
Sebab utamanya?
Tidak melakukan promosi.

Berikut adalah 3 idea pemasaran Internet yang anda perlu lakukan sekiranya belum!

pemasaran-internet

1 – Buat laman web yang menjual

Sebelum anda mewujudkan laman jualan dalam talian, anda mesti tahu tentang pelanggan sasaran anda. Setelah mengetahui sasaran pelanggan, mudah untuk mewujudkan satu laman web jualan dimana anda mesti mempunyai komponen penting seperti : pengenalan, masalah, pergolakan masalah , penyelesaian, butiran produk/perkhidmatan anda, ciri-ciri dan faedah produk anda , barang-barang bonus , jaminan dan cara tempahan atau pembayaran . Anda perlu membuat prospek anda melihat dan merasakan bagaimana produk/perkhidmatan anda akan menyelesaikan masalah mereka.

Perlu ingat, tidak kira hebat mana produk atau perkhidmatan anda, sekiranya laman web anda tidak berjaya menjual, maka orang masih tidak akan membeli.

2 – Menawarkan hadiah percuma

Jika anda sedang mencari cara untuk membuat senarai pelanggan yang berpotensi untuk perniagaan anda , menawarkan hadiah percuma kepada prospek anda adalah satu pilihan tepat. Semua orang suka hadiah percuma dan anda boleh mengambil kesempatan ini untuk mendidik mereka dan memberi mereka maklumat berharga yang akan membantu anda untuk membina hubungan yang kukuh. Digital hadiah percuma seperti klip audio atau surat berita adalah yang terbaik tetapi jika anda masih mampu untuk memberi hadiah fizikal, anda juga boleh lakukan. Kelebihan menyediakan tawaran ini adalah anda berpeluang mengumpul alamat email pelawat anda untuk kegunaan masa depan.

Memberi sesuatu yang percuma akan menambahkan lagi nilai produk dan perkhidmatan anda. Ini akan memudahkan lagi pelawat membuat keputusan untuk membeli dari anda.

3 – Manfaatkan medium Media Sosial untuk perniagaan anda.

Platform media sosial adalah strategi yang paling penting jika anda ingin menjalankan pemasaran secara online. Walaupun anda menyediakan perkhidmatan produk , melalui media social, ribuan dan jutaan pelanggan dapat berhubung terus dengan anda. Alat rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter boleh menjadi medium untuk pelanggan anda berhubung dengan perniagaan anda.

Media sosial kini telah berpindah daripada hanya menjadi platform bersosial di mana orang menggunakan mereka untuk pertemuan mesra sahaja. Sebaliknya , media sosial telah menjadi tulang belakang bagi setiap perniagaan yang berjaya dan orang yang menggunakan ini untuk pemasaran online. Anda boleh membuat halaman Facebook atau akaun Twitter untuk perniagaan online anda dan menggunakannya untuk mempromosikan produk perkhidmatan anda melalui iklan dan ini akan membawa faedah yang berharga kepada perniagaan anda.

Sama ada pelawat membeli ataupun tidak produk dan perkhidmatan anda, gunakan media sosial untuk membina hubungan dan meningkankan lagi keyakinan antara perniagaan anda dan bakal pelanggan. Sebarang jualan akan lebih mudah terjadi apabila terdapat hubuungan dan terbina keyakinan pada perniagaan anda!

sumber dari jutawan internet Irfan Khairi


Jangan Kecewa Jika Bisnes Masih Gagal…

Artikel ini merupakan hasil perkongsian daripada Tuan Abd Hakim Awang. Beliau merupakan CEO di D’Apple Cafe & Restaurant. Follow beliau di Facebook.com

Semangat kita jatuh (sebab masa kita mulakan bisnes) kita jangkakan kejayaan dan kekayaan itu akan datang dengan lebih cepat, lebih senang dan lebih selesa, dan siapa sangka ia tidak berlaku seperti yang dijangkakan.

Tak usah kecewa sebab orang lain mungkin 100 kali lebih susah dan menderita dari kita. 10 kali lebih lambat kekayaan datang dari jangkaan kita. Namun sampai satu masa mereka akan 1000 kali lebih gembira selepas mereka bersabar dan datang masanya.

Jom kita baca sejarah. Mari kita pergi selongkar sejarah kisah orang berjaya, yang betul berjaya (bukan jenis kaya setahun, miskin 5 tahun).

Betapa susahnya mereka cipta kejayaan dan kekayaan mereka. Berapa lama mereka berjuang, menahan perit, pedih, sukar dan lihat juga apa yang mereka telah hilang. Berapa lama pula kita?

Berapa lama mereka menangis?

sedih-kecewa-jangan-putus-asa

 

#1 – Pengorbanan

Hayati pengorbanan mereka. Bukan hanya ambil kisah kejayaan sahaja, kisahkan juga keperitan bagaimana mereka membinanya.  Mereka sangat susah membina perniagaan bukan kerana mereka bodoh, tapi mereka menerima hakikat dan faham hubungkait antara masa vs kejayaan dan kekayaan. Ia bukan datang semalaman.

Mereka ambil masa yang lama untuk berjaya bukan kerana mereka tak cerdik, tapi mereka sedar menempuhi pelbagai rintangan dalam satu-satu tempoh masa itu adalah jalan yang mereka wajib tempuhi dan ianya tak boleh di ‘skip’.

#2 – Konsistent

Mereka menjadi lebih bijak bukan sebab mereka memiliki kelebihan akademik yang lebih tinggi daripada kita namun kebijakan mereka terhasil dari sifat konsistennya mereka terus berusaha untuk melepasi pelbagai ujian yang datang melanda. Mereka dapat ilmu baru dan pengalaman baru setiap kali melepasinya.

Mereka tak lari dari masalah, tetapi mereka menghadapi masalah dan mereka menyelesaikan masalah tersebut. Mereka penat namun mereka tetap Istiqamah. Mereka terduduk menangis namun selepas mereka lap air mata mereka bangkit dan terus berlari semula.

istiqamah

Wahai kawan,

– Kejayaan itu perlukan masa walaupun anda adalah orang paling cerdik di dunia.

– Kejayaan tetap perlukan masa walaupun anda adalah orang paling rajin di dunia.

Kenapa?

#3 – Sentiasa Bersabar & Berusaha

Ini adalah kerana kita kaya bukan atas kecerdikan kita semata-mata, bukan kerana kekuatan kita semata-mata tapi kena sedar bahawa Allah Yang Maha Kuasa mengawal dan menentukannya. Allah bagi kepada yang bersabar dan tak berhenti berusaha.

‘Nature of life’ , ‘nature of business’ , setiap sesuatu memerlukan proses dan setiap proses memerlukan masa.

Orang lain buat 10 tahun, kenapa kita mesti hanya 1 tahun?

Kita mahu mengelak masa dan terus mahu jadi kaya, dan itulah silap nyata kita. Ilmu bukan untuk memendekkan masa untuk berjaya tapi ia sebagai pemudah cara. Masa tetap masa. Anda tetap harus laluinya untuk berjaya. Anda tetap perlu bersabar menanti masanya.

pasar-1

Sebab nak elak masa yang lama itu sampai terjebak masuk skim cepat kaya yang akhirnya binasa diri dan keluarga.

BERSABARLAH DENGAN MASA. TERIMA HAKIKAT BAHAWA KEJAYAAN ITU MEMERLUKAN MASA.

Yang bulat tidak akan bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Kita hanya perlu sabar dan konsisten dalam berusaha. Sentiasa baiki diri, semangat kena sentiasa membara dan InshaAllah kejayaan akan datang akhirnya bila sampai masa dan waktunya.
.

Hilang semangat? Mari baca sejarah orang yang sudah kaya dan berjaya, yang betul-betul berjaya dan juga berjaya pertahankan kejayaan dan kekayaan mereka. Apa yang pasti, anda akan ketemui bahawa mereka sememangnya mengambil masa untuk berjaya.

artikel asal di MajalahNiaga.com


Perniagaan satu ibadah

Perniagaan merupakan suatu kegiatan untuk menjana ekonomi yang amat dianjurkan oleh Islam kepada umatnya.

Hal ini disebabkan aktiviti perniagaan boleh memberikan hasil pulangan berlipat kali ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh dan memastikan perniagaan mereka sentiasa mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Di samping itu, perniagaan merupakan satu ibadah yang sekiranya dilakukan dengan niat yang ikhlas pastinya beroleh keredaan serta ganjaran daripada Allah s.w.t.

Perniagaan juga merupakan salah satu metodologi tanggungjawab sosial yang merupakan fardu kifayah dalam sesebuah masyarakat Islam.

Bahkan menjadi sebahagian daripada tuntutan umum supaya manusia saling bantu-membantu dan bekerjasama dalam memenuhi keperluan hidup bermasyarakat.

perniagaan-satu-ibadah

Justeru itu, perniagaan merupakan salah satu cabang takwa dalam bentuk sumbangan kepada masyarakat umum dan disifatkan di dalam al-Quran sebagai salah satu aktiviti yang dihalalkan ALLAH SWT melalui firman-NYA yang bermaksud; “Dan Allah menghalalkan jual beli iaitu perniagaan (al-Bai’) dan mengharamkan riba.” (Surah al-Baqarah: 275)

Berdasarkan bukti daripada al-Quran jelaslah bahawa Islam amat menganjurkan umatnya terlibat dalam aktiviti perniagaan lebih-lebih lagi menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Kedudukan peniaga dalam Islam

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW telah berkata kepada sekumpulan peniaga dan mereka memberikan perhatian penuh kepada baginda; “Sesungguhnya, para peniaga akan dibangkitkan pada hari kiamat sebagai pendosa, kecuali peniaga yang bertakwa, berbuat kebajikan dan amanah” (Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam konteks hadis ini, Rasulullah s.a.w. memberikan galakan kepada peniaga untuk bersikap profesional dan beretika kerana mereka yang berbuat baik pasti akan mendapat ganjarannya.

Sebelum Baginda diangkat menjadi nabi, ramai daripada kita juga sudah tahu tentang kejayaan Rasulullah SAW yang membawa pulang keuntungan daripada barang dagangan Siti Khadijah dengan mengamalkan prinsip amanah dalam perniagaan Baginda.

Di samping itu, melalui akhlak yang mulia serta pergaulan yang sihat yang ditonjolkan, peniaga Islam dapat menggunakan kesempatan berniaga ini untuk berdakwah kepada masyarakat untuk mencerminkan sifat Islam yang sebenarnya; saling menghormati dan berakhlak mulia.

Sejarah Islam telah membuktikan bahawa sesetengah dakwah Islamiah yang telah bertapak kukuh di rantau ini adalah hasil usaha saudagar-saudagar Islam terdahulu dalam berdakwah.

Mereka berdakwah kepada orang bukan Islam sehingga beriman dengan agama Islam dan mendapat pahala yang tiada bandingannya.

Daripada Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda; “Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu daripada pahala-pahala mereka, dan sebaliknya sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu daripada dosa-dosa mereka.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam konteks sistem kewangan Islam pada masa sekarang khususnya industri takaful, kerjaya sebagai ejen pemasaran takaful merupakan salah satu kerjaya yang sangat digalakkan oleh syarak kerana mereka ini bukan sahaja membantu masyarakat menyediakan cara untuk menguruskan risiko masa pada hadapan bahkan dalam masa yang sama berdakwah ke arah sistem kewangan Islam yang bebas daripada belenggu riba’.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa aktiviti perniagaan asalkan berteraskan nilai-nilai Islam ia akan memberikan kebaikan di dunia dan di akhirat kelak. Wallahu’alam.

sumber: SinarHarian


4 sebab utama kenapa perniagaan internet terbaik…

Kini, keadaan ekonomi di Malaysia juga tidak menentu membuatkan ramai usahawan dan juga orang ramai ingin mencari pendapatan tambahan dalam menampung bebanan kos hidup yang semakin tinggi.

Memulakan dan menjalankan perniagaan Internet merupakan satu pilihan terbaik ketika krisis ekonomi dalam meningkatkan pendapatan.

perniagaan-internet

Berikut adalah 4 sebab utama kenapa anda perlu menceburi bidang perniagaan internet.

1. Kos memulakan perniagaan Internet adalah rendah

Dalam memulakan perniagaan ketika ekonomi tidak menentu, pastinya perlu menjimatkan kos. Memulakan perniagaan yang memerlukan premis, tapak dan sewa akan memakan belanja yang tinggi. Bukan sahaja pada downpayment, membayar sewa premis, renovation kedai yang memakan belanja beratus ribu ringgit, tak lupa dengan kelengkapan memulakan perniagaan lain yang mungkin boleh mencecah beratus ribu ringgit bergantung kepada lokasi.

Memulakan perniagaan Internet adalah murah. Zaman ini, tapak premis sudah tidak lagi diperlukan dalam menjalankan perniagaan Internet. Perniagaan boleh dimulakan dengan hanya menggunakan Facebook dan blog yang sememangnya adalah percuma.

Sekiranya ingin kelihatan lebih profesional, mendapatkan lamanweb .COM sendiri seperti IrfanKhairi.com, hanya memerlukan kos tidak lebih RM200 setahun. Bukan lagi berpuluh ribu atau beratus ribu seperti perniagaan offline!

2. Kos overhead juga rendah

Perniagaan mempunyai premis mempunyai kos overhead tinggi seperti sewa bulanan, elektrik, aircond, serta perlu seorang dua pekerja yang bergaji bulanan untuk menjaga kedai. Pastinya di sini sahaja usahawan perlu membayar beberapa ribu ringgit sebulan untuk meneruskan perniagaan.

Tidak seperti perniagaan Internet yang boleh dijalankan dari rumah, kos overhead adalah rendah- sepertimana bayaran bil di rumah sahaja.

Oleh kerana perniagaan Internet juga boleh menggunakan perisisan dan aplikasi automasi, pekerja juga tidak diperlukan atau boleh diminima. Ini dapat menjimatkan pelbagai kos apabila mengendalikan perniagaan dari rumah.

3. Oleh kerana kos overhead rendah…

Oleh kerana kos overhead adalah rendah, seringkali usahawan boleh menjual produk pada harga yang lebih rendah lagi berbanding dengan mereka yang mempunyai kedai, semestinya kos keseluruhan adalah lebih tinggi. Meletakkan harga lebih rendah bukan sahaja mendapat daya saingan yang lebih baik, tetapi ia juga selaras dengan keadaan ekonomi di mana pembeli lebih memilih dalam belian.

Harga yang lebih rendah akan memudahkan pembeli membuat pilihan  ketika ekonomi tidak menentu oleh kerana kuasa berbelanja juga adalah rendah. Satu keadaan MENANG-MENANG bagi keduanya, usahawan dan juga pembeli ketika ini.

4. Pasaran perniagaan bukan sahaja Malaysia, tetapi Asia dan sedunia!

Keadaan ekonomi tidak menentu kini mungkin hanya di Malaysia sahaja. Oleh itu perniagaan Internet bukan sahaja boleh disasarkan ke pasaran Malaysia sahaja, tetapi juga ke pasaran Asia dan sedunia. Tahukah anda, benua Asia adalah benua yang paling ramai pengguna Internet di dunia? Pengguna Internet Asia adalah lebih daripada pengguna Internet USA dan juga Eropah. Hinggakan hampir separuh pengguna Internet dunia adalah pengguna Internet di Asia.

Pasaran ini adalah amat berharga terutamanya bagi kita di Malaysia oleh kerana Malaysia terletak agak strategik di negara Asia untuk memudahkan penghantaran dalam transaksi belian online.

Di atas adalah antara 4 sebab mengapa Perniagaan Internet adalah pilihan yang tepat ketika ekonomi tidak menentu. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dan ramai juga tertekan dengan bebanan kos sara diri dan keluarga, selain daripada mengharapkan bantuan pihak lain yang mungkin ada atau mingkin tiada, tanggungjawab kita sendiri untuk meningkatkan lagi kewangan diri dan keluarga. Apa sahaja cabaran yang ada, jadikannya sebagai peluang untuk berubah menjadi lebih baik.

sumber : IrfanKhairi


Maxis bukan lagi No.1…

Kami terbaca laporan dari Malaysian Wireless.

Pautannya kalian dapat baca di Maxis subscribers goes further down: 12.05 million in 3Q16, no longer market leader

Pada suku 3 2016, subscriber Maxis adalah 12.05 juta. Maxis kehilangan 203 ribu subscribers dalam tempoh ini.

Ini menjadikan Digi sebagai market leader dari sudut total mobile subscribers iaitu berjumlah 12.25 juta.

maxis-mahal

Pasaran telekomunikasi adalah pasaran ogliopoli.

Iaitu pasarannya dikuasai oleh beberapa syarikat sahaja.  Dan apabila disebut pasaran ini sudah pasti Maxis, Digi, Celcom (Axiata) yang terus datang ke fikiran kita.

Laporan yang sama berkongsikan data ini:

Mobile Internet

72% of subscribers are mobile Internet users
4G LTE users consumed an average 4.4GB a month
Postpaid users consumed an average 3.67GB a month
Prepaid users consumed an average 2.6GB a month
81% of postpaid susbcribers are smartphone users
72% of prepaid susbcribers are smartphone users
4.2 million LTE devices in the network

Dalam erti kata lain, subscribe data sekitar 3-5 GB sahaja sudah mencukupi bagi pengguna biasa-biasa.

Buat apa langgan data banyak-banyak kalau tak digunakan sepenuhnya.

sumber dipetik dari laman Pakdi.Net


Nasihat pengasas Alibaba – Jack Ma

Nasihat yang baik dari orang paling kaya di China..

JACK MA

jack-ma-quote

Jack Ma berkata,
“Tolong beritahu anak-anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu.

Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan-lahan lenyap.

Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang.

Bila kamera digital muncul, jualan negatif filem tidak lagi wujud.

Bila jualan langsung @ penjualan secara online meningkat, pemasaran secara tradisional menurun.

Bila smartphone guna 4G (akses internet tanpa talian) diperkenalkan kpd dunia, kita tidak perlu lagi memasang komputer di rumah.

Bila wechat dan whatsapp (mesej teks/suara/video bergerak) dibangunkan, mesej teks tradisional (SMS) tidak lagi sepopular dulu.

Jangan kita tuduh “siapa ambil bisnes siapa.” Ia hanyalah disebabkan orang lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.

Ada org bertanya kepada Jack Ma, “Apakah Rahsia kejayaan kamu?” Dia berkata “Sangat mudah… Saya buat (bertindak) semasa kamu hanya memerhati.”

Ingatlah dunia berubah setiap hari. Kalau kamu tidak berubah, kamu akan ketinggalan. Kamu Tuai apa yg kamu Semai dan Bagaimana Anda Guna MASA yang Ada.

Kalau kamu habiskan masa bergaul dengan orang-orang Berjaya, kamu menjadi seorang yang BERJAYA.

Kalau kamu luangkan masa utk belajar, kamu mungkin beroleh kebijaksanaan.

Kalau kamu luangkan masa utk membaca buku untuk majukan diri, kamu akan beroleh Peningkatan Diri.

Kalau kamu habiskan masa utk minum, kamu mungkin menjadi seorang pemabuk.

Kalau kamu habiskan masa mengomplen, kamu akan menjadi seorang yang suka menyalahkan.

Kalau kamu luangkan masa untuk mencantikkan diri kamu, kamu mungkin menjadi seorang gadis yang cantik/lelaki yg handsome.

Kalau kamu luangkan masa untuk kekal sihat, kamu akan nikmati kehidupan sihat yang baik.

Kalau kamu habiskan masa menjadi seorang yang suka marah-marah, kamu mungkin menjadi orang yang tidak disukai orang.

Kalau kamu habiskan masa dengan keluarga, kamu akan mewujudkan kasih sayang dan perhubungan yang aman dengan orang-orang yang kamu sayangi.

Beza antara Orang yang Berjaya dan Tidak ialah Bagaimana Pintarnya Anda Menggunakan MASA.

-sumber wasap group-


Bersedia ke arah ekonomi digital 

BEIJING: : Pengasas Alibaba, Jack Ma, dilantik sebagai  penasihat ekonomi digital kepada Kerajaan Malaysia bagi meneraju pembangunan e-dagang negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia akan membuka bidang baharu kepada ekonomi Malaysia.

Antara projek yang akan dilaksana bersama Jack Ma ialah Zon Perdagangan Bebas Digital, yang disebut dalam Bajet 2017, yang akan dilancar bersama Jack Ma Mac tahun depan, katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini, hari ini.

Najib kini dalam rangka lawatan enam hari ke China mulai Isnin.

Beliau berkata sebagai ikon global dalam bidang e-dagang, Jack Ma akan turut membantu dalam menyediakan pakej e-ekonomi dari segi pelaksanaannya termasuk e-pembayaran, Alipay, e-pembiayaan perbankan dalam talian dan sebagainya.

Untuk itu, kerajaan akan berunding dengan Jack Ma yang mempunyai kepakaran  dalam bidang tersebut.

Beliau berharap Jack Ma juga dapat membantu menghubungkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia menerusi portal dalam talian untuk memberi akses kepada pengguna China yang merupakan pengguna terbesar dunia.

Malah, pembangunan e-dagang ini juga boleh membantu PKS negara untuk menembusi pasaran China yang mempunyai kuasa beli yang besar.

Najib yang enggan menjelaskan secara terperinci mengenai zon perdagangan bebas digital, berkata Jack Ma akan membantu Malaysia menjadikannya menarik dan beliau juga bersedia memberi idea dan pengalamannya dalam membangunkan zon itu, yang bukan sahaja akan memberi manfaat kepada usahawan, malah dapat mewujudkan pemangkin untuk ekonomi Malaysia.

Beliau berkata Alipay, yang merupakan platform pembayaran utama China, yang dilaksanakan oleh Alibaba, dapat juga menarik pelancong China berbelanja.

Selain itu, dari segi pelancongan, pelaksanaan Alipay akan memudahkan rakyat China yang bercuti di Malaysia, berbelanja tanpa perlu membawa wang atau pun kad kredit.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata zon perdagangan bebas digital juga akan menggalakkan pewujudan perniagaan baharu.

Malah, berdasarkan rekod perniagaan, e-dagang mampu meningkatkan pertumbuhan syarikat antara 30 dan 40 peratus setahun, dan ia juga akan mewujudkan lebih banyak pendapatan dan manfaat kepada kerajaan dari segi cukai.

Bagi rakyat, e-dagang akan membantu menurunkan kos apabila membeli dalam talian, yang membolehkan mereka menjimatkan wang, katanya.

Najib berkata Jack Ma akan datang ke Malaysia pada Mac untuk menghadiri forum transformasi global Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital.

Selain Jack Ma, Perdana Menteri berkata beliau juga bertemu pemilik Wanda Group dan Tencent Holdings yang turut menyuarakan minat masing-masing untuk menyertai ekonomi digital Malaysia.

Wanda ialah syarikat hartanah komersial terbesar China dan pengendali rangkaian pawagam terbesar dunia, manakala Tencent ialah penyedia utama perkhidmatan menambah nilai Internet di China.

Wanda, khususnya berminat mempromosikan industri pelancongan Malaysia, kata Najib. – Bernama


10 tips usahawan berjaya

usahawan-berjaya

1. Buat. Buat. Buat. Ramai orang ada idea bagus, tetapi tak buat. Nak berjaya, kena buat. Banyak bisnes besar, bermula kecil-kecilan.

2. Banyak bisnes gagal bukan kerana tak ada idea, tetapi idea terlalu banyak. Buat keputusan bisnes apa nak buat, kemudian tumpukan kepada bisnes tersebut.

3. Usah berhenti belajar. Belajarlah dari sesiapa sahaja. Usah pilih bulu untuk belajar. Orang di bawah kita pun banyak ilmu yang kita boleh ambil. Apabila kita berasa sudah cukup pandai, ketika itu kita menempah kegagalan.

4. Fokus kepada bisnes kita. Usah habis masa mengkritik dan mencari salah bisnes orang lain. Orang lain salah belum tentu kita betul.

5. Usah harap orang lain tolong bisnes kita. Kita usahawan, buat sendiri. Usahawan usah ada minda peminta sedekah.

6. Elakkan mudah rasa kecewa dan putus semangat. Dalam bisnes, ada masa naik, ada masa turun. Bawa bertenang.

7. Semua bisnes ada masalah. Ada orang gunakan istilah cabaran. Apa pun, usah fokus kepada masalah. Cari penyelesaian. Di penghujung terowong yang gelap, ada cahaya.

8. Belajar dari sesiapa sahaja, namun akhir sekali buat keputusan sendiri. Usahawan mesti berani mencanggahi sesiapa sahaja, termasuklah apa yang dikatakan mentor dan sifu itu.

9. Berhenti salahkan orang lain. Orang berjaya berikan hasil, orang gagal berikan alasan.

10. Sekiranya setiap kali anjing menyalak kita berhenti, maka lambatlah sampai ke destinasi. Biarkanlah suara sumbang memperlekeh apa yang kita lakukan. Kita jalan terus. Buktikan dia salah bukan dengan cakap-cakap, tetapi dengan menunjukkan hasil kejayaan

entrepreneur

 

LIMA PERKARA YANG PERLU KITA HINDARI

1. SAYA TIDAK BOLEH
Ketika kata ini diucapkan, kerja otak kita menutup untuk mencari jalan keluar. Namun sebaliknya jika SAYA BOLEH, maka otak akan automatik bekerja cerdas mencari jalan keluarnya.

2. TIDAK MUNGKIN
Ketika kata ini diucapkan, kita sudah tidak percaya lagi dengan kekuasaan Allah. Kerana semua hal yang ada di dunia Ini berasal dari sesuatu yang belum ada.

3. SAYA SUDAH TAHU
Ketika kata ini diucapkan, maka ego kita akan meningkat dan hati kita langsung menutup diri untuk belajar. Padahal sepatutnya ilmu yang baru itu harus dipelajari.

4. NANTI SAJA
Ketika kata ini diucapkan, akan memicu rasa malas dan terjadilah penundaan. Mereka yang menunda akan melemahkan semangatnya sendiri. Mereka akan tersedar ketika melihat kawan-kawannya berjaya.

5. TAKUT RUGI
Ketika kata ini diucapkan, sama seperti tombak runcing menancap di dada kita, kita akan selamanya dihantui oleh rasa takut untuk tidak berusaha. Maka selamanya hidup kita akan berjalan di tempat yang sama. Ayuh kita bermula dari sekarang. Patahkan fikiran tersebut dan tanggalkan jubah kebesaran kita.


20 tips pemasaran instagram

1. Letakkan gambar terbaik diri anda sendiri

2. Profile description memberikan info penting diri anda

3. URL ditujukan kepada web/blog anda atau facebook anda (jika tiada web/blog)

4. Follow rakan- rakan FB anda yang sudah ada Instagram

5. Kenali individu yang mempunyai persamaan aktiviti/ bisnes anda

6. Follow rakan- rakan yang like posting individu tersebut

7. Anda boleh follow sehingga maksimum 7500 orang.

8. Unfollow jika jumlah sudah menghampiri 7500 orang.

9. Letakkan posting yang menarik daripada segi gambar dan video.

10. Boleh letakkan 60 saat video di dalam Instagram.

11. Boleh follow 160 orang dalam masa sejam. Lebih mungkin kena block.

12. Gunakan 30 hashtag # yang berkaitan dengan posting.

13. Tag @ orang yang berkenaan di dalam posting.

14. Like posting orang lain terutamanya yang mempunyai like yang rendah.

15. Apabila anda follow orang, letakkan account anda sebagai private.

16. Apabila anda letakkan posting, letakkan account anda sebagai public.

17. Send direct message kepada seseorang yang anda ingin berurusan.

18. Kita boleh uruskan lebih daripada satu akaun di dalam Instagram, add account.

19. Umur 13 tahun ke atas boleh menggunakan Instagram.

20. Anda boleh mendapatkan tips- tips Website Development & Internet Marketing di @sifuaridz


Ekonomi Digital Malaysia 

Malaysia akan mendapatkan idea mengenai pembangunan ekonomi digital daripada taikun internet China, Jack Ma, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Beliau berkata pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pengasas dan pengerusi eksekutif Kumpulan Alibaba itu antara lain untuk membincangkan mengenai perkara tersebut.

“Kita akan bincang dengan dia untuk membawa ideanya (ke Malaysia), dan ada juga ura untuk melantiknya dalam anggota majlis digital,” katanya kepada media Malaysia selepas menyambut ketibaan Najib di Beijing pada Isnin untuk lawatan rasmi enam hari ke China.

Irwan berkata ekonomi digital ialah sesuatu yang boleh dipelajari Malaysia dan bekerjasama dengan China. Ia merupakan satu trend bukan hanya sekarang tetapi untuk 10 ke 20 tahun akan datang.

“Kerjasama itu akan memberi lebih manfaat kepada Malaysia, bukan hanya dalam konteks pembangunan modal insan tetapi kemajuan ekonomi,” katanya.

Dalam Bajet 2017, sejumlah RM162 juta telah diperuntukkan kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk program seperti ekosistem e-dagang dan Digital Maker Movement, serta pengenalan kategori lokasi baharu yang dipanggil Hab Digital Malaysia.

Ekonomi digital Malaysia setakat ini menyumbangkan 16.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan dijangka menyumbang hampir 20 peratus kepada KDNK menjelang 2020.

– Bernama