13 rahsia kejayaan dalam perniagaan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Kami tak paksa anda untuk bersetuju dengan apa yang kami nak tulis ini, tapi kami tak sanggup untuk biarkan anda berada dalam keadaan tertanya-tanya apa sebenarnya cara nak berjaya dalam hidup.

Kami selalu menerima pertanyaan dari orang ramai, yang nak berjaya, yang nak bayar hutang yang nak bawa ibu bapa menunaikan Umrah dan Haji, yang nak berikan pendidikan dan masa hadapan terbaik untuk anak tapi mereka terkongkong oleh beberapa faktor bahawa mereka tak tahu dengan cara apa mereka dapat perbaiki hidup, makan gaji bertahun-tahun tak membuahkan hasil yang lebih baik untuk jangka panjang. Mereka tak tahu nak bermula dari mana, apa lagi nak konsisten buat sesuatu yang boleh beri mereka kepuasan dan kejayaan.

Terus terang kami cakap, ramai anak didik kami, yang pernah hadir program-program kami, bermula seperti ini, kosong dan tak tahu apa-apa. Tapi selepas Allah buka hati mereka untuk hadir ke program mereka mula tahu dengan lebih jelas apa matlamat mereka. Berniaga, adalah satu cara yang mampu bantu anda capai impian hidup anda. Tapi, berniaga tanpa ilmu, ibarat anda pergi berperang tanpa senjata.

Kami nak kongsikan 13 perkara yang anda perlu tahu untuk berjaya dalam perniagaan:

1) Tahu apa matlamat dengan jelas, mana halatuju yang nak pergi. Perlu ada matlamat utuk dunia dan akhirat. Perlu tahu bagaimana nak capai matlamat anda.

2) Nak berjaya dalam berniaga, cari orang yang dah berjaya, lepas ‘tu kena tahu apa dia tahu, dan buat apa yg dia buat.

3) Bila jumpa seorang mentor, sedut ilmu dia sampai habis. Dah habis, baru belajar dengan orang lain. Baru faham dengan jelas apa ilmunya.

4) Nak tingkatkan kehidupan perlu ubah dengan siapa yang berdampingan dengan anda. Kadang-kadang tanpa kita sedar, kita dikelilingi oleh orang yang sebenarnya tak mahu kita berjaya supaya kita dan dia sentiasa sama.

5) Tidak akan berlaku sesuatu pun tanpa izin Allah SWT, dan setiap yang berlaku tentu ada hikmah di sebaliknya. Jadi bersedia untuk bertindak sebaiknya.

6) Bila buat bisnes, kita takkan mampu nak jual produk kita kepada semua orang. Fokus kepada orang yang nak kita bantu sahaja.

7) Kalau jual produk kesihatan, fokus kepada 1 masalah atau penyakit sahaja. Pakar perubatan terkenal pun tak ada yang jual ubat yang boleh fokus kepada semua penyakit.

8) Bila berniaga, kakitangan juga merupakan asset terbaik kita. Cari kakitangan yang ada sikap yang bagus dan latih mereka dari awal. Jangan biarkan mereka bantu anda berniaga tanpa latihan.

9) Zaman sekarang teknologi sangat penting dan pantas. Adalah rugi dan pelik kalau anda tak gunakan teknologi untuk kebaikan. Gunakanlah teknologi untuk bina perniagaan yang lebih besar dan lebih Berjaya.

10) Senaraikan perkara yang anda tidak gembira dan perlu dibaiki dalam perniagaan dan diri anda. Ini kerana Allah tak akan merubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu merubahnya sendiri.

11) Kita hendaklah komited untuk membaiki dan mengubah perkara-perkara yang membuatkan kita tak gembira. Kita perlu buat perkara yang tidak pernah kita buat untuk dapat perkara yang tak pernah dapat.

12) Mencari sumber atau model untuk berjaya. Untuk mengubah, tak semestinya menggunakan duit tetapi yang penting adalah ILMU atau pengetahuan.

13) Mesti berani bertindak tapi berani tanpa ilmu, hasil yang diperolehi tak banyak. Manakala, berani dengan berilmu dan ada mentor, keputusannya adalah lebih baik.

Keputusan untuk berjaya atau tidak adalah bergantung kepada anda. Tiada siapa boleh paksa anda untuk gagal atau untuk berjaya. Anda sendiri yang perlu menentukannya. Berjaya memang dituntut dalam Islam, berjaya dalam perniagaan dapat bantu anda bina kewangan lebih baik dan boleh bantu lebih ramai orang.
-sumber Azizan Osman
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *