Tip mengawal aktiviti politik di tempat kerja.

Tip mengawal aktiviti politik di tempat kerja.

Semasa syarikat masih kecil, kita sebagai majikan adalah punca No. 1 yang dapat menyebabkan berlakunya politik negatif antara sesama staff.

Sebagai majikan, kita mesti sentiasa ingat ini: Staff kita adalah manusia biasa.

Manusia biasa sentiasa mendahulukan kepentingan diri sendiri dahulu.

Staff kita pun macam itu.

Setiap orang staff kita sentiasa berlumba-lumba cuba menjaga kepentingan masing-masing, supaya kedudukan mereka selamat, naik gaji, naik pangkat dan macam-macam lagi.

.

+ Ada politik sihat.

Contohnya, staff cuba menjaga kepentingan peribadinya dengan mendahulukan kepentingan syarikat.

Mereka tolong menolong dan saling bantu-membantu menghasilkan produktiviti tinggi.

.

+ Ada politik tidak sihat.

Contohnya, ada staff yang mengutamakan kepentingan peribadi meskipun dengan itu merugikan syarikat.

Mereka tidak mahu tolong menolong, malah menyebabkan pecah-belah.

.

Salah satu cara mengurangkan politik tidak sihat adalah dengan kita merahsiakan kemas-kemas dalam hati siapa staff yang kita sukai ataupun tidak kita sukai.

Jangan sekali-kali kita terlepas cakap sehingga ada staff terdengar kita mengucapkan komen negatif tentang mana-mana staff.

Kata-kata kita akan cepat menjadi buah mulut.

.

Apabila kita hendak menegur mana-mana staff, ajak staff itu keluar, naik kereta, dan dalam kereta kita cakap apa kita mahu cakap.

Kemudian ajak dia minum di kedai Mamak. Supaya apabila pulang ke tempat kerja mukanya sudah kurang masam.

Dengan emosi yang sudah reda, dan muka yang sudah kembali macam biasa, dia dapat menjaga maruahnya dengan berpura-pura kepada rakan sekerjanya seolah-olah tidak ada perkara serius berlaku.

-artikel asal di fb Pn Ainon

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *