tip survival jangka panjang dlm bisnes

Untuk survival jangka panjang, lakukan ini:

+ JANGAN hanya mempunyai satu bisnes.

+ JANGAN hanya menjual satu produk.

+ JANGAN hanya bermain dalam satu sektor. Itu tidak betul.

Ekonomi tidak sentiasa baik. Ada masa ekonomi naik, ada masanya ekonomi turun.

Sesetengah jenis bisnes hanya dapat survive dalam masa ekonomi bagus.

Apabila ekonomi jatuh, bisnes itu ikut jatuh.

Bisnes dalam sektor barang mewah dan servis mewah adalah bagus dalam keadaan ekonomi baik.

Namun apabila ekonomi tidak baik, bisnes mewah akan terpukul.

Dalam dunia bisnes, kita perlu mempunyai strategi survival dalam waktu ekonomi tidak bagus.

Bisnes dalam sektor pendidikan adalah contoh ‘bisnes pelampung’.

Ia membantu survival kita dalam zaman ekonomi lembap dan merudum.

Ia membolehkan kita terus hidup, meskipun kurus, tetapi kita dapat terus bernafas. Ini kerana sektor pendidikan adalah sektor keperluan.

.

Bisnes pelampung tidak menjanjikan duit besar. Ia adalah duit kecil, namun ia duit kecil yang terus mengalir.

Bisnes jenis ini sangat penting dalam porfolio bisnes kita.

Kita jangan fokus pada bisnes yang bergantung pada ekonomi bagus.

Kita perlu mempunyai bisnes yang membolehkan kita survive dalam apa jua keadaan ekonomi.

-pn ainon mohd-

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *