jangan bimbang hutang tinggi ?

Betulkah rakyat tidak perlu bimbang dengan tahap hutang negara ? Mari kita lihat apa kata pakar ekonomi.

 

Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berpendapat, ini kerana hutang negara sentiasa terurus dengan cantik dan membayarnya.

“Ia begini hutang negara yang disebut itu 95 peratus datang daripada sumber-sumber domestik, iaitu kita berhutang dengan diri kita sendiri, iaitu kerajaan berhutang dengan rakyat melalui pelbagai dana. Kita hutang dengan orang asing hanya RM25 bilion tak banyak.

“Keduanya kalau dilihat dari segi kematangan hutang-hutang ini ia matang berlain-lain tempoh…cuma kita perlu bayar mengikut tempoh kematangannya, jadi saya fikir hutang negara tidak mengerunkan dan tidak patut menakutkan sesiapapun,” katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas  kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan kini.

Jumaat lalu di Dewan Rakyat, ‎Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, buat masa ini,  hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Jun 2016 adalah sebanyak RM655.7 bilion atau 53.2 peratus daripada KDNK.

Ujarnya, daripada jumlah berkenaan, 95.9 peratus atau RM628.8 bilion adalah hutang domestik sementara 4.1 peratus lagi atau RM26.9 bilion merupakan pinjaman luar pesisir.

Oleh itu,ujar Najib, tahap hutang kita ini  dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana.

Mengulas lanjut, Amir Husin berkata, tambahan Malaysia mempunyai dana dalam negara antaranya Lembaga Tabung Haji (TH),  Kumpulan Wang Simpanan (KWSP),dan unit Amanah lain.

“Badan ini kita boleh pakai ‎untuk majukan negara,kalau negara lain susah sikit…sama ada dana ini tidak wujud ataupun terlalu miskin untuk wujudkan dana,jadi komen saya jangan bimbang dengan hutang ini kerana ianya diurus dengan rapi,” katanya lagi.

‎Dalam pada itu, Amir Husin berkata ekonomi kita turut diakui badan dunia, iaitu dikedudukan antara yang terbaik.

“Menerusi agensi penarafan Fitch, Malaysia diberi penarafan A- berbanding Filipina (BBB-),” katanya.

Dalam pada itu, Amir Husin menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan negara kita akan bangkrap.

“‎Ini permainan sahaja,  sebab negara yang nak bangkrap..ia dimulai dengan penurunan gaji penjawat awam dan dihujungnya tidak boleh bayar, hospital tiada alat dah.

“Itu petanda dah nak bangkrap, selagi kerajaan stabil dan sanggup menangung apa yang dijanjikan kepada rakyat itu menunjukkan suasana baik,” katanya.

debt

sumber berita: sinar harian online


hutang negara masih sederhana

hutang-negara-malaysia Source: http://www.nationaldebtclocks.org/debtclock/malaysia

Berikut adalah jawapan PM berkenaan hutang negara. Soalan di tanya oleh  YB Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid.

SOALAN
Berasaskan pembentangan Bajet 2017 Jumaat lepas, berapakah sebenarnya jumlah hutang negara dan jumlah jaminan Kerajaan. Apakah tujuan hutang dan jaminan tersebut.

JAWAPAN:

1. Kedudukan terkini jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Jun 2016 adalah sebanyak RM655.7 bilion atau 53.2% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Daripada jumlah berkenaan, 95.9% atau RM628.8 bilion adalah hutang domestik (51% daripada KDNK), sementara 4.1% lagi atau RM26.9 bilion (2.2% daripada KDNK) merupakan pinjaman luar pesisir. Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana. Hutang yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan adalah bertujuan bagi membiayai defisit berikutan kekurangan hasil bagi menampung perbelanjaan pembangunan Kerajaan.

2. Pinjaman yang dibuat untuk membiayai perbelanjaan pembangunan adalah perbelanjaan yang produktif yang dapat menyokong pertumbuhan ekonomi dan dapat memanfaatkan rakyat seperti pembinaan sekolah, hospital, jalan raya dan empangan. Selain itu, secara tidak langsung ia memberi manfaat kepada sektor swasta melaksanakan pelbagai program dan aktiviti ekonomi.

3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, jumlah jaminan yang telah diberikan oleh Kerajaan sehingga Jun 2016 adalah sebanyak RM180.9 bilion atau 14.7% daripada KDNK. Jaminan tersebut diberikan terutamanya kepada entiti awam yang melaksanakan projek infrastruktur seperti DanaInfra, Prasarana dan PTPTN yang terlibat dalam pembinaan infrastruktur seperti MRT, LRT dan penyediaan pinjaman pelajaran untuk pendidikan di peringkat tinggi.

4. Kerajaan terus komited dalam memastikan paras hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi 55% daripada KDNK. Bagi memastikan paras hutang Kerajaan Persekutuan kekal rendah dan terurus, langkah konsolidasi fiskal akan terus diamalkan bagi mengurangkan paras defisit secara berperingkat.

SOALAN
Apakah langkah-langkah Kerajaan bagi mengelakkan jumlah hutang Kerajaan terus meningkat pada masa akan datang.

JAWAPAN:

Kerajaan akan ambil beberapa langkah, pertama untuk memastikan bahawa perbelanjaan mengurus kita tidak melebihi daripada hasil. Maknanya kita mesti memperolehi surplus dari segi akaun semasa Kerajaan.

Kedua kita mesti tentukan pinjaman itu digunakan untuk mengembangkan ekonomi, menambahkan lagi kegiatan ekonomi negara.

Dan di samping itu juga, kita juga memberikan keutamaan kepada pinjaman dalam negeri.
Dengan langkah-langkah sedemikian, termasuk juga perbelanjaan yang berhemat, cekap dan berkesan, mementingkan outcome, Insya-Allah kita dapat menguruskan hutang negara dalam keadaan yang terkawal.


2017 tahun ekonomi digital Malaysia

PUTRAJAYA, 13 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan lima strategi pemangkin bagi menjadikan 2017 sebagai tahun Ekonomi Internet bagi Malaysia.

Mikrokosma fizikal, pembiayaan modal risiko, perhubungan, bakat dan rangka kerja kawal aturan, merupakan pemangkin penting dalam agenda terbabit, katanya.

“Revolusi digital sangat pantas, oleh itu kita mesti menerima pakai dan mengikut perubahan,” katanya pada penutupan Mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC Malaysia (ICM) ke-28 di sini hari ini. Najib ialah Pengerusi ICM.

Najib berkata daripada lima pemangkin berkenaan, pewujudan pemangkin mikrokosma fizikal sangat penting.

“Ia merupakan kelompok atau hab digital komuniti di mana ekonomi Internet baharu, terutama syarikat tunas, syarikat yang sedang meningkat naik dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), berhubung, bertumpu, berkongsi dan mencetuskan idea,” katanya.

tahun-ekonomi-digital-malaysia-2017

Najib berkata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Datuk Yasmin Mahmood jelas mendesak supaya hab digital ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan syarikat yang ‘dilahirkan digital’.

“Generasi ‘cool’ sukakan kafe hipster dan ruang pejabat konvensional seperti gudang. ICM hari ini meluluskan cadangan untuk menubuhkan dan mempromosi Hab Digital Malaysia ini,” katanya.

Menerusi MDEC, Najib berkata sumbangan ekonomi digital kepada KDNK negara telah meningkat.

“Hasil daripada komitmen berterusan MDEC, sumbangan ekonomi digital Malaysia kepada KDNK telah mencecah 17.8 peratus pada 2015. Kita sudah hampir merealisasikan sasaran 18.2 peratus yang ditetapkan untuk 2020,” katanya.

Setakat ini Najib berkata MSC Malaysia mencatatkan pelaburan bernilai RM304 juta sejak penubuhannya, dan mewujudkan hampir 160,000 pekerjaan, peningkatan 16 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Bagi menggalakkan pembukaan hab ini, perdana menteri memberi jaminan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses kelulusan, dengan memperkenalkan kategori baharu di bawah Pekerja Berpengetahuan Asing MSC, yang akan melengkapkan penubuhan Hab Digital Malaysia. – Bernama


13 rahsia kejayaan dalam perniagaan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Kami tak paksa anda untuk bersetuju dengan apa yang kami nak tulis ini, tapi kami tak sanggup untuk biarkan anda berada dalam keadaan tertanya-tanya apa sebenarnya cara nak berjaya dalam hidup.

Kami selalu menerima pertanyaan dari orang ramai, yang nak berjaya, yang nak bayar hutang yang nak bawa ibu bapa menunaikan Umrah dan Haji, yang nak berikan pendidikan dan masa hadapan terbaik untuk anak tapi mereka terkongkong oleh beberapa faktor bahawa mereka tak tahu dengan cara apa mereka dapat perbaiki hidup, makan gaji bertahun-tahun tak membuahkan hasil yang lebih baik untuk jangka panjang. Mereka tak tahu nak bermula dari mana, apa lagi nak konsisten buat sesuatu yang boleh beri mereka kepuasan dan kejayaan.

Terus terang kami cakap, ramai anak didik kami, yang pernah hadir program-program kami, bermula seperti ini, kosong dan tak tahu apa-apa. Tapi selepas Allah buka hati mereka untuk hadir ke program mereka mula tahu dengan lebih jelas apa matlamat mereka. Berniaga, adalah satu cara yang mampu bantu anda capai impian hidup anda. Tapi, berniaga tanpa ilmu, ibarat anda pergi berperang tanpa senjata.

Kami nak kongsikan 13 perkara yang anda perlu tahu untuk berjaya dalam perniagaan:

1) Tahu apa matlamat dengan jelas, mana halatuju yang nak pergi. Perlu ada matlamat utuk dunia dan akhirat. Perlu tahu bagaimana nak capai matlamat anda.

2) Nak berjaya dalam berniaga, cari orang yang dah berjaya, lepas ‘tu kena tahu apa dia tahu, dan buat apa yg dia buat.

3) Bila jumpa seorang mentor, sedut ilmu dia sampai habis. Dah habis, baru belajar dengan orang lain. Baru faham dengan jelas apa ilmunya.

4) Nak tingkatkan kehidupan perlu ubah dengan siapa yang berdampingan dengan anda. Kadang-kadang tanpa kita sedar, kita dikelilingi oleh orang yang sebenarnya tak mahu kita berjaya supaya kita dan dia sentiasa sama.

5) Tidak akan berlaku sesuatu pun tanpa izin Allah SWT, dan setiap yang berlaku tentu ada hikmah di sebaliknya. Jadi bersedia untuk bertindak sebaiknya.

6) Bila buat bisnes, kita takkan mampu nak jual produk kita kepada semua orang. Fokus kepada orang yang nak kita bantu sahaja.

7) Kalau jual produk kesihatan, fokus kepada 1 masalah atau penyakit sahaja. Pakar perubatan terkenal pun tak ada yang jual ubat yang boleh fokus kepada semua penyakit.

8) Bila berniaga, kakitangan juga merupakan asset terbaik kita. Cari kakitangan yang ada sikap yang bagus dan latih mereka dari awal. Jangan biarkan mereka bantu anda berniaga tanpa latihan.

9) Zaman sekarang teknologi sangat penting dan pantas. Adalah rugi dan pelik kalau anda tak gunakan teknologi untuk kebaikan. Gunakanlah teknologi untuk bina perniagaan yang lebih besar dan lebih Berjaya.

10) Senaraikan perkara yang anda tidak gembira dan perlu dibaiki dalam perniagaan dan diri anda. Ini kerana Allah tak akan merubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu merubahnya sendiri.

11) Kita hendaklah komited untuk membaiki dan mengubah perkara-perkara yang membuatkan kita tak gembira. Kita perlu buat perkara yang tidak pernah kita buat untuk dapat perkara yang tak pernah dapat.

12) Mencari sumber atau model untuk berjaya. Untuk mengubah, tak semestinya menggunakan duit tetapi yang penting adalah ILMU atau pengetahuan.

13) Mesti berani bertindak tapi berani tanpa ilmu, hasil yang diperolehi tak banyak. Manakala, berani dengan berilmu dan ada mentor, keputusannya adalah lebih baik.

Keputusan untuk berjaya atau tidak adalah bergantung kepada anda. Tiada siapa boleh paksa anda untuk gagal atau untuk berjaya. Anda sendiri yang perlu menentukannya. Berjaya memang dituntut dalam Islam, berjaya dalam perniagaan dapat bantu anda bina kewangan lebih baik dan boleh bantu lebih ramai orang.
-sumber Azizan Osman

Tip mengawal aktiviti politik di tempat kerja.

Tip mengawal aktiviti politik di tempat kerja.

Semasa syarikat masih kecil, kita sebagai majikan adalah punca No. 1 yang dapat menyebabkan berlakunya politik negatif antara sesama staff.

Sebagai majikan, kita mesti sentiasa ingat ini: Staff kita adalah manusia biasa.

Manusia biasa sentiasa mendahulukan kepentingan diri sendiri dahulu.

Staff kita pun macam itu.

Setiap orang staff kita sentiasa berlumba-lumba cuba menjaga kepentingan masing-masing, supaya kedudukan mereka selamat, naik gaji, naik pangkat dan macam-macam lagi.

.

+ Ada politik sihat.

Contohnya, staff cuba menjaga kepentingan peribadinya dengan mendahulukan kepentingan syarikat.

Mereka tolong menolong dan saling bantu-membantu menghasilkan produktiviti tinggi.

.

+ Ada politik tidak sihat.

Contohnya, ada staff yang mengutamakan kepentingan peribadi meskipun dengan itu merugikan syarikat.

Mereka tidak mahu tolong menolong, malah menyebabkan pecah-belah.

.

Salah satu cara mengurangkan politik tidak sihat adalah dengan kita merahsiakan kemas-kemas dalam hati siapa staff yang kita sukai ataupun tidak kita sukai.

Jangan sekali-kali kita terlepas cakap sehingga ada staff terdengar kita mengucapkan komen negatif tentang mana-mana staff.

Kata-kata kita akan cepat menjadi buah mulut.

.

Apabila kita hendak menegur mana-mana staff, ajak staff itu keluar, naik kereta, dan dalam kereta kita cakap apa kita mahu cakap.

Kemudian ajak dia minum di kedai Mamak. Supaya apabila pulang ke tempat kerja mukanya sudah kurang masam.

Dengan emosi yang sudah reda, dan muka yang sudah kembali macam biasa, dia dapat menjaga maruahnya dengan berpura-pura kepada rakan sekerjanya seolah-olah tidak ada perkara serius berlaku.

-artikel asal di fb Pn Ainon


liputan internet Malaysia.

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) — Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) merangka pelbagai perancangan dalam usaha mencapai sasaran 95 peratus liputan jalur lebar menjelang 2020.
Timbalan menteri berkenaan Datuk Jailani Johari berkata buat masa ini, SKMM dan pihak swasta mula melaksanakan projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Fasa 2 (HSBB2) dan Projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) bagi menyediakan perkhidmatan jalur lebar lebih berkualiti di seluruh negara.

 

penembusan-internet-di-malaysia-2013
“Sejumlah RM4.4 juga nilai kontrak diberikan Telekom Malaysia (TM) untuk Projek Jalur Lebar Fasa 2 bagi kerja-kerja pembekalan yang bersesuaian kepada syarikat tempatan sehingga Mac tahun ini.

“Sejumlah RM4.1 juta diberikan bagi pembelian peralatan telekomunikasi daripada syarikat luar negara,” katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Menurutnya penawaran kontrak pembekalan yang dikeluarkan oleh pihak TM adalah menyeluruh dan ia diagihkan secara adil kepada syarikat tempatan dan syarikat luar negara.

Mengenai isu pemberian kontrak pembekalan kepada syarikat besar antarabangsa seperti Huawei, Jailani menjelaskan ia dibuat kerana pada masa ini, tiada syarikat tempatan yang memiliki dan mengeluarkan peralatan telekomunikasi berteknologi tinggi dan sesuai dengan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi seperti yang ditawarkan TM kepada pengguna perkhidmatannya di negara ini.

Dalam pada itu, beliau berkata sehingga kini, terdapat sejumlah 3,148 Wifi Komuniti (WK) yang beroperasi dan 1,761 WK masih dalam peringkat pelaksanaan di seluruh negara.

WK merupakan inisiatif bersifat sementara dan bertujuan membantu rakyat luar bandar mendapatkan akses kepada internet secara kolektif dan setempat sementara pembangunan insfrastrukturnya yang membolehkan internet diakses secara menyeluruh, dibina.

“Projek ini akan ditamatkan sebaik sahaja akses internet dapat dicapai dengan lebih baik dan menyeluruh oleh penduduk,” katanya.

-sumber berita SKMM-


pentingnya ada ilmu…

Dua ilmu ini sangat berbeza:
+ Ilmu memulakan bisnes dan mengembangkan bisnes.
+ Ilmu berhutang dan mengurus hutang.
.
Jangan sesekali 2 ilmu itu dipelajari serentak.
Baru hendak belajar berniaga sudah terus belajar berhutang!
.
Belajar ilmu membuka dan mengembangkan bisnes dahulu.
+ Belajar secara praktikal.
+ Belajar berniaga dengan modal apa yang ada dalam tangan.
+ Mulakan bisnes secara lean-startup. Belajar ikat perut.
+ Belajar tendang terajang dalam dunia bisnes.
.
Sesudah kita pandai ilmu membuka dan mengambangkan bisnes, barulah kita belajar pula ilmu berhutang dan menguruskan hutang-hutang bisnes.
+ Belajar dengan hutang kecil dahulu.
+ Jangan sekali-kali kita terus-terus mengambil pinjaman jumlah besar. Hutang pertama yang lebih daripada RM20k adalah hutang besar.
+ Belajar dahulu macam apa CARA-nya, dan macam apa RASA-nya, apabila kita terpaksa membayar hutang setiap bulan.

-pn ainon mohd-


tip survival jangka panjang dlm bisnes

Untuk survival jangka panjang, lakukan ini:

+ JANGAN hanya mempunyai satu bisnes.

+ JANGAN hanya menjual satu produk.

+ JANGAN hanya bermain dalam satu sektor. Itu tidak betul.

Ekonomi tidak sentiasa baik. Ada masa ekonomi naik, ada masanya ekonomi turun.

Sesetengah jenis bisnes hanya dapat survive dalam masa ekonomi bagus.

Apabila ekonomi jatuh, bisnes itu ikut jatuh.

Bisnes dalam sektor barang mewah dan servis mewah adalah bagus dalam keadaan ekonomi baik.

Namun apabila ekonomi tidak baik, bisnes mewah akan terpukul.

Dalam dunia bisnes, kita perlu mempunyai strategi survival dalam waktu ekonomi tidak bagus.

Bisnes dalam sektor pendidikan adalah contoh ‘bisnes pelampung’.

Ia membantu survival kita dalam zaman ekonomi lembap dan merudum.

Ia membolehkan kita terus hidup, meskipun kurus, tetapi kita dapat terus bernafas. Ini kerana sektor pendidikan adalah sektor keperluan.

.

Bisnes pelampung tidak menjanjikan duit besar. Ia adalah duit kecil, namun ia duit kecil yang terus mengalir.

Bisnes jenis ini sangat penting dalam porfolio bisnes kita.

Kita jangan fokus pada bisnes yang bergantung pada ekonomi bagus.

Kita perlu mempunyai bisnes yang membolehkan kita survive dalam apa jua keadaan ekonomi.

-pn ainon mohd-


Luahan rasa Datuk Terlajak Laris

Pengasas D’Herbs Healthy Sdn. Bhd., Datuk Aliff Syukri Kamarzaman hari meluahkan rasa bimbangnya dengan keadaan ekonomi negara yang dilihatnya semakin menghimpit dari sehari ke sehari.

Menurut belau, peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan semua perniagaan mengalami penurunan dari segi jualan selain mengakui perniagaannya dalam bidang kecantikan dan kosmetik turut terjejas akibat kenaikan kos sara hidup rakyat.

Lantaran itu, syarikatnya terpaksa berhijrah ke Thailand bagi meneruskan kelangsungan perniagaannya.

“‎Betapa takutnya saya dengan ekonomi negara sekarang. Melihat kos sara hidup melambung tinggi dan bisnes semakin menurun.

Ini menyebabkan syarikat saya terpaksa berhijrah ke Thailand dan paling mengecewakan nilai mata wang Thailand jauh lebih tinggi dan gaji mereka jauh lebih tinggi,” katanya.

Disebabkan itu katanya, agak sukar untuk melihat warganegara Thailand datang bekerja di negara ini berbanding empat tahun lepas.

Menceritakan momen lawatannya ke Australia yang dibuat atas tujuan perniagaan, Aliff berkata, ramai anak Melayu dipandang hina orang masyarakat Australia dek kerana lambakan pekerja Malaysia di sana.

Ketika saya melawat untuk tujuan bisnes di Australia, saya melihat banyak wajah anak-anak melayu dipandang rendah oleh orang Australia kerana lambakan pekerja orang Malaysia yang bekerja sebagai buruh kasar yang tidak diiktiraf; seperti tukang sapu, pemetik buah dan banyak lagi.

Sehinggakan bila saya memaklumkan saya dari Malaysia, mereka memanggil saya dengan sinis ‘Yaa Ohh are you farmer boy’, sekaligus memburukkan nama Malaysia. Mengapa mereka berhijrah menjadi buruh kasar?”, tulis Alif

Selain itu, beliau juga berkata kerana keadaan ekonomi sekarang, ramai pekerja yang terpaksa berniaga secara ‘part-time’ kecil-kecilan sekaligus menimbulkan perasaan bimbangnya jika kadar peniaga dan pembeli tidak seimbang.

Malah sekarang ini ramai pekerja yg terpaksa berniaga secara ‘part-time’, sekali gus wujud lebih ramai peniaga kecil dari pembeli. Kalau lebih ramai peniaga dari pembeli, macam mana nak berniaga dan siapa pula yang akan membeli?,” soalnya.

Saya berdoa agar..majulah malaysia demi rakyat marhen seperti kami“, tulisnya mengakhiri status itu.